Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Khamis, 8 November 2012

Sah Chef Riz dan Ana Dahlia bercerai


Photobucket


Apa nak dikata......dah tertulis jodoh mereka tak panjang dan akhirnya ikatan suci sebuah perkahwinan diakhiri dengan perceraian..Sejak akhir-akhir ni,kuat benar khabar angin mengenai pasangan ini..Kalau takder angin masakan pokok bergoyang...

Semoga pasangan ini tabah dan aku doakan berbahagialah dengan hidup masing-masing selepas ini..jangan bermusuh sudah la ye...

“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.

“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujarnya.

Sumber : Kosmo


Pada pandangan aku,nak kata sebab perkenalan singkat tu tak boleh jugak..ramai jugak yang langsung tak kenal pasangan hidup mereka terutama orang dulu-dulu yamg mana pilihan mak bapak tapi hidup mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat...yang dah lama kenal dan kawin pun ramai jugak yang bercerai-berai...yang parah lagi dah kawin berpuluh berbelas tahun pun boleh bercerai jugak..


Semua ni mungkin sebab takde persefahaman,takde tolak ansur dan sifat toleransi dan yang penting bagi aku kepercayaan terhadap pasangan...(Cehh dah macam kaunselor plak ni..hihi) Susah jugak nak cakap pasal benda cam gini...hanya mereka saja yang tahu..jangan bukak aib sesama sendiri sudah ye..tak elok..baik buruk pun seseorang itu,kita kena ingat yang dia pernah menjadi pasangan hidup kita walaupun hanya seketika.

Peace :) :) :)




Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

1 ulasan:

NoEn berkata...

dah tak de jodoh mereka
pape pun sy setuju bukan panjang atau singkat perkenalan yg jadi ukuran
yg penting masin2 tahu tanggunjawab dan saling bertolak ansur