Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Isnin, 31 Disember 2012

Salah rumah kenduri daa

First time terjadi..tak tahu nak kata kenangan manis ke kenangan pahit...kisahnya semalam gi kenduri kawin saudara kat Batu 11,Cheras..memang tak pernah gi rumah tu sebab dorang pun baru pindah je ke sana..konvoi adik beradik mr.hubby dalam 4 biji kereta termasuk kereta aku..ramai tu rakyat..

Dah sampai,aku plak yang jadi kepala rombongan...jalan paling depan ngan anak-anak kecil..ada sorang akak (aku agak tuan rumah) tengok dengan penuh tanda tanya..aku pun konpius jugak then tanya abag ipar betul ke rumah ni?? dengan penuh confident dia jawab betul...si along ngan anak buah aku yang lain dah buka tutup nasi dah..siap along cakap
 "wah sedapnya..lapar la dah tak sabar nak makan ni"...maklumlah dah petang dalam pukul 1.30pm gitu..memang time perut mintak diisikan..

Sekali hubby aku panggil..confirm balik address sebab cam dah salah...aku tengok yang gi kenduri tu semua hidung tinggi...muka mix pakistan gitu..anak mami kot..dannnn sah memang dah salah rumah..huwaaaa malunyaaaa...so terpaksa lah tanya akak yang tengok kitaorang dari tadi alamat yang sebenar...akak tu siap pelawa makan lagi tapi kitaorang tolak..malu beb..

Rombongan kitaorang yang ramai ni terpaksa la berpatah balik..semua yang ada kat kenduri tu dah pandang..maybe dorang dah perasan yang kitaorang dah salah rumah..huhuhu

Cari punya cari jumpa la rumah kenduri yang sebenar..itupun patah balik untuk kali ke-2..memula sampai tu dah nak masuk parkir tapi takut salah lagi cam tadi sebab tak nampak tuan rumah plus takde no.jalan (dah patah nombornya)..plus tak nak pisang berbuah dua kali..hohoho

 

Alhamdulillah....selamat sampai dan selamat kenyang...siap tapau kuih lagi wat balik..sedap bangat itu kuih...


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Izwan Giveaway : Apa Itu Zakat

Assalamualaikum...alhamdulillah tahun 2012 akan melabuhkan tirai beberapa jam je lagi dan akan bermulalah episod baru di tahun baru 2013..semoga apa yang dihajati selama ini dah pun terlaksana..Amin

Untuk penutup tahun ni,aku nak join GA dari Izwan..Apa Itu Zakat..bunyi menarik nak pulak hujung tahun ni memang diwajibkan kepada kita yang mampu untuk mengeluarkan zakat.Syarat penyertaan juga cukup senang..sesiapa yang nak join silakanlah...dapat kongsi ilmu yang kita semua ada (hakikatnya aku pun masih kurang ilmu)

nak join sila klik banner ini

Apa Itu Zakat????

Zakat yang mana aku tahu dari segi syarak ialah mengeluarkan sebahangian harta setelah cukup syarat kepada mereka yang memerlukan (fakir miskin / asnaf)..Zakat juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju..

p/s :jangan kedekut untuk mengeluarkan zakat kerana Allah akan memberikan ganjaran kepada setiap sen yang kita zakatkan..

Mengeluarkan zakat adalah salah satu dari 5 rukun islam..

Terdapat 2 jenis zakat iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta :-
*Zakat Fitrah (yang mana kita akan keluarkan sebelum tibanya aidilfitri  pada setiap tahun,seeloknya  sebelum sembahyang Hari Raya)

Zakat Harta terbahagi kepada :-
 
*Zakat Pendapatan (Diwajibkan kepada umat islam yang berpendapatan yang baik dan halal untuk mengeluarkan zakat setelah cukup haul  ataupun genap setahun)
*Zakat Emas dan Perak (yang mana dikenakan kepada emas dan  perhiasan wanita yang dipakai mahupun disimpan termasuk mata wang yang setaraf dengannya)
*Zakat Perniagaan (yang dikeluarkan hasil dari perniagaan yang dilakukan) 

terdapat juga Zakat Saham,KWSP,Wang Simpanan,Pertanian,Penternakan,Ma'adin (galian),Kunuz (harta karun) dan Rikaz .

Terdapat dalil yang mengatakan kita wajib mengeluarkan zakat

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat"

(Surah An Nur : Ayat 56)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakanlah mereka setelah menerimanya"

(Surah  At Taubah : Ayat 103)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan didalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya"

(Surah Adz Dzariat : Ayat 19)

Terdapat hikmah disebalik kita berzakat,diantaranya ialah :-
  • Mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada yang kurang berada iaitu sistem sosioekonomi islam
  • Membersihkan jiwa pembayar zakat dari segi sifat mazmumah (bakhil)
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dikalangan orang yang berada
  • Mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang miskin terhadap orang kaya
  • Mewujudkan perhubungan diantara hamba dengan Allah S.W.T disamping perhubungan sesama manusia
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat dari harta mereka
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat islam dalam hal ekonomi dan kewangan
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh Allah S.W.T
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat
Golongan yang diwajibkan untuk berzakat hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :-

  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab
  • Cukup haul
Setakat ini sajalah huraian ringkas mengenai zakat..kepada golongan yang cukup syarat seperti diatas,keluarkanlah zakat ye..pelbagai cara ada sekarang untuk kita bayar zakat samada melalui kaunter zakat,skim potongan gaji,perbankan internet,pejabat pos,bank yang terpilih,perbankan telefon,SMS,online e-zakat dan Mesin ATM..sangat mudah,senang dan pantas..

Camner nak kira kadar zakat??? Anda bolehlah rujuk pada Pusat Pungutan Zakat

Jangan lupa yang paling penting sekali adalah Nawaitu (Niat)

Setinggi manapun darjat kita,sehebat manapun kita,sekaya manapun kita,se gah manapun kita...ingat....kita semua adalah sama disisi Allah S.W.T

Wassalam


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Sabtu, 29 Disember 2012

Isteri dipukul sampai mati

Akibat cemburu,isteri terkorban dipukul suami...macam-macam kejadian sekarang ni..apa nak jadi aku pun tak tahu..inilah akibatnya kalau nafsu yang menguasai diri..kurang iman,cetek akal dan fikiran..dah jadi cam gini penyesalan sememangnya dah tak berguna..

ALOR SETAR - Pertengkaran sepasang suami isteri yang disyaki berpunca daripada perasaan cemburu berakhir dengan tragedi apabila wanita yang baru berkahwin enam bulan lalu itu ditemui mati di rumah mertuanya di Kampung Alor Gelegah di sini semalam.

Kejadian pukul 2 pagi itu mengakibatkan pembantu kedai, Nor Fatimah Anis Md. Radzi, 17, mati dengan kesan kecederaan di kedua-dua belah kaki dan tangan selain kesan luka di dahi.

Dia dipercayai dipukul dengan dua batang buluh sepanjang 0.89 meter di hadapan rumah tersebut.
Difahamkan, ketika kejadian, ibu dan bapa mertua mangsa tiada di rumah kerana pergi ke rumah anak mereka di Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, polis percaya kejadian itu bermotifkan cemburu namun pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar.

"Sebelum kejadian, pasangan itu dikatakan bertengkar di depan rumah sebelum mereka keluar dengan menunggang motosikal dan pulang 15 minit kemudian sambil diekori seorang lelaki yang menaiki motosikal berasingan.


"Sebaik tiba di rumah, suami wanita itu dan lelaki tersebut bergaduh. Semasa pergaduhan itu, mangsa cedera selepas dipukul di kepala dengan objek keras," katanya kepada pemberita di sini.

Lelaki itu kemudian beredar manakala suami mangsa membawa isterinya masuk ke dalam rumah.
Menurut Mohd. Zakaria, polis telah menahan tiga lelaki termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua lelaki itu berusia dalam lingkungan 20-an. Dua lelaki itu merupakan kenalan pasangan tersebut.
"Kita anggap kes ini selesai dengan penangkapan tersebut," katanya yang memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, dia bergegas ke rumah mangsa yang terletak berdekatan dengan kediamannya selepas terdengar pasangan itu bertengkar.

Sumber : Kosmo

P/S : Fikir sebelum bertindak,
 



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Pagi lagi dah cium tar

Alamak!!! kesian hero kecik ibu...tersemban pipi kat jalan tar masa gi beli nasik lemak..kisahnya si angah la, dia bukak pintu kereta masa adik dok sandar kat pintu..pe lagi tersemban la si kecik tu ngam-ngam je muka pipi cium jalan tar..sib baek kena pipi sikit je tapi biru jugak la..kalau tersembam muka boleh luka hidung tu..

adik dan angah

Ishh angah ni boleh wat selamba je adik dah jatuh..sebelum tu dia minta beli kuih je,aku turun la sorang biar dorang dalam kereta..dekat je jaraknya..lepas tu dia ubah fikiran pulak nak nasi lemak..aku dah dengar pun dia cakap..siap angguk lagi tapi dia tak puas hati takut aku tak dengar tu yang dia buka pintu tu..

Takpe la dik...angah bukan sengaja pun..sabor je lah..
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Jumaat, 28 Disember 2012

Terlupa renew roadtax

 
gambar contoh ye...

Huwaaa....ada ke patut kitaorang boleh lupa nak renew roadtax...huhhh memang tak patut lansung..tak pernah plak terjadi kes macam ni..selalu renew terus setahun sekali ngan insuran tapi kali ni 6 bulan je tu yang langsung tak terfikir nak check roadtax..dua minggu bermaharajalela atas jalan tanpa roadtax and finally kena saman..huhu..melayanglah RM400 sebab nak kena 'settle',taknak kasi dorang towing..kalau ikutkan memang dah tak boleh jalan kereta tu kena tarik dan simpan je...slow talk elok-elok kasi je la kat dorang..lagi baik dari kena tarik..lagi susah plak nanti..apapun tetap kena naik mahkamah bulan march nanti untuk sebut semula kes ni..huhu

Dah takde rezeki kitaorang..duit kalau nak keluar laju je macam air terjun tapi nak masuk tu slow macam air longkang..sob sob sob :(
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Apex dan Leuniey sah dengan sekali lafaz


Tahniah diucapkan pada pasangan pengantin baru, Khairul Fahmi Che Mat (Apex), 23, dan juga Leuniey Natasha, 21.

Diijabkabulkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib, hanya dengan sekali lafaz sahaja Apex dan Leuniey telah sah bergelar suami isteri sekitar jam 10.25 pagi tadi. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Rombongan pihak lelaki yang dihadiri oleh ahli keluarga Apex telah menghantar 7 dulang hantaran bersama mas kahwin berjumlah RM19,000. Antaranya ialah kain sepasang, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung.

Manakala pihak Leuniey pula telah membalas 7 dulang hantaran berupa kain sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.

Sumber : Murai & Ohbulan

Layan beberapa keping foto yang di ambil dari laman instagram






 

Sama cantik sama padan..moga ikatan suci yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan tamat sudah kontroversi tentang mereka selepas ini.




Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Khamis, 27 Disember 2012

Handbag oh handbag..koyak pulak ko ye...

 
 pusing punya pusing..pilih punya pilih akhirnya dapat gak satu..

Akhirnya rezeki berpihak pada aku...dapat gantikan handbag yang dah koyak...selagi boleh guna aku akan guna sampailah dah tak dapat diselamatkan lagi..baik handbag ataupun sandal..ni aku beli kat Aeon IOI Mall masa cuti krismas selasa lepas..ada sale 50%...pilih punya pilih dapatla satu yang berkenan di hati tapi seriously bukan aku yang pilih..selalunya mr.hubby yang pilih then aku decide la nak ke tak...aku kalau bab memilih ni memang selalu failed..

 
tu ha lama punya dah rabak kat dalam...

Heran jugak aku kenapa kaum hawa ni suka kumpul koleksi kasut dan handbag....kenapa aku tidak??? kebanyakan member aku semua gitu...handbag ada 5-6,kasut pun ada yang sampai 10 pasang..bila masa la dorang pakai agaknya...serius ni aku memang tak faham dan tak reti nak bertukar-tukar setiap hari..huhu


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Rabu, 26 Disember 2012

Aktiviti sempena cuti krismas...ape yang menarik??

Salam...

Minggu ni agak busy sikit coz dah hujung bulan,sekarang pun tengah buat payment untuk supplier tapi aku curi masa jap nak update blog...ampun ya boss...dah lama tak update...i will miss this moment after few days....months.....and years...better keep it as memories.

Semalam cuti yang memenatkan tapi memberi kepuasaan yang maksima untuk aku...why???? Of course la melayan kerenah hero-hero yang makin membesar sekarang ni..disebabkan semalam cuti sempena Krismas..aku bawak dorang jalan-jalan kat IOI Mall puchong..lepas ni 2 hero dah nak start sekolah..yang sulong nak masuk sekolah rendah dan yang tengah nak masuk tadika..let's enjoy our holiday...


 
excited nak jalan...muka memang ceria habis


 
pukul 11pagi baru boleh makan..kira breakfast la ni


 
dah kenyang jom round ioi...tapi tak habis round pun sebab dah kenyang plus penat..


Disebabkan my hero kecik dah ngantuk terpaksa la bergerak balik..kalau ikut 2 hero lagi tu memang tak nak balik lagi pon..


 
setelah dipaksa dan dirotan manja gitu..akhirnya tido jugak hero ni..si along siap tertonggeng lagi..haisssh

Oleh kerana semua dah tido,ayah pulak dah gi memancing..makanya senang lah sikit kerja aku..sesi mengemas pulak sekarang ni..huhu..memang penat betul..semua kerja nak kena buat..kalau ikut hati ni memang give up habis..bukan nak merungut yerr tapi itulah kenyataan..rasanya semua wanita pun merasai benda yang sama tapi tak semua yang sanggup..contoh terdekat ada bersama aku...siapa???? biarlah rahsia..hohoho

Kepada para suami dan bapa diluar sana 'Hargailah Isteri dan Ibu Anda'..

Ishh dah jauh aku merepek..kembali ke topik asal yer...sambung kerja rumah aku pulak..masa nak menyental basikal hero-hero aku...dah lama tak basuh..dorang main pun kat dalam rumah je..ada la sekali dua bawak dorang lepak main basikal kat dataran putrajaya masa malam minggu..jadi dah dorang tak leh main lagi dalam rumah sebab tayar dah kotor...dah berapa bulan tersadai je basikal tu..kesian plak kat hero..teringin nak main tapi takut aku marah sebab kotor..

siap kerja..fuhh lega yang teramat...

sekarang dah siap...basikal dah sental..kasut pun dah cuci..yang kelakarnya si angah siap basuh kaki lagi lepas bukak kasut tadi sebab kaki busuk katanya..haha macam-macam...baju mr.hubby pun dah siap iron untuk seminggu sekali ngan baju sekolah heroku yang sulung..cari rak buku tak jumpa jadi rak kasut je aku beli untuk letak segala buku sekolah dorang..boleh la dari takde..tak nampak cam rak kasut pun..nak beli cabinet tak boleh sebab ruang yang terhad..faham je lah dok apartment besar mana sangat la ruang...nak beli rumah teres belum lagi mampu...huhu..sabar je la dulu..Insya'allah coming soon..doa-doakan yer..

Habis daa.......malam semua layan Hantu Kak Limah Balik Rumah kat tv3
..layannnnnn


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Sabtu, 22 Disember 2012

Mayat bayi rentung ditemui

Masya'allah...

Allahuakbar

Apa nak jadi dengan manusia sekarang..makin hari makin teruk perangai mengalahkan binatang..memang langsung takde hati perut..

Apakah dosa bayi kecil ini hingga diperlakukan sedemikian rupa...

Beginilah keadaan mayat seorang budak perempuan yang ditemui rentung dengan perut terburai di Bukit Chagar,Johor Bharu semalam

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dijumpai mati dibakar dengan perut terburai sebelum dibuang di kaki sebuah bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, anggota badan mangsa didapati rentung 80 peratus.

Pihaknya juga percaya, kanak-kanak malang itu dibakar dengan sejenis minyak dan kemudian dibungkus dalam plastik.

Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.

“Mayat itu dipercayai berada di kawasan ini kira-kira 12 jam yang lalu dan perut kanak-kanak terbabit juga didapati terburai,” katanya kepada Kosmo!.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Kosmo (kuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini)

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Jumaat, 21 Disember 2012

2 Beradik Hantu Kerang

Memang hantu kerang betul 2 beradik ni..pantang nampak kerang mesti teruja habis...kejap je dah hilang isi kerang yang pasti kulit tu tak hilang la..kalau hilang jugak aku memang tak tau nak kata ape dah..

 
'nah........ni dah bukak', kata along

 
dah nak licin pun kerang bakar

Disebabkan semalam besday aku,so ngada-ngada la sikit..malas nak masak untuk makan malam..so keputusannya tapau je kat kedai..kat area rumah aku ni boleh dikatakan 'syurga makanan' sebab banyak sangat kedai makan...kebanyakannya tomyam dan seafood..yang pastinya hampir 70% pemilik adalah orang kelate..murah sungguh rezeki dorang kat sini..

Sebenarnya nak ajak mr.hubby makan kat luar tapi katanya hari minggu ni baru boleh celebrate sebab malam tadi dia nak berniaga lagi..alhamdulillah ada lagi rezeki untuk anak-anak..so hari minggu ni aku nak demand lebih sikit..takpe la bukan selalu pun kan..setahun 2-3 kali je..hohoho

Dari petang lagi dok pikir nak makan and last sekali aku decide...tadaaaaa

 
siakap sweet sour

 
set nasi bubur untuk si kecik, sup ekor dan sambal belacan

Ikan tu nampak je kecil tapi besar sangat..memang tak habis makan berdua ngan hubby..dah ratah pun tak boleh nak habis jugak..aku dah mintak yang paling kecik untuk 2 orang makan tapi ni yang dapat..maybe ni yang paling kecil kot..harga boleh tahan la,masih berpadanan dengan saiz ikan tu..RM25 and......yesssssss seeeeedap sangat..

Sementara si abang dok makan kerang yang adik ni pulak makan bubur nasi tapi yang kosong je la..mana mau nya budak kecik ni nak makan sayur..ikan tu xleh la nak bagi kang tak pasal-pasal tercekik pulak..telur masin pun dia tak suka tapi kalau telur ayam rebus tu..haha..siapla..2 biji pun boleh habis pastu kentut memang semerbak la baunya...Nampak aku snap gambar je dia dah ready..'bu..bu..pat nyum',katanya...hohoho...dia suh aku cepat ambik gambar dia..dia dah senyum..

 
nyum...nyum..

Okey la..semua dah kenyang ye..kita mandi dulu..tengok tv jap tapi disebabkan takde cerita yang best malam tadi kul 9.30malam sume dah masuk bilik tido..nak tunggu ayah balik pun lambat lagi..zasssssss



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Khamis, 20 Disember 2012

20.12.2012...HAPPY BIRHTDAY TO ME

Salam...

Hari ni adalah hari yang senantiasa aku nantikan saban tahun tapi tahun ni aku rasa special sikit..'nice date 2012-2012'..Selamat Menyambut Kelahiran yang ke-28 tahun untuk diri sendiri..hahaha..meh aku nak nyanyi sikit...

HAPPY BIRHTDAY TOME
HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF
HAPPY BIRTHDAY TO ME

Thanks to my mum yang berjuang melahirkan aku 28tahun yang dulu...walaupun aku membesar tanpa kasih sayang seorang ibu seawal usiaku 8 tahun namun dialah ibuku dunia dan akhirat..jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat..kenangan silam akanku buang jauh-jauh...aku juga seorang ibu dan pastinya aku mengerti perasaanmu duhai ibu..luv u so much..

 
me and my mum

Untuk abahku juga,terima kasih kerana telah mengajar aku erti hidup..walaupun kita tak rapat seperti orang lain,berjumpa pun jarang sekali namun kau tetap ku sanjung dan hormati..tanpamu tiadalah aku di dunia ini..takdir yang menetukan nasib kita dan takdir jugalah yang menyatukan kita..

 
my 'abah'

Thanks a lot to my hubby for your surprise birthday cake last night...sedap cheese cake tu dan hadiah tu i like..untuk my hero-hero yang nyanyi lagu happy birthday jugak..thanks sayang..ibu luv u all sooo much..nanti kita celebrate kat luar ye..

 
sayang kamu ketat-ketat...


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Rabu, 19 Disember 2012

Orientasi Day untuk along

Dah besar pun anak ibu,tahun depan dah masuk sekolah rendah..cepatnya masa berlalu,rasa cam muda lagi aku tapi anak dah masuk sekolah (hohoho..perasan jap eh)

Semalam hari orientasi untuk murid tahun 1 S.K Taman Putra Perdana,Puchong..siap ada ujian untuk tentukan kelas dorang..Aku tak pergi la sebab kerja,asyik cuti je nanti boss tak syok plak kan..so Mr.hubby la kena attend..Menurut Mr.hubby ramai jugak murid..semua sekali 360 orang murid dibahagikan kepada 10 kelas..bermakna 1 kelas ada 36 orang murid la...mesti padat giler bilik darjah..hope cukup semua kemudahan asa yer...

 
baru lepas nangis

Pagi bukan main excited lagi nak gi sekolah baru..kejut bangun tido pun senang dari kebiasaannya bila aku cakap gi sekolah baru hari ni tapi bila sampai sekolah dia dah start 'enjin' but slow and steady..lepas register dalam pukul 9.00pagi dah kena amik ujian,ibu bapa kena masuk dewan dengar penerangan..masa tu aku tak tau la camner si hero ni..dapat jawab ke tidak...dalam pukul 11.00pagi habis ujian tu..mula berkumpul kat dataran perhimpunan je dia dah start dah..nampak orang ramai tapi tak nampak si ayah..

Bermulalah deruan 'enjin diesel'..nasib baik kejap je..first day tadika dulu pun cam gini jugak tapi second day dia dah pandai bawak diri..mulut dah macam bertih jagung..ada je cerita dia..

Next week nak kena attend untuk Sek.Ren.Agama Rakyat pulak...hope dia okey la kali ni..biasa la suasana baru cam gini..belum jumpa rakan lagi..

Macam mana la aku first time masuk sek dedulu erkk????..nak tanya kat mak pun mungkin dia dah lupa...Inilah gunanya blog dan internet pada zaman sekarang..dapat aku coretkan kehidupan kami kat sini..satu memori yang manis buat kami di masa hadapan..tak mungkin dapat ku ingat semua ini kembali tanpamu blog...ngeh ngeh ngeh..



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Nak balik Kelantan

Salam...

 
Along..Angah..Adik

Bukan kitaorang yang nak balik kelantan tapi mok tok dan tok ayah..pagi ni semua bangun awal (macam biasa je) dan bersiap nak hantar mok tok dan tok ayah ke airport...dah nak balik kampung dah pun setelah hampir 3 minggu bercuti di KL-Puchong-Rawang-Sg.Buloh dan Cherating (wah semua pun aku nak list kan)...

Semoga selamat sampai ke destinasi dan tahun depan jangan lupa datang sini lagi ye..


Si Angah dari semalam semua nak dengan tok ayah..nak makan tapi nak tunggu makan ngan tok ayah,makanya lambat la sikit sebab tok ayah tengok berita dulu pastu solat isyak then baru boleh makan...nak tido pun camtu jugak,nak tido ngan tok ayah so terpaksa la tok ayah melayan kerenah cucu ni..kena landing sebelah dia baru dia nak tido..

Si adik plak dalam dilema 'in between'..haha..bila aku tanya "adik nak tido ngan sape ni?"..dia muncungkan bibir kat tok ayah tapi bila aku nak letak dia geleng pulak..hadoiii..

Sabar duhai anak,bulan Feb nanti kita balik kampung ye..mungkin tak puas kot dorang ni nak bermanja...jumpa pun jarang-jarang..balik kampung pun 2 ke 3 kali je dalam setahun..Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri (tu yang pasti balik la sebab cuti panjang)..kalau Hari Raya Aidiladha tu belum tentu lagi sebab cuti sehari je..


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Selasa, 18 Disember 2012

Wordless today..layan je Sebuah Piala Seekor Kambing

Pagi-pagi lagi baca status rakan fb pasal telemovie semalam kat Astro 'Sebuah Piala Seekor Kambing'...

Raso nok laye ngan tengok pulok gapo hok dok sohor sangat ni...support kelate kito tu..

Jom layan...dikir la kito...


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Isnin, 17 Disember 2012

Sikit lagi nak dapat malu...mana purse??

Alhamdulillah...perut pun dah isi,mood kerja pun sudah mari jadi kerjalah dengan sebaik mungkin..cheewah ayat nak pujuk hati sebenarnya...

Insiden yang sikit je lagi nak buat aku dapat malu masa lunch break tadi..Kononnya nak gi shopping,cari apa yang patut pastu nak tapau.Memula masuk kedai kasut nak cari sandal gantikan sandal buruk aku ni ha tapi takde yang berkenan..nasib baik jugak la tak jadi beli..

Sebabnya aku tertinggal purse kat ofis...waduhhh..camner plak boleh lupa ni..nak kata faktor umur pun tak jugak kot sebab aku rasa aku muda lagi (hehe..anggapla muda ye)..Masuk kedai baju jap cari singlet untuk si Along sebab tu je yang aku tak beli lagi..esok hari orientasi murid tahun 1..dah beratur nak bayar ni...tup tup alamakkkkk purse takde dalam handbag...brother kat sebelah tu pandang je sebab 'alamak' aku yang agak kuat tu..aku wat selamba je kuarkan phone dan godek-godek kononnya tengah baca mesej..slow-slow aku jalan kuar dari kedai tu dan terus blah..tinggalkan singlet kat situ je..belum sempat scan lagi sebab ada customer lagi sorang kat depan aku..

Plan bukan main baik lagi tadi,nak shopping barang si hero kecik lagi..kalau la aku gi shopping si kecik punya barang dulu tadi lagi teruk aku malu rasanya..mesti dah siap scan sume baru aku tahu yang purse takde..slalu gitu la,dah total out baru terhegeh-hegeh nak kuarkan duit.

contoh je ni..bukan beg sebenar ye..huhu

Rushing je balik ofis nak ambik purse dan off coz la terpaksa keluar semula untuk tapau...perggghh kalau tak tapau confirm aku takkan boleh bertahan sampai ke petang nanti..memang akan dilanda gastrik la jawapnya..dah buang masa dan tenaga...tapi pengajaran buat aku,lain kali check dulu sebelum keluar..

Tapi... tapi... tapi...yang paling penting IC dan lesen memandu..kalau ada road block tak ke naya nak kena menjawap ngan abang-abang polis nanti..silap hari bulan boleh melayang duit aku bayar saman..



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Monday Blues menyerang kembali..

As-Salam,

Mood kerja ke laut je hari ni...walaupun semalam dah cuti tapi rasa cam tak puas je..nampak gayanya nak kena kerja sendiri la lepas ni..tapi boleh ke aku??dapat lebih rest ke?? Jawapannya nak kena cuba dulu baru tahu..hihihi (simpan dulu niat aku tu)

Ni cerita sabtu lepas,baru je nak hapdet..biasa la,aku cuti je blog aku pun turut cuti..bukan tak nak update tapi always busy with my hero's and yang paling tak leh tahan my internet line..soooo slow..dah macam kura-kura nak lumba ngan arnab je (hahaha..pe kena mengena lak ni)..

Habis je kerja hari sabtu lepas,terus balik umah dan pick-up my hero's gi kenduri..Ingat gi awal orang tak ramai tapi jangkaan yang kurang tepat..dok tengah makan tu,rombongan pengantin lak sampai...so cepat-cepat la kena makan sebab ramai yang menuggu giliran  nak dok kat meja..biasa la tu..Thanks to Kak Zai sebab sudi jemput kami sekeluarga.

Malam ada agenda lain plak..gi makan malam di Kem Kementah,rumah adik ipar aku..Dia wat solat hajat lepas maghrib nanti sempena nak dapat baby baru..Insya'allah kalau semuanya selamat,birasku akan deliver baby dalam bulan March tahun depan..bertambah lagi ahli keluarga kami..kesimpulannya,aku tak payah nak masak untuk hari itu..yahuuu

 
si hero kecik ni dah get ready..kul 6 kita bertolak ye

 
dah sampai posing dulu..dah macam raya plak aku rasa....

Dah dapat kumpul gini,suasana memang gamat habis..riuh rendah ngan suara budak-budak..Dorang kalu dah main memang tak ingat nak makan pun..sesedap mana pun makanan tu,takde pun nak heran tapi sekali dah ngap (makan)..haha..bertambah-tambah la pulak...



Tengahari tadi dah makan nasi minyak,malam kita makan nasi ayam,yang meriahnya buah-buahan..tuuuu diaaa..macam-macam ada..siap ada pulut durian lagi..ni kelantan punya stail..durian tu makan dengan pulut + santan masak/mentah + gula/gula melaka...

 

Alhamdulillah..kenyang sangat siap leh tapau lagi wat balik...rezeki jangan ditolak..tu yang monday blues hari ni..tak puas kot rest(semalam) sehari je kat rumah..kalau boleh memang nak rest berhari-hari ni... :))



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Khamis, 13 Disember 2012

Si Along wat hal pulak dah

Salam

Pagi ni si along boleh wat hal pulak..kencing tempat tidur plak dia..hisshh menyirap gak aku pagi ni tapi nak wat camner..maybe dia tak leh tahan tu tak pun takut nak gi bilik air ataupun  ngingau gamaknya..macam-macam hal la budak-budak ni..aku dah bangun kot masa tu..dok tengah iron baju,lampu luar pun dah buka..terang benderang lagi...dah sudah tu pandai pulak bangun gi bilik air and terus mandi (takut aku marah la tu)..aku ni kuat gak membebel..gerammmm...kadang tu memang tak leh kontrol dah tapi takde lah sampai pukul or mendera...hissshhh tak baik tau...

 

Si Angah pun dah bangun and join sekali along mandi..mandi mesti nak berdua..tapi Masya'allah bertengkar aje..ada je bunyi dorang bercakaran..aku pun kadang tu naik tension..dugaan betol nak besarkan 3 hero ni...harap dah besar nanti dapat senangkan ibu dan ayah..

Si kecik pun dah mengeliat dah..sat je dia dah jengah pintu bilik..asal aku bangun je,mesti dia ikut bangun skali...cam ada aura je..selalu dia yang paling awal mandi dari abangnya tapi hari ni dia plak yang paling lewat..

Bermacam ragam dibuatnya..

 
belum mandi tapi dia dah nak tukar baju..pakai sendiri pun boleh


 
mulut ketat ngan rambutan

 
dua-dua kaki masuk dalam sebelah seluar..berapa kali tersadung aku pun tak tahu 


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Rabu, 12 Disember 2012

Sukaneka Hari Keluarga di Cherating

As-Salam (^-^)

Lagi cerita 'family day' yang baru je berlabuh tirai pada ahad lepas 9.12.12...sesungguhnya satu memori yang cukup manis dan indah yang tak mungkin dapat dijual beli..Moga perhubungan kami sekeluarga berkekalan dan dipelihara oleh Allah S.W.T...Amin..

Kali ni aku kongsi aktiviti kat sana tuk hari ke-2 yang diisikan dengan acara sukan pula...Lepas je breakfast semua kena get ready dan turun ke padang.. haha.. ada padang ke? takde punnn.. main kat tepi laut je.. ramai pula masa tu yang wat family day soo suasana jadi meriah..

Aku yang pada mulanya sakit perut (padahal malu giler nak main) tetiba excited.. join skali main untuk acara dewasa berpasangan.. kesian plak kat mr.hubby kalau aku tak main.. kena cari pasangan lain la jawapnya..

Okey, jom mula dengan acara kanak-kanak.. 3 acara dipertandingkan iaitu lari bawa bola ping pong dalam sudu, lari bawa bola dalam gelung dan isi air dalam botol menggunakan span.. ekceli sumer acara pon aku join sekali sebabnya si angah tak reti..heheheee, nak kena guide lor.. tapinya dah guide pun tetap kalah.. huhuuu

 
wat barisan dulu ye anak-anak.. dah nak start jap lagi..

 
tak puas budak-budak ni main sebenarnya.. tiga game cepat sangat.. tapi elok jugak cuaca pun dah beransur panas

 
sayalah juara..hahaha

Acara remaja yang tak berapa nak remaja pula.. sama jugak 3 acara.. tiup belon 3 biji kasi pecah, cari gula-gula dalam tepung dan baling belon berisi air.. dah macam acara kanak-kanak gayanya.. siapa cepat dialah pemenang..

 
tiup jangan tak tiup...ada yang main tipu ni

 
hantu tepung

 
habis basah kain tu wat sambut belon..

Jeng jeng jeng kini tibalah masanya untuk acara dewasa yang pada mulanya aku tak nak join tu.. eleh malu la konon last2 terjebak sekali... syok pulak rasanya sebab dah lama tak bersukan.. masa zaman sekolah dulu pun aku ni tak aktif bersukan.. memang malu sungguh ni... hehe (perasan terlebih)

acara pertama - pandu arah pasangan (cari gelung dan masukkan dalam kon)

 
acara kedua - larian kasih

 
acara ketiga - makan epal (guna mulut je tau)

Tamat acara dewasa maka abis la sukanekanya... petang nanti sambung lagi.. balik bilik isi perut yang dah dok main lagu keroncong ni dulu then rest jap.. acara petang tak banyak pun.. gambar pun tak sempat nak snap tapiiiii yang pentingggg

tuuu dia...tok ayah main boling okeh... botol mineral jer pon kitorang guna..

Malam tu acara kemuncak yang paling ditunggu... ye la, dah seronok main.. penat pun dapat takkan tangan kosong je kot.. kena la kasi hadiah kat pemenang..

 
yeayy dapat gak satu adiah.. pemenang tuk acara larian kasih..

Jangan dilupa kepada penaung dan penasihat (mok tok dan tok ayoh).. dapat hadiah jugak.. ikhlas dari anak menantu dan cucu-cucu...

 
dapat seketoi kura-kura (footer dari ogawa)

Moga dapat bertemu lagi di tahun hadapan.. Insya'allah.. penat tu memang la penat tapi bak kata Nora Danish "yang penting kita enjoyyyy"... saat ini pasti akan dirindui..



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))