Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Isnin, 26 November 2012

12 Finalis AJL ke-27

Salam.....

Minat AJL??Semalam dah pun diumumkan 12 lagu yang layak untuk berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke27 yang akan berlansung pada 6 Januari 2013.Wowww semua lagu pun hebat-hebat.
Kalau diikutkan lagu Tapi Bagaimana (Spider),Watak (Hafiz) dan Harapan (Hyperact) pun best woo tapi sayangnya hanya 12 sahaja yang bakal beraksi di pentas akhir nanti.

Senarai 12 Lagu :-

1- Idola (Azlan & The Typewriter)
2- Pelangi Senja (Stacy)
3- Terukir di Bintang (Yuna)
4- Ombak Rindu (Hafiz & Adira)
5- Lagu (Bedroom Sanctuary)
6- Tanpamu (Amir Jahari)
7- Anak Kampung (Jimmy Palikat & One Nation Emcees)
8- Teman Pengganti (Black & RJ)
9- Ku Akui (Hafiz)
10- Simetri (Amy & Hazama)
11- Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo)
12- Patah Seribu (Shila Amzah)

Nampaknya tahun ni membawa tuah kepada Shila Amzah selepas menjuarai Asian Wave 2012 di Shanghai China diikuti dengan kemenangan di AIM19 dalam katogeri Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi lagu Patah Seribu dan sekali lagi memenangi kategori Power Vocal Award di Shout Award 2012 yang berlangsung Jumaat lepas.Hari ini sekali lagi di pentas separuh akhir AJL27,Shila Amzah berjaya membawa lagu ciptaan beliau sepenuhnya ke pentas akhir.Tahniah diucapkan.

Mungkinkah lagu Patah Seribu bakal bergelar juara AJL yang ke-27??Semuanya akan terjawab nanti...tungggguuuu



Top 3 pilihan aku...



1- Teman Pengganti (Black,Malique & RJ)









2- Ombak Rindu (Hafiz & Adira)








3- Terukir di Bintang (Yuna)






Siapakah yang bakal merangkul trofi AJL pada tahun ini???Ramalan anda???
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Rabu, 21 November 2012

Skim Pembiayaan Mikro tanpa faedah

 Berita baik untuk para peniaga dan penjaja kecil mulai tahun depan..

PUTRAJAYA: Sejumlah RM50 juta akan diperuntukkan di bawah Skim Pembiayaan Mikro mulai awal tahun depan dalam usaha kerajaan membantu golongan penjaja dan peniaga kecil mengukuhkan perniagaan. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain proses pinjaman dipermudahkan, tempoh bayaran balik turut dipanjangkan sehinga sembilan tahun. 


"Secara prinsipnya pinjaman itu kemungkinan akan mendapat pengecualian kadar faedah, namun masih menanti surat rasmi daripada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 


Beliau berkata, menerusi pinjaman berkenaan penjaja dan peniaga kecil boleh meminjam sehingga maksimum RM50,000 untuk menambah modal pusingan atau membeli peralatan perniagaan yang lebih baik dan moden. 

"Jika tiada sebarang masalah, dijangkakan permohonan pinjaman boleh dibuat awal Januari depan," katanya. 

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan turut menyediakan peruntukan dalam bentuk geran sebanyak RM4 juta untuk pelaksanaan program dan aktiviti persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil tahun depan. 

Terdahulu beliau berucap merasmikan Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional 2012 yang julung kali diadakan sempena sambutan Hari Penjaja, disertai seramai 320 peserta dari seluruh negara. 
Mengulas mengenai pemberian insurans percuma kepada anggota persatuan tersebut beliau berkata ia tidak hanya melindungi kematian akibat kemalangan malah kematian biasa. 

"Kerajaan akan menanggung bayaran insurans sebanyak RM10.60 untuk setiap seorang ahli yang mendaftar. Jika anggota persatuan ingin mendapatkan penambahan perlindungan, mereka boleh menambah nilai polisi mengikut kemampuan masing-masing," katanya. 

Beliau berkata, menerusi skim terbabit, dijangka lebih sejuta anggota persatuan penjaja dan peniaga kecil yang mendaftar bakal menikmati kemudahan berkenaan. - BERNAMA


Mulai 1 Januari 2013 juga, skim perlindungan insurans berkelompok secara percuma akan diberi kepada peniaga dan pejaja kecil dengan syarat mereka mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Selasa, 20 November 2012

Selamatkan Palestin...Allahhu akbar



Semalam masuk hari ke-6 serangan tentera Israel laknatullah ke atas warga palestin di Gaza..Anggaran kasar mangsa korban sudah mencecah 96 orang..berita lanjut KLIK SINI..

Perjuangan jihad di jalan Allah masih diteruskan oleh warga palestin walaupun kehilangan ahli keluarga dan orang tersayang..
Allahhu akbar...Allahu akbar...Allahu akbar

Berikut disertakan beberapa keping gambar mangsa serangan yang mendapat simpati masyarakat dunia.

Kediaman mereka dibom..seluruh ahli keluarga terbunuh dan tercedera

Tubuh kecil ini terkorban

Adik Hadil Binti Ahmad Al Abaddad,2tahun yang dibedil oleh tentera israel

Ada antara mereka rentung termasuklah bayi ini

Seorang abang mendukung adiknya selepas ibu bapanya terbunuh

Sedih dan tak dapat dibayangkan keadaan pejuang-pejuang islam disana...hanya doa yang mampu dipanjatkan dari yang Maha Esa..sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepadaNYA jua kita pergi..

Sebagai tanda sokongan kepada rakyat palestin...moh kita boikot barang keluaran israel...kepada yang nak boikot..boikot la dan kepada yang tak nak boikot tu,suka hati hang pa la...ikut la selera dan gerak hati masing-masing...



















Antara produk yang menyumbang kepada kewangan israel...


Seluruh dunia dok boikot barangan israel...tup tup semalam (19/11/12),Mc'Donald menawarkan Chicken Egg McMuffin free untuk breakfast...cer tengok gambar ni...

Sebagai negara islam..ape pandangan anda tentang gambar diatas???
Adakah ini tanda sokongan kepada Israel??

Keadaan di Malaysia amat berbeza berbanding dengan negara barat...dapat makan percuma sebiji burger pun beratur sampai tak cukup jalan...sanggup menunggu seawal jam 7.00pagi..

Mengapa??? 

Ini jawapan aku..hehe
1- Tengah kebuluran dah beberapa hari tak makan
2 - Takde duit nak beli sarapan(maklum je la,dah tengah bulan ni)
3 - Jakun sebab tak pernah makan burger mc'donald


Wassalam


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Isnin, 19 November 2012

1st Giveaway Cheese Maz Sempena iPhone 5 Gadget Impian

Salam...

 Tergerak hati hari ni nak join GA dari Cheeze Maz ni sempena penyertaan tuan tanah ni dalam iPhone 5 Gadget Impian anjuran DenaiHati dan salah seorang peserta dikalangan 85 peserta yang terpilih..Tahniah dan semoga berjaya mendapat iPhone 5 tu..

Aku???nak jugak iPhone 5 tu..sapa la yang tak mahu kan??dapat free tu tapi...hurmmm (simpan je la dulu niat tu dalam hati)..Insya'allah,di lain hari akan aku join..Itupun kalau ada lagi blog yang nak buat Giveaway Contest (GA)..

Tujuan aku join GA ni bukanlah sebab hadiah semata-mata...wahhhh leh caya ke???hikhik..betul la tu,sebenarnya nak bagi support to each other dan memeriahkan lagi GA yang blogger anjurkan..dapat juga eratkan silaturahim walaupun tak pernah kenal di alam nyata...cuba bayangkan kalau sendiri buat GA dan takde orang join..Fuhhh mesti sedih dan frust giler...Terasa diriku begitu tidak dihargai...

Nak join???Klik je gambar diatas...

 Jommm sume,kita join GA anjuran CheeseMaz ni...manalah tahu dapat cheese percuma...rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari ye...Syarat-syaratnya cukup simple...

Cara Penyertaan GIVEWAY :

1)
Joint @ Follow blog akak http://cheezemaz.blogspot.com/

2) Klik "Share Button" (Facebook / Tweeter/ Google) bagi entry 
http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian_7.html
3)  Buat satu entry yang bertajuk " 1st Giveaway  Cheeze Maz Sempena iPhone 5 Gadget Impian".

4) Pastikan entry anda diletakkan link
http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian_7.html . Jika ayat di entry tersebut ringkas tak mengapa, asalkan anda mengajak kawan – kawan anda klik button share tersebut (langkah no. 2 ~ "Share Button" (Facebook / Tweeter/ Google) di entry  http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian_7.html


5) Paste kan link entry anda tadi  di ruangan kotak komen di entry  http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian_7.html . (pastikan peserta bagi link penyertaan SAHAJA) 

Tarikh tutup GIVEAWAY akan dimaklumkan kemudia, jadi mulakan penyertaan GIVEAWAY anda. Siapa sangka anda akan merasai sos cheese dari serbuk CHEEZE MAZ secara percuma

Cara kami pilih pemenang :

1) Kami akan chek blog anda berdasarkan entry yang ditinggalkan di bahagian komen yang sepatutnya

Mudah saja kan??Siapa bertuah dia dapat..ikhlasnya aku sendiri tak pernah rasa serbuk nacheeose ni...selalu kalau cheese je aku makan jalapeno cheese...tapi bak kata pepatah 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Jumaat, 16 November 2012

Yeayyy...Aiskrim time!!!!

Ishhh hujan-hujan pun ibu still beli jugak aiskrim...suka benor la anak-anak ni..aiskrim ke coklat ke keropok ke memang takde hal punya lah...


 
comel tak saya???

Abang-abang makan licin je..so takde la nak snap gambar...layan kerenah si kecik ni memang sakit jiwa aku dibuatnya...Kalau bab berposing depan kamera..haahaa memang dialah no.1...

'Nyummm...nyummm', katanya..(senyum la)

 
merajuk aku tak nak amik gambar dia...

nyummm..nyummm...'yeayyy berjaya pujuk ibu amik gambar aku'

Huhu..layankan aje lah...tak menang pun aku kalau nak berlawan ngan dia..lagipun adik kebosanan sebab ayah,along ngan angah dah kuar pi mancing..keno tinggal woo




Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Rabu, 14 November 2012

Senarai Cuti Umum Tahun 2013

Dah dapat kalendar baru untuk tahun 2013...Jom kita check cuti untuk tahun depan...belum habis lagi 2012 dah sibuk nak kira cuti untuk tahun depan...hehe..

Cuti Umum Malaysia dan Selangor (2013)
  1. 1 Januari (Selasa)     Tahun Baru                                                    
  2. 24 Januari (Khamis)     Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W
  3. 27 Januari (Ahad)     Hari Thaipusam
  4. 10 & 11 Februari (Ahad & Isnin)   Tahun Baru Cina    
  5. 1 Mei (Rabu)     Hari Pekerja                                                                      
  6. 24 Mei (Jumaat)     Hari Wesak
  7. 1 Jun (Sabtu)     Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
  8. 26 Julai (Jumaat)     Nuzul Al-Quran
  9. 8 & 9 Ogos (Khamis & Jumaat)     Hari Raya Aidilfitri
  10. 31 Ogos (Sabtu)     Hari Kebangsaan
  11. 16 September (Isnin)     Hari Malaysia
  12. 15 Oktober (Selasa)     Hari Raya Haji
  13. 2 November (Sabtu)     Hari Deepavali
  14. 5 November (Selasa)     Awal Muharam
  15. 11 Disember (Rabu)     Hari Keputeraan Sultan Selangor
  16. 25 Disember (Rabu)     Hari Krismas
Terlebih,terkurang tersilap harap dimaafkan lah ye...Selamat bercuti...haha



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Persembahan Dikir Barat


Tahniah...persembahan terbaik kelas 6 Ilmu

Haha..tak tahu bahasa apa dah keluar...semua murid dah macam cakap bahasa jepun da...Berbelit lidah nak sebut bahasa kelantan..sib baek along boleh jugak sebut sikit-sikit...Maklumlah anak jati Kelantan...pelik sikit je la bunyinye...

Jom Layan 'Ado Sekor Anok Tupa' 
versi anak-anak Tadika Islam Nur Haziq

Ado sekor anok tupa
Atah jula mokte
Kudung ekor perut lapar
Jale cari make (2x)
2X

Kejadie tuhe dipanggil namo tupa
Asanyo dale hute
Sejenis mamalia
2X

Kalu pasal jakit kot dehe
Diolah yang paling panda
Jatuh jare jare
Kerano dio tok soba

Panda-panda tupa melompat
Jatuh tanoh jugok
Nok wi kaba oghe jahat
Jange telajok manggok

Ooo oghe jame dulu
Pakat hambat tupa
Bimbe ko woh kayu
Takut tok de besar
2X

Nyor duriye duku
Kalu de nyo kerik tupa
Pendek tahun tu
Nyo duriye tok de nok jual

Ooo sekak bedir ado
Tupa habih mati
Hok ni la sayo raso
Kito sangak rugi
2X

Kito manusia tinggi mano pun kito ngaji
Nok wak tupa sekor tentu skali nyo tok jadi

Ooo raso siye sungguh
Tengok sekor anok tupa
Kerano telajok kuruh
Sapa tokleh niti pagar
2X

Bulu-bulu pun habih luruh
Air mato bera-bera
Mari dale baruh
Bokali keno racun bakar

Jom layan video ori puloksss dari Halim Yazid....









Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Majlis Ihtifal Tadika Islam Nur Haziq

Salam...

Jom layan gambar sempena majlis ihtifal anak terunaku yang sulung pada ahad lepas..tak sempat nak snap banyak gambar pun coz ramai sangat orang..dah konvo pun along..tahun depan dah masuk sekolah rendah...cepat je masa berlalu

 Persembahan dikir barat oleh pelajar 6 ilmu..Bimbingan Cikgu Siti

 Perkenalkan kumpulan dulu..tajuk dikir 'Ado Sekor Anok Tupa'

Selesai sudah zaman tadika...

Tahun depan Angah pulak gantikan tempat Along ye..jap lagi kita layan video dikir barat pulak....Peace :))

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Isnin, 12 November 2012

Bedah perut tertelan sudu


STABIL...Ah Lek diziarahi Yew selepas pembedahan mengeluarkan sudu (gambar kecil) dari dalam perutnya.


TAIPING: Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu.
Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.

Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.


“Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.


Sumber : Harian Metro

Pelik betul aku,boleh pulak pak cik ni garu keronkong dengan sudu...huhh tak terasa nak termuntah ke??Tak pasal-pasal dah tertelan sudu..



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Tahniah Buat Anne Ngasri

Salam...

Warghhh...penat + ngantuk hari ni...sebenarnya mood nak terus cuti je tapi sampai esok tapi tak leh la pulak...kerja sendiri la kalu asyik nak cuti je kan...hwa hwa

Tahniah buat Anne Ngasri yang telah selamat bertunang semalam dengan pasangannya Mohd Sumali Reduan,40 di kediaman keluarganya di Jalan Ipoh.Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan depan..



Tahniah sekali lagi kepada bakal raja sehari ini dan diharapkan agar semuanya berjalan lancar.Semoga ikatan yang bakal dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.Amin...
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Khamis, 8 November 2012

Sah Chef Riz dan Ana Dahlia bercerai


Photobucket


Apa nak dikata......dah tertulis jodoh mereka tak panjang dan akhirnya ikatan suci sebuah perkahwinan diakhiri dengan perceraian..Sejak akhir-akhir ni,kuat benar khabar angin mengenai pasangan ini..Kalau takder angin masakan pokok bergoyang...

Semoga pasangan ini tabah dan aku doakan berbahagialah dengan hidup masing-masing selepas ini..jangan bermusuh sudah la ye...

“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.

“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujarnya.

Sumber : Kosmo


Pada pandangan aku,nak kata sebab perkenalan singkat tu tak boleh jugak..ramai jugak yang langsung tak kenal pasangan hidup mereka terutama orang dulu-dulu yamg mana pilihan mak bapak tapi hidup mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat...yang dah lama kenal dan kawin pun ramai jugak yang bercerai-berai...yang parah lagi dah kawin berpuluh berbelas tahun pun boleh bercerai jugak..


Semua ni mungkin sebab takde persefahaman,takde tolak ansur dan sifat toleransi dan yang penting bagi aku kepercayaan terhadap pasangan...(Cehh dah macam kaunselor plak ni..hihi) Susah jugak nak cakap pasal benda cam gini...hanya mereka saja yang tahu..jangan bukak aib sesama sendiri sudah ye..tak elok..baik buruk pun seseorang itu,kita kena ingat yang dia pernah menjadi pasangan hidup kita walaupun hanya seketika.

Peace :) :) :)




Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Imam Surau Mati Dibunuh Didalam Surau

Salam...

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.Semoga allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Al-fatihah....




TANAH MERAH – Hasrat seorang warga emas untuk melaungkan azan dan mengimamkan solat Subuh di sebuah surau bertukar tragedi apabila dia ditemui mati dibunuh dalam kejadian di Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh, dekat sini semalam.
Mayat Abdullah Nawang, 77, ditemui pada pukul 6 pagi oleh dua jemaah wanita yang mahu menunaikan solat Subuh di surau tersebut dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah selepas kepala mangsa disyaki dipukul dengan objek keras.
Difahamkan, mangsa disyaki diserang oleh seorang lelaki yang mempunyai masalah mental ketika dia sedang menunaikan solat sunat sementara menunggu jemaah lain tiba. Suspek berusia 57 tahun itu pernah menjalani rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang cedera parah di kepala dan leher.
“Suspek yang pernah mengganggu penduduk sebelum ini diberkas di sebuah kedai kopi kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian pada pukul 7.30 pagi.
Sumber : Kosmo
Diharapkan pelaku akan mendapat hukuman yang setimpal...





Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Selasa, 6 November 2012

Rezeki Along ade lagi kat sini

Tinggal beberapa hari je lagi dah nak mula cuti sekolah akhir tahun untuk 2012..yang pastinya anak-anak la...heppy dapat holiday..ibubapa pun aku rasa tak terkecuali jugak la..memang nantikan saat cuti sekolah ni untuk bercuti bersama keluarga..Hmmm bestnyer la..

Kepada semua guru dan murid,aku ucapkan 'SELAMAT BERCUTI DAN ENJOY YE'

Dalam dok sibuk nak cuti ni pun ade jugak yang sibuk nak daftarkan persekolahan anak untuk tahun depan...termasuklah aku sekali..Perghh pening jugak la 1st time anak nak masuk sekolah...tadika dah lepas sekarang nak masuk sekolah rendah plakss...

Daftar tahun 1 aku dah buat awal tahun hari tu dan alhamdulillah dah pun lulus permohonan penempatan tu..dok tunggu nak daftar Sekolah Agama plakss..tunggu punya tunggu takder pon banner pendaftaran dibuka lagi..yang swasta banyak la tapi kosnyer tinggi la sikit

Sekali lagi rezeki memihak pada anakku,semalam ntah macam mana aku paksa ayah dia pergi jugak sekolah agama tu tanya walaupun takder banner mengatakan pendaftaran dibuka dan diberitahu pendaftaran dah lama dah pun  dibuka..hanya 6 tempat sahaja lagi yang tinggal dan alhamdulillah dapat.......Along lulus semua ujian (siap kena test lagi nak masuk pun)


Sekolah ni pun baru lagi dalam 1-2 tahun je..tu yang pengambilan pelajar sangat terhad..Hurmm zaman sekarang ni nak sekolah pun susah nak nak lagi kat bandar ni..kalau kat kampung takder la sesusah ini..Apapun,pelajaran tu amat penting okey!!!!

**teringat pulak zaman aku sekolah dulu
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Tahniah Untukku...

Salam....

Cuaca sekarang memang tak menentu...setiap hari pun hujan kat puchong ni tapi hujan itu rahmat..kalau panas memanjang pun masalah jugak nanti..so,pandai-pandailah jaga kesihatan diri,anak-anak dan keluarga..jangan terkena penyakit berjangkit sudah....

Hoorey.....

Semalam join segmen lagi dari blog Menulis Menconteng..almaklum sajalah,blog aku ni masih merangkak lagi..tu la tips untuk aku tingkatkan follower aku yang seciput ni...hukhuk..dan alhamdudillah blog aku terpilih dalam kategori 15 Blog Bertuah untuk di review...



So,tahniah la untuk diri sendiri...hehe..harap sesiapa yang follow or review blog aku ni tak boring la ye..


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Isnin, 5 November 2012

Segmen : Follower Bawah 400

Salam.....

Hari ni join segmen lagi,maklum la blogger baru cam aku ni nak kena alert sikit bab-bab segment ni..hihi..nak cari follower ni nak kena kerja keras la sikit...Follower sekarang baru 28 orang..malu plak rasanya...ahakkss

So,jom la kita meriahkan segmen yang dianjurkan oleh blogger Fendy ni...bagus niat murni bro ni..nak tolong blogger baru tingkatkan follower (aku la tu..hehe..prasan plak)...


Terbuka kepada semua blogger yang mempunyai pengikut kurang daripada 400 orang...

Segmen yang sangat simple,join dan follow balik peserta seberapa banyak yang boleh..harap dapat membantu ye...Thanks to owner of this segmen..

Peace :))






Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Sabtu, 3 November 2012

Perjalanan balik kampung yang mencabar kesabaran

Salam...

Huhh boring giler kerja hari ni,sunyi dan sepi jer ofis ni...bestnyer kalau dapat goyang kaki kat rumah dan tido...kerja xde pun,dah tak tahu nak buat ape dah ni haa...

Beraya ke rumah Tok Bah..penat tak hilang lagi..

Ni citer raya haji minggu lepas...inilah kali pertama perjalanan balik kampung (kelantan) yang pecah rekod la bagi aku..12 jam,selalu 7 ke 8 jam je,paling lama pun 10 jam...Aku bertolak balik malam raya,sebab abg ipar nak tumpang,pagi tu dia keje lagi...bayangkan bertolak kul 9.30malam dan pukul 12.00malam aku masih kat KL lagi...perrgghhh teruk punya jem..ingat nak cancel dah,raya je kat sini tapi fikir anak-anak ni kesian la pulak...dah berminggu dok bertanya bila la nak balik kampung...

Memula tu ikut plus highway,kot kot kurang sikit jem dari gombak kan..tup tup trafik memang perlahan..tgk board kat highway tu hingga ke utara...wahhh takkan nak terus kot..naya ni...so,my hubby decide ikut gombak je la...baru je nak masuk karak dah sangkut kat situ...tak bergerak langsung...terpaksa la u-turn dan pilihan terakhir ikut rawang keluar ijok dan ikut laluan gerik....sini pun boleh tahan jugak tapi kereta masih bergerak la.....

Pukul 6.00pagi kitorang sampai bandar gerik dan berhenti sat solat subuh...dlm hati dah tau mesti tak sempat sampai sebelum sembahyang raya ni...Memang tak sempat pun...kul 8.00pagi masih atas jalan raya lagi..Apapun,kami selamat sampai jugak jam 9.30pagi..

Kepenatan di pagi raya

Balik kampung memang best tapi perjalanan tu yang buat aku malas nak balik...sangat menyeksakan.
Ingatkan henti kat situ je,bila nak balik KL pada hari ahad tu,sekali lagi tersangkut dalam kesesakan trafik..kali ni lama sikit...16 jam wooo..bayangkan kul 12.00tghari bertolak dari Kelantan kul 4.00pagi keesokan hari (Isnin) baru sampai puchong..dah naik kematu kat dalam kereta..Sib baek la anak-anak aku ni memahami dan tak bayak ragam...Thanks a lot sayang-sayang ibu....


16 jam perjalanan...memang tido tak sedar ape dah...

P/S : Rancang perjalanan anda dengan sebaik mungkin



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Jumaat, 2 November 2012

Mencari Peralatan Taska/Tadika ???

Perhatian kepada semua pengusaha atau pemilik tadika,taska,pra sekolah dan tak terkecuali ibubapa....

Sesiapa yang berminat dan sedang mencari alat bantuan mengajar untuk sesi persekolahan tahun depan,anda boleh mendapatkannya disini..

Merah Dagang Enterprise (002126035-T)
Tel / Faks : 03-8318 0292 / 017-6729297
Pengarah : En.Ahmad Kamal Bin Abu Bakar
Email : merahdagang@gmail.com
Blog : merahdagang.blogspot.com 


Merah Dagang adalah syarikat milik bumiputera ..Menjual dan membekal pelbagai jenis alat bantuan mengajar khusus untuk tadika/taska seperti perabot,almari,kerusi,alatan sukan,kelengkapan taman permainan,alatan muzik dan sebagainya.



1- Katalong  **Telefon atau SMS alamat tadika/taska/rumah anda dan pihak syarikat akan menghantar                                       katalong kepada anda.
2- Pertanyaan  **Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan samada melalui telefon atau email
3- Penghantaran **Selepas mendapat pengesahan,barang akan dihantar sendiri oleh pihak syarikat
4- Bayaran ** Bayaran hendaklah dibuat sebelum atau semasa barang dihantar (tertakluk kepada terma                                   dan syarat)



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

"Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)"

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS





Hurry....let's join "Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)" and chance to win this gorgeous present from Mr.Eqbal Zack..


PRIZES

 TWO[2] winners 
Him/her will receive a Black Wallet and Red Purse by Alain Delon (Original)


FOUR [4] winners

It’s the original miniature from DKNY and RALPH LAUREN!
Join now, because FOUR [4] of you (him/her) will win a bottle!


TEN [10] winners

TEN [10] PARTICIPANTS will receive Eqbal Zack (EZ)  Limited Editon Fridge Magnet


GOOD LUCK AND WISH YOU GET A BETTER LIFE AND HAPPY ALWAYS WITH YOUR LOVELY FAMILY........




Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))