Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Sabtu, 13 Oktober 2012

Final Piala Malaysia 2012 - Milik Siapa???

Salam...

Semalam tak sihat sikit so takde la update entry terbaru..tetiba je rasa sakit sangat kepala dan pening..terpaksa la amik MC dan pergi klinik..Rupa-rupanya tekanan darah rendah tu yang terasa pening..selalu pun ade masalah ni tapi kali ni teruk sikit la..

Oppsss..bukan tu yang aku nak cerita..dalam sakit-sakit pun nak jugak tengok separuh akhir ke-2 piala malaysia semalam tau..excited gila..kenapa???off coz la sebab The Red Warriors..aku kan anak jati kelantan..haha..

Separuh masa pertama tu hampeh..aku dah frust dah..1 gol pun takde tapi 'ketomokan' Ghaddar akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-84...yesss...akhirnya..haha...dan sekali lagi TRW dapat menarik nafas lega bila sepakan penalti dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Piya...cayalah..Akhirnya TRW melangkah ke pentas akhir dengan agreget 3-0..

Milik siapakah????

Nak gi stadium ke???Kalau aku takde la nak pegi tapi yang pasti husband aku la ngan konco-konconya...aku support kat umah je..selalu aku tak layan sangat bola ni..tapi kalu TRW je masuk semi final ngan final,semangat aku dah lain sikit..tetiba je excited terlebih..hihi

Perlawanan akhir piala malaysia 2012 ialah pada 20/10/2012 (Sabtu)..pada sesiapa yang nak gi stadium Shah Alam sabtu ni,belilah tiket anda..Harga tiket pun dah dikurangkan sebanyak RM 10 dari tahun lepas dan kanak-kanak bawah 12 tahun hanya RM 5 sahaja...

Perlawanan akhir dijangka sengit..2 pasukan yang cukup kuat..ATM vs Kelantan..pertembungan diantara juara liga super dan liga perdana...Namun TRW kekurangan 2 tonggak utama iaitu Ghaddar dan Norfarhan..sungguhpun begitu,semua pemain adalah yang terhebat..bagi aku la..

Fuhhh 'masyuk' gila FAM nanti..confirm stadium penuh..jangan la ada provokasi nanti..

p/s : jom pakat gi make nasik lemok ajis......



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Tiada ulasan: