Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Sabtu, 29 September 2012

Rumah vs Bajet

Wahh...bila agaknya nak ada rumah sendiri ni..teringin jugak tp takpe,perlahan-lahan..bab-bab ni kena buat perancangan yang rapi dan teliti.Insya'allah rezeki sentiasa ada untuk hambaNYA yang berusaha (panjang pulak intro ni...hehe)

Masih lagi fresh kepala otak ni lepas dengar bajet yang dibentangkan semalam oleh PM Dato' Seri Najib (cam ada harapan je nak beli rumah lepas ni).

Antara kandungan bajet ialah untuk menambahbaik skim Rumah Pertamaku
- Had pendapatan pinjaman individu telah dinaikkan dari RM 3,000 kepada RM 5,000
- Had pendapatan bersama suami/isteri telah dinaikkan sehingga RM 10,000
- Nilai maksimum hartanah yang dipohon ialah RM 400,000
- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga Disember 2014

Harap kali ni betul-betul dapat membantu golongan yang memerlukan lah ye..bukan ape,tahun ni ada la pohon untuk skim ni,pergi 3 ke 4 bank jugak la tp hampa..jawapan yang mendukacitakan.Mungkin de yang bernasib baik,tak semua la kot....rezeki aku je belum ada.

Rumah oh rumah........:)
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Tiada ulasan: