Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Selasa, 5 Mac 2013

Peluang Makan di Kenduri MasterChef Selebriti 2...siapa nak???


Salam...

Anda peminat Masterchef Selebriti Malaysia???oh yeayyy aku memang minat (takat ni la...hihi) esok lusa tak tau lagi, kita tengok dulu camner...

Masterchef Selebriti musim ke-2 khabarnya akan bermula tak lama lagi..hisshh memang tak sabor nak nunggu ni ha..harap lebih best lor dari tahun lepas..senarai penuh peserta blom tahu lagi tapi ada kemungkinan yang terlibat adalah PakNil (Datuk Aznil Haji Nawawi),CheTa (Rozita Che Wan) and pasanganya Zain (Zain Saidin)..camner la gamaknya gelagat CheTa nanti kan??

Menerusi portal Murai.com.my, pembaca yang selalu mengikuti perkembangan terkini di portal berkenaan berpeluang untuk mendekati para peserta Masterchef selebriti dan merasai makanan yang disediakan oleh mereka sendiri bagi segmen Kenduri Masterchef

Hanya 25 pembaca portal murai sahaja yang bakal terpilih berdasarkan slogan yang paling menarik..kalau korang rasa korang kreatif dan pandai berpujangga,sila-silalah mencuba.. :) (takat ni aku sedar yang aku ni tak kreatif..kekeke)

Cepat..cepat..siapa cepat dia pergi..

Kenduri Masterchef bakal diadakan pada 11 Mac ini dan bas ke lokasi penggambaran yang masih lagi dirahsiakan lokasinya akan disediakan di Astro Bukit Jalil pada jam 6.30 ptg..so don't worries okay..

Penyertaan ditutup pada 8 Mac..so banyak lagi masa korang nak pikir slogan yang terbaikkk and yang paling menarik bukan takat dapat makan masakan peserta je tau,pembaca bertuah juga dapat kenal barisan selebriti kita yang menjadi peserta untuk musim kali ni..kiranya korang kenal dulu la para selebriti yang terlibat sebelum diwar-warkan kepada umum..

Excited ??hurmm dah boleh pikir dah mulai sekarang hokey...dah siap slogan korang,just email ke webmaster@murai.com.my and paling syok sebab korang boleh bawa seorang pasangan bersama..

Berikut info yang perlu korang lengkapkan

Nama :
No. K/P :
Email :
Alamat :
Gambar terbaru :
Slogan : Saya mahu rasa masakan peserta Masterchef Selebriti Malaysia 2 kerana ......................

Kalau tak paham jugak..gi la jenguk kat website Murai.com.my
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

5 ulasan:

ANNA MARIANA berkata...

nice info =)

Ema Blog berkata...

bolehlah cuba..walaupun sedar tak kreatif mana

nadia berkata...

wahhh wahh, akak cuba takkk? nadia tak reti sangat karang2 ayat skema nii :p

lieyalatif berkata...

wow menarik ni..sesekali pi menggelemerkan diri kan heheheeheh

good luck moga ade tuah awak yeak....nanti leh share kat blog...

QasehnyaRania berkata...

mnarik tapi terlepas sudah