Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Rabu, 10 Oktober 2012

Bayi 30 Hari Maut Dihempap Abang Tidur

Salam...

Hurmmm...Memang betul malang tidak berbau,ajal dan maut ditangan yang Maha Esa tapi pada pendapat aku (orang lain tak tahu la kan) sebagai ibubapa kita harus peka dengan persekitaran.Bila dah jadi kes macam ni,menyesal dah tak berguna lagi.Masa tidak boleh diundur.
Selalu orang akan kata 'Kalaulah itu.....','Kalaulah ini.........',boleh pakai ke 'kalau' tu??


Alor Setar : Seorang bayi lelaki berusia 30 hari maut selepas dipercayai dihempap secara tidak sengaja abangnya, 5, ketika nyenyak tidur di rumah mereka di sini, awal pagi semalam.
Kejadian dipercayai hanya disedari ibu mangsa antara jam 5 hingga 6 pagi semalam, selepas mendapati tubuh bayi itu kaku.
Abang mangsa yang tidur di atas katil dikatakan terjatuh dan menghempap adiknya yang tidur di bawah bersebelahan katil.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Sumber : Berita Harian

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Tiada ulasan: