Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Jumaat, 28 Disember 2012

Apex dan Leuniey sah dengan sekali lafaz


Tahniah diucapkan pada pasangan pengantin baru, Khairul Fahmi Che Mat (Apex), 23, dan juga Leuniey Natasha, 21.

Diijabkabulkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib, hanya dengan sekali lafaz sahaja Apex dan Leuniey telah sah bergelar suami isteri sekitar jam 10.25 pagi tadi. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Rombongan pihak lelaki yang dihadiri oleh ahli keluarga Apex telah menghantar 7 dulang hantaran bersama mas kahwin berjumlah RM19,000. Antaranya ialah kain sepasang, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung.

Manakala pihak Leuniey pula telah membalas 7 dulang hantaran berupa kain sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.

Sumber : Murai & Ohbulan

Layan beberapa keping foto yang di ambil dari laman instagram






 

Sama cantik sama padan..moga ikatan suci yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan tamat sudah kontroversi tentang mereka selepas ini.




Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Tiada ulasan: