Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Isnin, 26 November 2012

12 Finalis AJL ke-27

Salam.....

Minat AJL??Semalam dah pun diumumkan 12 lagu yang layak untuk berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke27 yang akan berlansung pada 6 Januari 2013.Wowww semua lagu pun hebat-hebat.
Kalau diikutkan lagu Tapi Bagaimana (Spider),Watak (Hafiz) dan Harapan (Hyperact) pun best woo tapi sayangnya hanya 12 sahaja yang bakal beraksi di pentas akhir nanti.

Senarai 12 Lagu :-

1- Idola (Azlan & The Typewriter)
2- Pelangi Senja (Stacy)
3- Terukir di Bintang (Yuna)
4- Ombak Rindu (Hafiz & Adira)
5- Lagu (Bedroom Sanctuary)
6- Tanpamu (Amir Jahari)
7- Anak Kampung (Jimmy Palikat & One Nation Emcees)
8- Teman Pengganti (Black & RJ)
9- Ku Akui (Hafiz)
10- Simetri (Amy & Hazama)
11- Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo)
12- Patah Seribu (Shila Amzah)

Nampaknya tahun ni membawa tuah kepada Shila Amzah selepas menjuarai Asian Wave 2012 di Shanghai China diikuti dengan kemenangan di AIM19 dalam katogeri Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi lagu Patah Seribu dan sekali lagi memenangi kategori Power Vocal Award di Shout Award 2012 yang berlangsung Jumaat lepas.Hari ini sekali lagi di pentas separuh akhir AJL27,Shila Amzah berjaya membawa lagu ciptaan beliau sepenuhnya ke pentas akhir.Tahniah diucapkan.

Mungkinkah lagu Patah Seribu bakal bergelar juara AJL yang ke-27??Semuanya akan terjawab nanti...tungggguuuu



Top 3 pilihan aku...



1- Teman Pengganti (Black,Malique & RJ)









2- Ombak Rindu (Hafiz & Adira)








3- Terukir di Bintang (Yuna)






Siapakah yang bakal merangkul trofi AJL pada tahun ini???Ramalan anda???
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

2 ulasan:

Dikbi Kamaruddin berkata...

semua hebat2 kan...
salam perkenalan dari saya

MAZLIZA ABD RAZAK berkata...

terjah sini yer.. (",)