Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Sabtu, 29 September 2012

Rumah vs Bajet

Wahh...bila agaknya nak ada rumah sendiri ni..teringin jugak tp takpe,perlahan-lahan..bab-bab ni kena buat perancangan yang rapi dan teliti.Insya'allah rezeki sentiasa ada untuk hambaNYA yang berusaha (panjang pulak intro ni...hehe)

Masih lagi fresh kepala otak ni lepas dengar bajet yang dibentangkan semalam oleh PM Dato' Seri Najib (cam ada harapan je nak beli rumah lepas ni).

Antara kandungan bajet ialah untuk menambahbaik skim Rumah Pertamaku
- Had pendapatan pinjaman individu telah dinaikkan dari RM 3,000 kepada RM 5,000
- Had pendapatan bersama suami/isteri telah dinaikkan sehingga RM 10,000
- Nilai maksimum hartanah yang dipohon ialah RM 400,000
- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga Disember 2014

Harap kali ni betul-betul dapat membantu golongan yang memerlukan lah ye..bukan ape,tahun ni ada la pohon untuk skim ni,pergi 3 ke 4 bank jugak la tp hampa..jawapan yang mendukacitakan.Mungkin de yang bernasib baik,tak semua la kot....rezeki aku je belum ada.

Rumah oh rumah........:)
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Rabu, 26 September 2012

Takoyaki oh Takoyaki

Takoyaki...korang pernah dengar,pernah makan,sedang mencari ataupun mengidam???haha..aku pun mengidam agak lama jugak la nak merasa benda alah ni...Maklumlah sekarang ni tengah pemes ini makanan..Japanese Food gitu...hahah....So,semalam dapatlah aku merasa makanan ni..Sekali ngap,mmmm...tak tahu nak cakaplah...pe rasa ntah,memang tak kena langsung ngan tekak aku...pe la yang orang dok cerita sedap sangat pasal makanan ni...

Maafla ye,kepada sesiapa yang suka makan tu...selera memasing kan tapi bagi aku memang takkan makan lagi la...semalam pun tak habis...kalau nak tahu dalam takoyaki ni ada sotong rendam,udang (ala ala cekodok gitu)..atas plak diletak sotong kering bakar,rumpai laut(dihiris halus)  dan mayonis...Ni yang dekat Puchong Utama la,kat tempat lain mungkin ramuan berbeza plak........So hilanglah mengidam aku...

Lagi satu kat medan selera ni ada burger bakar,Kaw Kaw Burger Bakar...haha...burger bakar pun pemes jugak semenjak dua menjak ni...walaupun agak mahal sedikit dari burger biasa tapi orang bukan main ramai lagi...beratur gak la nak order pun...
ini dia Double Basic Beef Burger dari Kaw Kaw Burger Bakar

Akhirnya dapat la burger bakar ni...Aku beli 2..satu lagi Single la...makan 5 branak...senak jgk la nak menghabiskan burger ni....Rasa not bad la...

Sekarang ni makanan pun ikut musim,ade yang terbaru je...pemes sekejap...ramai la yang nak mencuba dan tergoda akhirnya...nak nak kalau keluar plak kat Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM TV3)...memang berpusu la...

Hehe...pe pun,tepuk dada tanya la selera masing-masing...Wassalam

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Jumaat, 14 September 2012

Hhmmmm dah lama tak update blog ni...tengah meneroka dan menjajah lagi sebab aku bukan expert sangat ngan blog ni...blajar sowang-sowang jer...ni pun TQ bebanyak kat Cik Lyssa dari www.lyssasecret.com kerana banyak info yang aku dapat dari tutorial kat blog dia.(Thanks tau Lyssa,i like)

Susah jugak rupanya,ingat kacang je..haha(berlagak sgt)..tengok blog orang lain,jeles tau..cantik sesangat sib baek la keje aku ni tak membataskan aku,so senang la nak update blog cuma nak kena blajar je lagi..kalu la 8jam ni keje busy je memanjang memang takde peluang la.

Ye la,dunia sekarang dah moden,maju,canggih jadi kena la rebut peluang...kalu boleh,aku pun nak macam orang lain jgk spt BenAshaari,Lyssa Faizureen,Hanis Zalikha dan ramai lagi la...dah lama berangan nak benti keje,dok umah jaga 3 heroku dan dapat income melalui blog.Kalau de rezeki,Alhamdudillah....jadilah kenyataan.Tujuan aku berblog pun nak kongsi pengalaman je...hope dapat sokongan dari rakan blogger yang lain.

Dah xtau pe nak tulis..nanti sambung cerita lagi ok??Wassalam....
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))