Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Isnin, 31 Disember 2012

Izwan Giveaway : Apa Itu Zakat

Assalamualaikum...alhamdulillah tahun 2012 akan melabuhkan tirai beberapa jam je lagi dan akan bermulalah episod baru di tahun baru 2013..semoga apa yang dihajati selama ini dah pun terlaksana..Amin

Untuk penutup tahun ni,aku nak join GA dari Izwan..Apa Itu Zakat..bunyi menarik nak pulak hujung tahun ni memang diwajibkan kepada kita yang mampu untuk mengeluarkan zakat.Syarat penyertaan juga cukup senang..sesiapa yang nak join silakanlah...dapat kongsi ilmu yang kita semua ada (hakikatnya aku pun masih kurang ilmu)

nak join sila klik banner ini

Apa Itu Zakat????

Zakat yang mana aku tahu dari segi syarak ialah mengeluarkan sebahangian harta setelah cukup syarat kepada mereka yang memerlukan (fakir miskin / asnaf)..Zakat juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju..

p/s :jangan kedekut untuk mengeluarkan zakat kerana Allah akan memberikan ganjaran kepada setiap sen yang kita zakatkan..

Mengeluarkan zakat adalah salah satu dari 5 rukun islam..

Terdapat 2 jenis zakat iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta :-
*Zakat Fitrah (yang mana kita akan keluarkan sebelum tibanya aidilfitri  pada setiap tahun,seeloknya  sebelum sembahyang Hari Raya)

Zakat Harta terbahagi kepada :-
 
*Zakat Pendapatan (Diwajibkan kepada umat islam yang berpendapatan yang baik dan halal untuk mengeluarkan zakat setelah cukup haul  ataupun genap setahun)
*Zakat Emas dan Perak (yang mana dikenakan kepada emas dan  perhiasan wanita yang dipakai mahupun disimpan termasuk mata wang yang setaraf dengannya)
*Zakat Perniagaan (yang dikeluarkan hasil dari perniagaan yang dilakukan) 

terdapat juga Zakat Saham,KWSP,Wang Simpanan,Pertanian,Penternakan,Ma'adin (galian),Kunuz (harta karun) dan Rikaz .

Terdapat dalil yang mengatakan kita wajib mengeluarkan zakat

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat"

(Surah An Nur : Ayat 56)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakanlah mereka setelah menerimanya"

(Surah  At Taubah : Ayat 103)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan didalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya"

(Surah Adz Dzariat : Ayat 19)

Terdapat hikmah disebalik kita berzakat,diantaranya ialah :-
  • Mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada yang kurang berada iaitu sistem sosioekonomi islam
  • Membersihkan jiwa pembayar zakat dari segi sifat mazmumah (bakhil)
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dikalangan orang yang berada
  • Mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang miskin terhadap orang kaya
  • Mewujudkan perhubungan diantara hamba dengan Allah S.W.T disamping perhubungan sesama manusia
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat dari harta mereka
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat islam dalam hal ekonomi dan kewangan
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh Allah S.W.T
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat
Golongan yang diwajibkan untuk berzakat hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :-

  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab
  • Cukup haul
Setakat ini sajalah huraian ringkas mengenai zakat..kepada golongan yang cukup syarat seperti diatas,keluarkanlah zakat ye..pelbagai cara ada sekarang untuk kita bayar zakat samada melalui kaunter zakat,skim potongan gaji,perbankan internet,pejabat pos,bank yang terpilih,perbankan telefon,SMS,online e-zakat dan Mesin ATM..sangat mudah,senang dan pantas..

Camner nak kira kadar zakat??? Anda bolehlah rujuk pada Pusat Pungutan Zakat

Jangan lupa yang paling penting sekali adalah Nawaitu (Niat)

Setinggi manapun darjat kita,sehebat manapun kita,sekaya manapun kita,se gah manapun kita...ingat....kita semua adalah sama disisi Allah S.W.T

Wassalam


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

3 ulasan:

QA's ~ mamapapa berkata...

rajin zee... gud luck,ye :)
k'imi xsure almat penuh restoren tu tp klau zee tau politeknik shah alam...tak jauh la drpd situ :)

Zee Suhaini berkata...

Thanks kak..nanti zee ronda-ronda sana..

Izwan Wan berkata...

Terima kasih...