Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Selasa, 23 Oktober 2012

Biskut Cornflakes Ranggup (Crunchy)

Salam...

Dah 2 hari tak update blog...huhu...kekangan masa..kadang rasa malas pulak nak berblog ni tapi bila dipikir balik tak jadi..macam yang aku kata sebelum ni,tujuan blog ni bukan untuk keuntungan tapi nak kongsi perjalanan hidup aku ngan family jew...untuk kenangan pada masa akan datang....

Hari ni,nak kongsi resepi pulak..aku buat sempena Aidiladha ni..nak bawak balik kampung woo...resepi ni aku dapat dari blog KakYatie Memories....simple je biskut ni tau tapi yang penting sedap dan anak-anak suka..nak resepi asal sila klik DISINI...jommm layan.....

Sumber Resepi Asal : Kak Yatiememories
Olahan : auntummawar


    

Bahan-bahan :-

250 gm cornflakes (diramas sedikit)
250 gm mentega
2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula icing (aku guna gula kastor)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
Biji bijan putih (aku tambah)**
Ceri merah dan hijau (sebagai hiasan)
Paper cup secukupnya

Siap...menanti untuk dibakar.....

Cara Membuatnya :-

- Masukkan mentega dan gula kedalam bekas dan pukul hingga sebati.
- Masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati dan kemudian masukkan esen vanila
- Masukkan tepung dan cornflakes yang diramas sedikit demi sedikit dan kacau dengan menggunakan spatula
- Susun adunan kedalam paper cup 
- Tabur biji bijan putih dan hiaskan dengan ceri
- Bakar dalam oven yang dah dipanaskan selama 20 minit pada suhu 170C (aku guna 150C sahaja)


Siap...

Selamat Mencuba...Wassalam






Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Sabtu, 20 Oktober 2012

Penyokong Kelantan maut motosikal terbabas


Semangat bola dah wei...tinggal beberapa jam je lagi nak tengok final antara ATM vs Kelantan..difahamkan lebih 30,000 penyokong dari Kelantan naik ke Stadium Shah Alam malam ini..lagi best sebab esok rakyat Kelantan mendapat cuti umum.......Moga Kelantan menang
GOMO KELATE GOMO.....GOMO KELATE GOMO
Tapi dalam rancak dan semangat bola tu,ade jugak berita sedih......
KUANTAN — Seorang penyokong bola sepak Kelantan maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangi terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain di Kilometer 328 Jalan Raub-Kuala Lipis dekat Raub, pagi tadi.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supt. Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pukul 9 pagi itu mangsa, Muhamad Saiful Daud, 19, dari Kampung Manek Urai Lama, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
"Mangsa dan rakannya dikatakan sedang dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu ATM, malam ini," katanya di sini, hari ini.
Rakan mangsa berusia 20-an yang mengalamai cedera parah dirawat di Hospital Raub (HR), katanya.— BERNAMA

P/S : Kepada penyokong kelantan yang nak ke stadium shah alam malam nanti,berhati-hatilah di jalan raya.....jangan memotong sesuka hati...

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Jalan- Jalan Makan Satay

Salam....

Dah beberapa hari tak update blog ni,rindu la pulak..tak sabar nak tengok perlawanan akhir Piala Malaysia malam ni diantara ATM dan Kelantan...Anak sulungku dah bising dari semalam lagi..cikgu kat tadika yang suruh tengok katanya..

"Ibu,esok lepas ayah gi stadium pasang tv 801 tau,nak tengok ATM dengan Kelantan",katanya

"Tengokla along", aku menjawap

"Ala..ibu ni..cikgu suruh tengok",dia membalas

Haha...tak tau la plak cikgu dia tu sokong pasukan mana..nak kena selidik ni...

Ok...petang semalam hujan lebat sampai ke malam..oleh sebab hari ni cuti,bawa la hero bertiga ni  gi jalan-jalan cari makan...dok terperap kat rumah pun boring jugak..So,decide nak gi makan satay kat kajang "WILLY SATAY" kat Ramal Junction Food Court...


Fuhhh...bersusun kete,nak kena berbaris panjang wooo dah la hujan...sib baek aku nampak stall satay willy ni kat depan kedai mamak..sebelah kedai je pun..apa lagi,aku gi kedai mamak je la,masa tu orang pun tak ramai lagi kat situ (nasib kami agak baik)

Sementara tunggu satay tu leh layan roti canai dulu..hihi


 
 Posing kejap...satay belum sampai...

Pernah kawan rekomen aku makan kat Willy Satay ni,tapi aku wat dek je sebab takot..huhu..nape erk??tu la namanya 'Willy',aku ingat tokey satay ni cina...(len kali jgn jugde melalui nama je).Hari ni boleh sampai ke sini sebab penangan JJCM hari ahad lepas...Aku tengok Iqram Dinzly tu makan satay willy ni cam sedap giler...perrrgghhh..meleleh siot..

Akhirnya,makanan kami sampai...layan dulu..........

 Kambing dan ayam

 Sibuk je si kecik ni...tp tak makan pon...

 Lontong...memang sedap..lembut je

Sekali ngap,memang sedap dan teksturnya sangat lembut..ber jus lagi...sorry to say ye,aku rasa lebih sedap dari satay kajang (pada tekak aku la)..Harga pun murah RM 0.70/cucuk...ada tiga jenis pilihan iaitu ayam/daging/kambing...Isinya besar-besar beb..Aku beli pasar malam pun RM 0.60/cucuk...kurus je isi ayam atau daging tu,pastu siap de lemak lagi tapi Wiilly satay ni takde lemak tau...Memang berbaloi cuba kat sini..

Lontong tu pulak aku rasa lemak dan sedap..tak silap aku campuran beras biasa ngan beras pulut kot..sebab nak kata pulut pun tak..nak kata ketupat nasi pun tak....tambah wangi sebab dia balut ngan daun pisang...

Haa..ini bukan nak promote or aku dapat komisyen ke ape ye..saja share something ngan teman-teman yang sudi follow blog yang tak seberapa ni...

Sapa yang nak cuba satay willy ni leh la cuba ye...tepi highway je..

Wassalam....

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Selasa, 16 Oktober 2012

Prihatin : Penderitaan Azean Irdawaty belum reda..

Salam....

Mulakan hari dengan senyuman.......

Pernah kita dikejutkan pada tahun 2007 dengan berita biduanita negara,Azean Irdawaty menderita kanser payudara..selepas menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi,keadaan Azean dikatakan bertambah baik 

Ketika sambutan hari lahir yang ke-62 pada Februari lepas,Azean telah meminta 'present' harijadinya agar dapat menunaikan solat hajat dan mendoakan beliau sembuh.Menurut Azean,sakit tulang belakang yang dialaminya bertambah teruk ,kaki kebas dan rasa panas membara macam api dalam daging.

Namun penderitaan Azean tidak berakhir disitu,semalam dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang mana aku sempat tengok sekejap,sel-sel kanser telah merebak ke saraf otak dan doktor dapat mengesan ada ketumbuhan baru di saraf kepala Azean.

MHI - 15/10/2012

Buat masa sekarang,Azean menerima rawatan di hospital pakar beacon dan memerlukan kos rawatan sebanyak RM 65,000.00

Kepada sesiapa yang ingin membantu,sumbangan boleh dihulurkan ke akaun berikut
Nama : Azean Irdawaty Yusoef
Akaun No : 16240100009490 (RHB)

Sama-samalah kita doakan agar beliau sembuh seperti sediakala.Amin

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Isnin, 15 Oktober 2012

Ahli Fizik Kaji Matahari Terbit Dari Barat Memeluk Islam


Pusat Islam Kyiv
Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine samada lelaki atau wanita memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saintis muda yang tekun dalam kajian bidang fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang ahli yang aktif di pusat tersebut.
Selepas Imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan perisytiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry mula menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukannya didalam Islam ialah hasil dari kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya memeluk Islam.

Majlis Lafaz Syahadah Saudara Dimitry
Dimitry mula menerangkan bahawa ia menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics dibawah kelolaan Prof Nikolay Kosinikov yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru yang menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan teori itu.
Akan tetapi Dimitry mengetahui terdapat riwayat dalam sebuah hadis dari nabi saw yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya. Dimitri merasa yakin bahwa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1.400 tahun yang lalu hanya mungkin didapati dari Tuhan yang mencipta alam ini sendiri.
Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil dari electrode akibat caj dua elektronik. Iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan magnet kemudiaanya menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic phenomenon”. Gerak ini pada asanya menjadi aktivitas perputaran bumi pada paksinya.
Realitinya di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang melahirkan medan magnet yang mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini samada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga kearah manakah kedudukan tersebut.
Telah didapati bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun.
Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Artinya bahwa “gerak” perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat.
Ilmu pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan uikaji makmal yang dijalankan. Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.
Ia mendapati maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda,” “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)
Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakanmatahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti dalam artikel dibawah.
Dari Ibn ‘Abbas, “Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).
P/s : setiap yang hidup pasti akan mati...perbanyakkanlah amal ibadat




Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Segmen : Follow and win RM 50 by Eikyn Grinxs



Salam

Actually bukan nak menang pun,just support rakan blogger tapi kalau menang lagi suka...hehe

Segmen : Follow and win RM 50 by Eikyn Grinxs
Tarikh Tutup : 30 Oktober 2012

Nak join???Klik saya banner di atas ye.....

Follower tak ramai la...hukhuk...tak payah print screen lah ye...

Sekian....


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Doakan Adik Adam Syukri...

Salam...

Masih ingat penderitaan Adik Adam Syukri??

Penderitaan adik Adam mendapat perhatian seluruh rakyat malaysia..Aku selalu follow kisah adik Adam kat FB.

Ada berita sedih mengenai adik Adam Syukri,tengah siap nak datang kerja tadi sempat tengok Malaysia Hari Ini (MHI) dan dikhabarkan adik Adam sekarang berada di ICU,di salah sebuah hopital di sibu dan dijangka akan diterbangkan ke Kuala Lumpur pada hari esok (16/10/2012)

Mohon jasa baik semua rakan-rakan tak kira siapapun agar dapat mendoakan adik Adam agar segera sembuh dan dapat menjalani hidup seperti kanak-kanak yang lain.

08/10/10 - dari FB Adik Adam....

Walaupun tak dapat membantu dari segi wang ringgit atau kebendaan,doa semua rakyat malaysia amat diperlukan buat masa sekarang ini.

Diharap semoga ibubapa dan seluruh keluarga adik Adam tabah mengharungi ujian ini.Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.

Wassalam...
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Sabtu, 13 Oktober 2012

Final Piala Malaysia 2012 - Milik Siapa???

Salam...

Semalam tak sihat sikit so takde la update entry terbaru..tetiba je rasa sakit sangat kepala dan pening..terpaksa la amik MC dan pergi klinik..Rupa-rupanya tekanan darah rendah tu yang terasa pening..selalu pun ade masalah ni tapi kali ni teruk sikit la..

Oppsss..bukan tu yang aku nak cerita..dalam sakit-sakit pun nak jugak tengok separuh akhir ke-2 piala malaysia semalam tau..excited gila..kenapa???off coz la sebab The Red Warriors..aku kan anak jati kelantan..haha..

Separuh masa pertama tu hampeh..aku dah frust dah..1 gol pun takde tapi 'ketomokan' Ghaddar akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-84...yesss...akhirnya..haha...dan sekali lagi TRW dapat menarik nafas lega bila sepakan penalti dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Piya...cayalah..Akhirnya TRW melangkah ke pentas akhir dengan agreget 3-0..

Milik siapakah????

Nak gi stadium ke???Kalau aku takde la nak pegi tapi yang pasti husband aku la ngan konco-konconya...aku support kat umah je..selalu aku tak layan sangat bola ni..tapi kalu TRW je masuk semi final ngan final,semangat aku dah lain sikit..tetiba je excited terlebih..hihi

Perlawanan akhir piala malaysia 2012 ialah pada 20/10/2012 (Sabtu)..pada sesiapa yang nak gi stadium Shah Alam sabtu ni,belilah tiket anda..Harga tiket pun dah dikurangkan sebanyak RM 10 dari tahun lepas dan kanak-kanak bawah 12 tahun hanya RM 5 sahaja...

Perlawanan akhir dijangka sengit..2 pasukan yang cukup kuat..ATM vs Kelantan..pertembungan diantara juara liga super dan liga perdana...Namun TRW kekurangan 2 tonggak utama iaitu Ghaddar dan Norfarhan..sungguhpun begitu,semua pemain adalah yang terhebat..bagi aku la..

Fuhhh 'masyuk' gila FAM nanti..confirm stadium penuh..jangan la ada provokasi nanti..

p/s : jom pakat gi make nasik lemok ajis......



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Khamis, 11 Oktober 2012

Pelik!! Budak Kecil Ini Ketagih Makan Ubat Nyamuk


Macam pelik, tetapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif. Kanak-kanak ini gemar memakan ubat nyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk.
Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.
Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.
“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan ubat nyamuk.
Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka.
“Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.
“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.
Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.
Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.
Sumber : Melayukini



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Rabu, 10 Oktober 2012

Bayi 30 Hari Maut Dihempap Abang Tidur

Salam...

Hurmmm...Memang betul malang tidak berbau,ajal dan maut ditangan yang Maha Esa tapi pada pendapat aku (orang lain tak tahu la kan) sebagai ibubapa kita harus peka dengan persekitaran.Bila dah jadi kes macam ni,menyesal dah tak berguna lagi.Masa tidak boleh diundur.
Selalu orang akan kata 'Kalaulah itu.....','Kalaulah ini.........',boleh pakai ke 'kalau' tu??


Alor Setar : Seorang bayi lelaki berusia 30 hari maut selepas dipercayai dihempap secara tidak sengaja abangnya, 5, ketika nyenyak tidur di rumah mereka di sini, awal pagi semalam.
Kejadian dipercayai hanya disedari ibu mangsa antara jam 5 hingga 6 pagi semalam, selepas mendapati tubuh bayi itu kaku.
Abang mangsa yang tidur di atas katil dikatakan terjatuh dan menghempap adiknya yang tidur di bawah bersebelahan katil.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Sumber : Berita Harian

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Bagi yang prihatin....

Salam...

Kepada pembaca blog ini yang ikhlas ingin menderma dan beramal,sumbangan anda amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Program : Program Kasih Disemai Sayang Dibelai - "Hulurkan Bantuan Ringankan Beban, Menderma sambil Beramal
Tempat : Rumah Anak Yatim Islam Sekendi 
Tarikh : 20 Oktober 2012

Untuk keterangang lebih lanjut,sila kilk SINI 
(Kredit pada Abg Ben Ashaari)

Wassalam...


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Selasa, 9 Oktober 2012

Penganalisis Jenayah Kamal Affandi Hashim memerlukan bantuan....


"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond, die another day," ujar Kamal Affandi Hashim.

Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam.

Lihat wajahnya semalam ...


Mengenali Kamal buat sekian lama, saya yakin beliau amat tidak sihat tetapi sedaya upaya cuba menampilkan keceriaan di sepanjang sesi berlangsung.

Seperti diketahui ramai, Kamal disahkan oleh doktor pakar mengidap penyakit AVM, lebihan urat di kepalanya kini mengganggu koordinasi tangan kanan dan beliau terpaksa menanggung pening kepala tahap kritikal. 

Beliau sepatutnya menjalani pembedahan di hospital hari ini namun terpaksa ditangguhkan ke tarikh belum pasti akibat syarikat insuran dilaporkan tidak menanggung kos pembedahan masalahcongenital.

Sebentar tadi, Kamal memaklumkan saya, ramai individu telah menghulurkan sumbangan ikhlas kepadanya.

Jumlah wang terkumpul kini, RM2,430.


Untuk menjalani pembedahan dalam kadar segera, Kamal memerlukan kira-kira RM38,000 lagi.

"Esok saya kena bekerja sekejap untuk menambah dana terkumpul. Kalau kejadian buruk berlaku, sedekahkan sahaja sumbangan disalurkan, kepada mereka memerlukan," pesannya. 

"Don't die on me! And don't you ever say that again," balas saya.

Saya benci, apabila sahabat berkata begitu biarpun jika Kamal menganggap itu cuma satu gurauan.

" ... but kalau sudah ketentuanNya, I would go in peace knowing I have had a friend like you," celahnya. 

Sahabat saya Razali Harun kemudian berkongsi antara kisah berlaku semalam.

"Selepas tamat sesi CakapDotCom, dia (Kamal) meminta peserta, Amelia Shafer merekodkan lagu dinyanyikannya secara langsung menggunakan kamera telefon bimbit. Kalau Allah menjemput ku, nanti mainkan lagu ini. Dia menyanyi bersungguh-sungguh, lengkap dengan gaya sekali," kongsi Razali.

Mengenali sifat gemar berjenaka Kamal, saya tidak berasa hairan dengan tindakannya itu. Namun saya terpaksa menerima hakikat akan derita ditanggungnya.

Saya muatnaikkan lagu asli dinyanyikan oleh sahabat saya itu biarpun suaranya tidak selunak suara penyanyi asal lagu terbabit.


Selama ini Kamal tanpa jemu berkongsi pelbagai panduan mencegah kes jenayah bersama ramai audien di seluruh negara termasuk pekerja syarikat korporat, kakitangan kerajaan, ahli parti politik dan masyarakat. 

... panduan berkebarangkalian mampu menyelamatkan banyak nyawa.

Bilangan penduduk Malaysia kini lebih 28 juta orang.  

Jika saya mengandaikan jumlah itu lebih kecil, 38,000 dan setiap daripada kita menyumbang RM1, Kamal bakal berpeluang dibedah dalam tempoh terdekat. 

Izinkan Kamal terus berceramah untuk memastikan masyarakat kita berada dalam keadaan lebih selamat.

Pembaca budiman ...

Sila sebarkan kandungan entri ini secepat mungkin, semoga misi ini berjaya dilaksanakan.

Akaun Kamal Affandi Hashim, Public Bank 4007 85 2927 dan dalam keadaan terkini beliau tidak mempunyai masa untuk membuka akaun di bank lain. Melalui pengalaman terdahulu, Maybank  menyekat akaun sekiranya lebih 20 transaksi berlaku dalam tempoh 24 jam.

Mewakili Kamal, saya mengucapkan terima kasih kepada semua sudi membantu.

Salam.


Sumber : www.mazidulakmal.com
Untuk keterangan lebih lanjut,sila klik SINI

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Bayi Ajaib, Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari

Subhanallah...


http://i.imgur.com/rrwnj.jpg
Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh?
Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.
http://i.imgur.com/sl9qr.jpg
Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.
http://i.imgur.com/OYgUu.jpg
Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.
http://i.imgur.com/1Ielx.jpg
Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.
http://i.imgur.com/E1vxi.jpg
Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.

Sumber : Informasi

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Kamera AES (Automated Enforcment System)

Semalam JPJ dah keluarkan senarai lokasi blackspot yang telah dipasang kamera AES.Untuk fasa pertama,14 lokasi 'hot' telah dipasang kamera yang mana paling kerap berlaku kemalangan maut.Antara negeri yang paling banyak dipasang ialah Selangor,Wilayah Persekutuan Putrajaya,Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Nak tahu lebih lanjut,sila klik SINI

Semak punya semak..tuuu dia


Tempat aku pun dipasang kamera AES.Nampaknya,lepas ni kena lebih berhati-hati terutamanya di persimpangan lampu isyarat.Setakat ni,aku boleh dikira pemandu berhemah la..hihi..takde saman lagi.

Nak tanya kat sini,ada tak sesiapa yang pernah dapat surat dari JPJ sebab cermin gelap??

Al-kisahnya,semalam dapat surat cinta pulak dari JPJ,mintak pergi buat pemeriksaan sebab cermin gelap..hurrmmm..tak pernah pulak kena tahan sebelum ni..lalu masa roadblock pun lepas je..tup tup takde angin takde ribut dapat surat pulak.Apa cer??Adakah sebab kamera ni??

p/s : lepas ni bawak kereta Mr.Bean je la...60km/j


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Bajet 2013 - Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0)

Salam...

Berita baik kepada semua rakyat malaysia yang layak untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) yang telah diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak,pendaftaran dibuka bermula 1 November 2012.

Bagi kali kedua,kerajaan telah memperluaskan peruntukan kepada golongan bujang yang berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan kurang dari RM 2,000.00 sebulan .Mereka layak untuk menerima RM 250 manakala seperti BR1M sebelum ini,isi rumah yang berpendapatan RM 3,000.00 dan kebawah layak untuk menerima bantuan sebanyak RM 500.

Bagi penerima sebelum ini,mereka tidak perlu lagi memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0 kerana secara automatik mereka layak untuk menerima bantuan.Bagi pemohon baru dan golongan bujang yang ingin membuat permohonan,mereka boleh mendapatkan borang secara dalam talian (Online) atau mengisi borang di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),pejabat daerah atau pejabat pembangunan persekutuan.Bantuan akan mula diagihkan bermula awal tahun hadapan.

Bagi mereka yang tercicir daripada menerima BR1M yang lalu juga boleh membuat permohonan sekali lagi untuk BR1M 2.0







Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Isnin, 8 Oktober 2012

Gastrik datang lagi....

Arrrhhhhhh tak tahan....pepagi ni dah kena gastrik..sekarang blom kul 12 lagi..blom boleh lunch..tu la penangan tak breakfeast..dah la semalam perut dah dikosongkan...totally empty tau..


kalau dah kena ni memang tak leh buat ape dah..terrrsangattt la sakit..waa nak mc.....

p/s : seelok-eloknya ambillah sarapan pagi


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Hanya Allah yang Maha Mengetahui

Subhanallah......

 Betapa bertuahnya kita yang sempurna fizikal......ditambah akal dan fikiran yang waras


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Sabtu, 6 Oktober 2012

" SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ? "


Salam...hari ni ada segmen la...hmmm rasanya baru 2 hari lepas aku publish entri macam mana aku boleh tertarik ngan dunia blog ni...tapi alang-alang Lyssa dah buat segmen ni,apa salahnya aku join sekaki dan publish balik entri aku tu...hehe..

Kenapa Aku Berblog???

Baru je dalam setahun ni aku aktif dalam dunia internet ni...bila aku mula buat blog pun dah lupa..yang pasti dalam tahun ni la...dulu kat tempat kerja lama tak disediakan internet untuk staff..punya la kedekut..huhu..nanti staff 'curi tulang' katanya..masakan internet,komputer pun xleh cucuk pendrive tau..hoho..sekarang dah tukar tempat kerja,nasib baik la bos ni jenis yang open minded..janji kerja siap (no pending works)..jalan..buat je la nak buat apapun..

Selalu aku cari resepi je...maklumlah,nak masak untuk keluarga..hihi..Goggle je sume jenis masakan ada..yang selalu aku terjah blogHanieliza dan Che Mat Gebu la...yang lain pun ada jugak cam KakYatie,KakNor dan yang sewaktu dengannya la...(byk sangat,sowi xleh nak sebut sume)

Alkisahnya,dalam tahun ni (tapi aku tak ingat la bulan berapa) terbaca kat Akhbar Kosmo pasal seorang blogger ni...Sapa tak kenal kan...agaknya satu Malaya tau kot...BEN ASHAARI...blogger yang kebaboomm tu...Mula hari tu la aku dah pasang niat nak mula berblog macam orang lain jugak...Take time jugakla nak buat blog ni...Aku ni tak la pandai sangat...tanya kawan-kawan pun takde yang nak bagi support...kena kondem ade la..huhu..lama-lama semangat tu makin pudar.

Dalam 3,4 bulan ni,aku asyil follow je blog Abg Ben..cerita pasal Qhaliff Iman..tup tup semangat tu datang balik dan akhirnya 'terbangunlah' kembali blog yang tak seberapa ni..hihi..Many thanks to Abg Ben dan Qhaliff..dannnn sekali lagi sejarah tercipta buat aku..tanggal 4/10/12..aku dapat follower pertama tau...haha..siapa sangka pemilik blog yang aku sentiasa follow ni dah follow aku balik..wahhh,bertuahnya rasa badan......

Tujuan aku berblog ni pun,nak tambah kenalan dan kalau la de rezeki aku kat sini syukur alhamdulillah..orang kata 'sambil menyelam minum air'..kalau de blogger-blogger yang terserempak dengan aku kat luar sana,tegur-tegurlah...

Keistimewaan blog aku????mmm rasanya takde apa yang istimewa sangat kot...blog ni just sebagai life log aku ngan family je.....nak share apa yang aku rasa dan hadapi dalam hidup..Mungkin bila aku dah takde,mereka-mereka(family aku la) yang aku sayangi dan menyayangi aku dapat melepaskan rindu sebagai pengganti diri..

Dah boring erkk??ok la..tu je yang dapat aku share ngan korang sume..eh eh sebelum terlupa...Siapa pulak mentor aku ni????rasanya jawapan dah jelas ni..hehe..

 
tadaa....mestilah ayah si Qhaliff..

Kenapa???hmmm rasanya aku pun nak jadi macam dia,,kalau boleh nak duduk rumah dan jaga sendiri 3 heroku yang kiut miut tu..hihi...jangan menyampah tau ngan aku..(gurau je)

Wassalam...



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Piala Malaysia 2012...Go TRW Go...

Salam...

Wah tak sabar nak saksikan perlawanan malam ni antara Kelantan dan Selangor..Agak-agaknya pasukan mana yang menang untuk pusingan ini.Kalau pendapat aku,tentulah pasukan tanah tumpah darahku..haha..

tadaa....semangat ni...

Malam tadi separuh akhir pertama ATM menetang Lions XII...

"Ayah,dah masuk 1 gol la.."kata Along

Semangat benar dia tengok bola..ayah dia diam je..bkn pasukan kegemaran..hihi
Akhirnya terikat 1-1..ATM masih ada kelebihan untuk separuh akhir kedua nanti.

Ehhh,sebenarnya bukan aku minat sangat ngan bola ni..tapi setiap kali Kelantan masuk semi final ngan final je..excited plak aku ni..semangat semacam je...takpe la,support skit tak salah kan??

Malam ni  Stadium Sultan Muhammad IV akan menerima kunjungan sang gergasi merah..Kelebihan nampaknya berpihak kepada Kelantan la,bermain ditempat sendiri kan..Harap takde la penyokong fanatik akan buat onar kali ni ye..huhu..ngeri tau

Pernah la de pengalaman tapi bukan aku yang kena biras aku.Final pasukan Kelantan lawan Negeri Sembilan kat Bukit Jalil (tak silap Piala Malaysia 2010)..Fuhh kan jadi isu tu,penyokong fanatik TRW gaduh nagn penyokong Hoben Jang Hoben..masa tu biras aku tu tengah pregnant anak sulung..nak jugak ikut hubby gi tengok bola..kena gak la baling ngan botol air mineral tu..Fobia sampai sekarang..huhu

My hubby plak,nasib baik pergi stadium naik motor,kalu kereta naya jugak la..Mana tak nye penyokong kelantan tapi plat kete negeri sembilan..masa tu kete pun dorang calar jugak,tayar pancit la..kalau la naik kete masa tu rasanya melayang la $$$ nak kena repair plak.

Jangan lupa saksikan perlawanan malam ni tau..

Ramalan anda????



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Jumaat, 5 Oktober 2012

Pepagi dah dapat hadiah???

Salam...

Tetiba pagi ni dapat hadiah dari boss...setiap orang dapat..aku dok belek jugak,ape ke benda ni??
Tuuu diaaa personal alarm rupanya..




Aku rasa,elok la ada benda alah ni terutamanya kaum wanita kan..tuk protect diri sendiri in case ada kecemasan cam kena ragut ke,sesak nafas ke kat tempat yang agak jauh dari orang atau apa saja la..Cepat sikit  bantuan sampai.

Ringan je alarm ni..nak guna cuma tarik je rantai yang kat bawah tu dah akan berbunyilah..lebih kurang cam wisel la tapi kuat sikit bunyinya.Boleh buat keychain ni..gantung kat handbag pun boleh.


Aku punya yang mana???ce teka?? hehe..apapun thank you boss...tak terpikir pun nak cari benda ni.

Wassalam....

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Khamis, 4 Oktober 2012

Pray for Ahmad ADAM Syukri

Alhamdulillah....masih lagi bernafas di bumi Allah.Pagi tadi lepas hantar Along pergi tadika,singgah jap kat kedai mamak beli sarapan.Tengah dok tunggu tu,tgk jap Malaysia Hari Ini (MHI),bicara mengenai adik Ahmad Adam Syukri.

Tak semena-mena rasa sayu,sebak dan sedih.Yelah,budak sekecil Adam dah menerima dugaan besar dalam hidup.Kalau aku,wallahuallam....

Selalu jugak aku ikuti perkembangan Adam kat FB.Apa yang aku tahu,Adam dilahirkan pada 4 Mac 2012 yang lalu di Hospital Sibu dan telah disahkan mengidap kerosakan saraf dan otak.Ya Allah,berat betul dugaanMu untuk keluarga ini.Adam terpaksa bergantung pada mesin sokongan hayat.

Kedua-dua mata Adam juga tercedera dan air liur di dalam rongga hidung disedut dengan mesin khas.Bayangkan,setiap kali tiub dimasukkan,kesakitan yang tak terkata.Aku yang dewasa ni pun tak sanggup rasanya.

Aku pun seorang ibu,pedih sangat rasa hati tengok keadaan Adam...Moga keluarga ini dilimpahi rahmat dan sentiasa dilindungi oleh-NYA.

Kepada teman-teman yang membaca blog ini,sudilah kiranya membantu sekadar yang termampu.

Nama : Ahmad Adam Syukri
Nama Ibu : Noraisyah Md Malena
Tel : 013-3439702
Akaun No : 02040007292201 (CIMB)



Wassalam.........




Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Rabu, 3 Oktober 2012

Si Comottttt


Salam....
Akhirnya dapat la makan kek besday...walaupun hanya cupcake...bukan x nak beli tapi nanti membazir...makan sikit je pun...
 
 Hoho...menikmati kek..nyummm nyummm
 
 
Happy Besday Muhammad Aniq Mikail...Semoga dilindungi olehNYA...Amin 




Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Selasa, 2 Oktober 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran SAYANG

Alhamdudillah....syukur Ya Allah..

Genap 2 tahun umur putera ke-3 ku pada hari ini.Happy Birthday My Dear...harapnya agar sentiasa sihat dan dlindungi olehNYA,menjadi anak yang soleh dan berguna kepada bangsa dan negara...AMIN

Semalam dah celebrate besday dia kat Pizza Hut..tp bukan nak makan sangat pun...Yang penting dapat jalan-jalan dah main..Abang-abang plak yang lebih.
Besday boy...eksen je lebih tp x makan pun.


Ehhh..dia plak yang lebih..memang favourite Along spaghetti ni.

Ehhh..tak nak makan ke??

Sebelum tu bawak pi beli hadiah dulu..Sorang punya besday,sume dapat hadiah...haihhh..kena stanby duit la ibu ngan ayah ni..So,dapatla sorang satu Kereta Contol tapi lupa lak nak bergambar..huhu



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Isnin, 1 Oktober 2012

Udang Lipan aka Udang Ketak

Morning uollsss.......Salam

Monday blues...hehe...bagi sesiapa yang bekerja pasti la rasa monday blues ni..dah cuti 2 hari kan mood kerja pun hilang tiba jumaat je dah x sabar nak cuti pulak...hadoiii..Apapun kehidupan mesti diteruskan,tak kisah la apa pekerjaan yang kita lakukan.Walau dok rumah sekalipun.bukannya dok goyang kaki semata-mata...

Malam sabtu aritu,aku ada la pergi NSK kat Kuchai Lama...shopping barang dapur la katakan...huhhh punya ramai orang..ni kali ke-3 aku datang sini..Best tau,de banyak pilihan terutama barang basah la..Lauk dan sayur..Dok tengah pilih lauk tu ternampak la udang lipan.Pernah la tengok udang ni tapi tak pernah makan apatah lagi nak masak..huhu..Tanya my hubby,dia nak plak try...hadoiii..kena beli jgk la..masa tu abang myammar tu dok tengah nak longgok...sepinggan RM 5 jer...murah tu...banyak plak...Kalau normal price tu RM 7.50/kg.Pe lagi,aku amik la sepinggan.

So semalam dok pikir la nak masak menu apa dengan udang ni...pk punya pk last sekali aku masak lemak cili api..First time rasa,my hubby kata sedap...Perghh isinya memang manis gilerrr..cam ketam pun ada jugak..sedap dari udang biasa la...tapi kalau nak makan kena hati-hati la sebab kulit tepi dia tajam..lebih baik masa cuci tu buang sekali kulit tajam tu,kalau tak memang naya la...

Tadaaaa....

Memang sedap ni...dah cuba sekali rasa nak lagi...3 hero aku kat rumah ni pun suka...

"Ibu,nanti masak lagi tau udang ni",kata Along....

Nampak gayanya kena la masak lagi lepas ni...

dan ini hidangan sampingan...sayur sawi masak ikan masin...


Untuk pengetahuan semua,udang lipan boleh mengubati penyakit lelah..ni aku baca dalam blog www.myukhuwwah.com...

Wassalam....
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))