Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Sabtu, 20 Oktober 2012

Penyokong Kelantan maut motosikal terbabas


Semangat bola dah wei...tinggal beberapa jam je lagi nak tengok final antara ATM vs Kelantan..difahamkan lebih 30,000 penyokong dari Kelantan naik ke Stadium Shah Alam malam ini..lagi best sebab esok rakyat Kelantan mendapat cuti umum.......Moga Kelantan menang
GOMO KELATE GOMO.....GOMO KELATE GOMO
Tapi dalam rancak dan semangat bola tu,ade jugak berita sedih......
KUANTAN — Seorang penyokong bola sepak Kelantan maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangi terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain di Kilometer 328 Jalan Raub-Kuala Lipis dekat Raub, pagi tadi.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supt. Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pukul 9 pagi itu mangsa, Muhamad Saiful Daud, 19, dari Kampung Manek Urai Lama, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
"Mangsa dan rakannya dikatakan sedang dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu ATM, malam ini," katanya di sini, hari ini.
Rakan mangsa berusia 20-an yang mengalamai cedera parah dirawat di Hospital Raub (HR), katanya.— BERNAMA

P/S : Kepada penyokong kelantan yang nak ke stadium shah alam malam nanti,berhati-hatilah di jalan raya.....jangan memotong sesuka hati...

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Tiada ulasan: