Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Selasa, 9 Oktober 2012

Bajet 2013 - Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0)

Salam...

Berita baik kepada semua rakyat malaysia yang layak untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) yang telah diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak,pendaftaran dibuka bermula 1 November 2012.

Bagi kali kedua,kerajaan telah memperluaskan peruntukan kepada golongan bujang yang berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan kurang dari RM 2,000.00 sebulan .Mereka layak untuk menerima RM 250 manakala seperti BR1M sebelum ini,isi rumah yang berpendapatan RM 3,000.00 dan kebawah layak untuk menerima bantuan sebanyak RM 500.

Bagi penerima sebelum ini,mereka tidak perlu lagi memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0 kerana secara automatik mereka layak untuk menerima bantuan.Bagi pemohon baru dan golongan bujang yang ingin membuat permohonan,mereka boleh mendapatkan borang secara dalam talian (Online) atau mengisi borang di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),pejabat daerah atau pejabat pembangunan persekutuan.Bantuan akan mula diagihkan bermula awal tahun hadapan.

Bagi mereka yang tercicir daripada menerima BR1M yang lalu juga boleh membuat permohonan sekali lagi untuk BR1M 2.0







Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Tiada ulasan: