Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Khamis, 31 Januari 2013

My Review for CutiMalaysia Blog

Salam semua...Holla

Selamat pagi, tengahari, petang dan selamat malam (dah tak yah baca,gi tido)..tak kisah la bila korang baca entri ni..semua aku ucap selamat ye..xoxo

Hurmm disebabkan banyak sangat masa lapang sekarang ni (gaji dah settle,akaun dah close) jadi dapatlah cari sikit idea..nak buat review sikit mengenai blog cutimalaysia.my..harap masih sempat lagi di saat-saat akhir ni..


Entry sebelum ni..KLIK SINI, aku ada cerita sikit la pasal blog ni..satu blog percutian yang menarik untuk dijadikan rujukan..sangat santai dan penuh dengan info yang menarik mengikut pengalaman tuan tanah sendiri..Kalau yang just kasi info tapi sendiri pun belum pernah pergi tak syok jugak kan??Mesti tak sama seperti yang digambarkan..

Sebabkan cuti Tahun Baru Cina ni panjang (dapat cuti seminggu..syiokkk habis)aku memang nak manfaatkan percutian yang mengancam bersama family tapi blurr tak tau nak gi mana...dok tergodek-godek 2 ke 3 hari jugak la mencari info kat internet dan terjumpalah blog cutimalaysia ni...and terus jatuh cinta pandang pertama..kekeke..boleh gitu??

Pertama kali singgah blog ni memang aku dah teruja..tiket Sunway Lagoon pada harga RM20..mungkin rezeki aku jugak kot hari tu, dapatlah aku jejak kaki kat Sunway Lagoon untuk pertama kalinya..kalau ikutkan aku tinggal berjiran je dengan Bandar Sunway tapi belum pernah jejak kaki lagi..kalau gi pun takat Sunway Pyramid je..thanks a lot to cutimalaysia walaupun aku hanya dapat tiket promosi RM50 sebab yang RM20 dah habis...still puas hati and enjoy our weekday..

 
Menyeberang jambatan gantung untuk ke Surf Beach.. 

Buat masa sekarang aku review percutian tempatan je dulu..blom mampu nak ke oversea pun :( ..yang paling aku nak pergi sekarang ni Pulau Langkawi..dari pengalaman dan gambar yang cutimalaysia kongsikan mengenai Langkawi,buatkan aku lagi tak sabar nak jejak kaki ke sana...Insya'allah

 
Dataran Lang..dari blog CutiMalaysia

Kalau ada kengkawan kat luar sana yang macam aku (tak tahu destinasi nak bercuti) boleh la rujuk blog atau FB CutiMalaysia..tak payah nak pening-pening kepala lagi dah..as long as u happy i happy dah memadai.. 

Bukan saja dikongsikan tempat percutian,malah juga tempat-tempat makan yang menarik...hahaha..baik yang warung tepi jalan mahupun restoran yang bertaraf 5 bintang..sure korang kecur perut punya la..aku tengok gambar pun dah tak boleh tahan..lumrah kan..setiap hari perut nak kena isi..paling kurang pun 2 kali sehari tapi tu untuk yang diet la..lau macam aku ni takde makna nak diet-diet ni..badan dah sekeping..nak dukung anak pun tak larat.

Paling aku selera tengok roti john unan yang kat putrajaya tu..perghhh mantap giler dengan sos yang meleleh tu..tak payah fikir panjang dah memang aku grab la ahad lepas dan apa yang aku boleh kata memang ngam dengan selera aku..takde la rasa berat sangat..kalau korang dah kenyang still boleh habiskan tau tapi kalau aku yang pendek je la..huhu..perut kecik tak leh nak sumbat banyak sangat..

 

Sekarang ni memang aku banyak review blog cutimalaysia je kalau nak cari tempat makan..at least tuan tanah dah rasa dan share apa yang dia tahu..aku memang malas nak try tempat yang tak biasa pergi,alih-alih pegi tempat yang sama je..sesekali nak juga tukar selera..memang tak rugi korang follow blog ni..

Serius aku cakap walaupun dah lama dok puchong (dekat je ngan putrajaya) tapi tak pernah aku tahu banyak tempat menarik kat putrajaya ni..yang aku tuju selalunya Alamanda..lagi satu kat Dataran tapi sebelah malam je la layan hero-hero aku main basikal..pasar tani pun aku tak pernah jejak..hukhuk..bazaar ramadhan last year kali pertama aku gi sebab tergugat tengok kambing panggang kat program Bazaar Ramadhan@TV3..kekeke

 
Disebabkan cutimalaysia jugak la aku jejak kaki ke Taman Botani

Oppsss baru aku perasan,semua aktiviti aku ni adalah yang pertama kali..semuanya jasa blog cutimalaysia..really-really thanks to cutimalaysia..hurmm kalau sendiri nak pergi menjelajah semua tempat yang kat atas,jawabnya sampai ke hari ni memang tak jejak lagi la..

Ok uollsss..nak sambung kerja balik..Wassalam

P/s : Admin ni photographer ke??semua gambar yang disnap jelas dan lawa..


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

1 ulasan:

aTieYusof Family berkata...

Best nya sesekali jalan2 mcm ni..
klu ada anak2 lagi ceria perjalanan tu:)