Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Rabu, 5 Disember 2012

Remaja 14 Tahun Jadi Wirawati



TELUK INTAN – Tindakan berani seorang gadis melawan seorang perompak dengan membaling sabit ke arah suspek bukan sahaja dapat menyelamatkan maruahnya daripada dinodai malah berjaya membuatkan lelaki itu bertempiaran lari.
Kejadian pukul 7.30 malam di di sini pada Sabtu lalu berlaku ketika gadis yang dikenali sebagai Nadia, 14, didatangi perompak bersenjatakan parang panjang ketika berada di dalam rumah bersama neneknya.
Mengimbau semula kejadian itu, Nadia memberitahu, sebelum kejadian, neneknya sedang membaca surah Yasin selepas mengerjakan solat Maghrib di ruang tamu manakala dia berada di dalam bilik.
Ahli keluarganya yang lain keluar ke bandar Teluk Intan untuk membeli barangan keperluan.
Siti Nadia bersekolah di Selangor dan datang ke sini kerana cuti sekolah.
“Tiba-tiba saya terdengar nenek menjerit meminta tolong. Sebaik keluar, saya ternampak seorang lelaki sedang mengacu parang ke arah nenek.
“Penjenayah kemudiannya meminta saya menanggalkan pakaian dan kata mahu rogol saya jika nenek enggan menyerahkan gelang dan cincin emas yang dipakai,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Berani betul budak ni..sikap camni bagus tapi masih kena hati-hati..Kekadang membawa kebaikan dan kekadang membawa keburukan..silap haribulan nyawa kita yang melayang..






Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

2 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

mujur takde apa2 berlaku kan.. betul tu tindakan mcm ni kdg baik, tp kdg2 membahayakan diri sendiri juga sebab sikap perompak ni kita tak boleh nak jangka..

p/s: seronok tengok entry cuti2 di pangkor.. tempat akak honey moon dulu2.. hehe..

Zee Suhaini berkata...

yup betul tu kak...

tempat honeymoon ye...wahh dah mengusik memori silam la ni...hihi