Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Khamis, 31 Januari 2013

PCL, tolong review blog saya..

Hari ni nak join segmen lagi..banyak sangat segmen kat blog sekarang ni..memang berguna la untuk new bloggers cam aku ni..hoho

korang nak join?? klik banner

PCL, tOlOng RevIeW BloG sAyA..(auntummawar.blogspot.com)

Syaratnya sangat simple,korang copy paste je banner yang kat atas ni dan link pautan ke entri pcl,pastu buat je simple entri 'PCL,tolong review blog saya (letak url blog korang) dan jangan lupa letakkan link entri korang kat ruangan komen..

Takat ni belum ada tarikh tutup..

P/S : harap dapat komen yang membina..kutuk-kutuk manja pun aku tak kesah..kekeke

Peace :))

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

My Review for CutiMalaysia Blog

Salam semua...Holla

Selamat pagi, tengahari, petang dan selamat malam (dah tak yah baca,gi tido)..tak kisah la bila korang baca entri ni..semua aku ucap selamat ye..xoxo

Hurmm disebabkan banyak sangat masa lapang sekarang ni (gaji dah settle,akaun dah close) jadi dapatlah cari sikit idea..nak buat review sikit mengenai blog cutimalaysia.my..harap masih sempat lagi di saat-saat akhir ni..

Entry sebelum ni..KLIK SINI, aku ada cerita sikit la pasal blog ni..satu blog percutian yang menarik untuk dijadikan rujukan..sangat santai dan penuh dengan info yang menarik mengikut pengalaman tuan tanah sendiri..Kalau yang just kasi info tapi sendiri pun belum pernah pergi tak syok jugak kan??Mesti tak sama seperti yang digambarkan..

Sebabkan cuti Tahun Baru Cina ni panjang (dapat cuti seminggu..syiokkk habis)aku memang nak manfaatkan percutian yang mengancam bersama family tapi blurr tak tau nak gi mana...dok tergodek-godek 2 ke 3 hari jugak la mencari info kat internet dan terjumpalah blog cutimalaysia ni...and terus jatuh cinta pandang pertama..kekeke..boleh gitu??

Pertama kali singgah blog ni memang aku dah teruja..tiket Sunway Lagoon pada harga RM20..mungkin rezeki aku jugak kot hari tu, dapatlah aku jejak kaki kat Sunway Lagoon untuk pertama kalinya..kalau ikutkan aku tinggal berjiran je dengan Bandar Sunway tapi belum pernah jejak kaki lagi..kalau gi pun takat Sunway Pyramid je..thanks a lot to cutimalaysia walaupun aku hanya dapat tiket promosi RM50 sebab yang RM20 dah habis...still puas hati and enjoy our weekday..

Menyeberang jambatan gantung untuk ke Surf Beach.. 

Buat masa sekarang aku review percutian tempatan je dulu..blom mampu nak ke oversea pun :( ..yang paling aku nak pergi sekarang ni Pulau Langkawi..dari pengalaman dan gambar yang cutimalaysia kongsikan mengenai Langkawi,buatkan aku lagi tak sabar nak jejak kaki ke sana...Insya'allah

Dataran Lang..dari blog CutiMalaysia

Kalau ada kengkawan kat luar sana yang macam aku (tak tahu destinasi nak bercuti) boleh la rujuk blog atau FB CutiMalaysia..tak payah nak pening-pening kepala lagi dah..as long as u happy i happy dah memadai.. 

Bukan saja dikongsikan tempat percutian,malah juga tempat-tempat makan yang menarik...hahaha..baik yang warung tepi jalan mahupun restoran yang bertaraf 5 bintang..sure korang kecur perut punya la..aku tengok gambar pun dah tak boleh tahan..lumrah kan..setiap hari perut nak kena isi..paling kurang pun 2 kali sehari tapi tu untuk yang diet la..lau macam aku ni takde makna nak diet-diet ni..badan dah sekeping..nak dukung anak pun tak larat.

Paling aku selera tengok roti john unan yang kat putrajaya tu..perghhh mantap giler dengan sos yang meleleh tu..tak payah fikir panjang dah memang aku grab la ahad lepas dan apa yang aku boleh kata memang ngam dengan selera aku..takde la rasa berat sangat..kalau korang dah kenyang still boleh habiskan tau tapi kalau aku yang pendek je la..huhu..perut kecik tak leh nak sumbat banyak sangat..

Sekarang ni memang aku banyak review blog cutimalaysia je kalau nak cari tempat makan..at least tuan tanah dah rasa dan share apa yang dia tahu..aku memang malas nak try tempat yang tak biasa pergi,alih-alih pegi tempat yang sama je..sesekali nak juga tukar selera..memang tak rugi korang follow blog ni..

Serius aku cakap walaupun dah lama dok puchong (dekat je ngan putrajaya) tapi tak pernah aku tahu banyak tempat menarik kat putrajaya ni..yang aku tuju selalunya Alamanda..lagi satu kat Dataran tapi sebelah malam je la layan hero-hero aku main basikal..pasar tani pun aku tak pernah jejak..hukhuk..bazaar ramadhan last year kali pertama aku gi sebab tergugat tengok kambing panggang kat program Bazaar Ramadhan@TV3..kekeke

Disebabkan cutimalaysia jugak la aku jejak kaki ke Taman Botani

Oppsss baru aku perasan,semua aktiviti aku ni adalah yang pertama kali..semuanya jasa blog cutimalaysia..really-really thanks to cutimalaysia..hurmm kalau sendiri nak pergi menjelajah semua tempat yang kat atas,jawabnya sampai ke hari ni memang tak jejak lagi la..

Ok uollsss..nak sambung kerja balik..Wassalam

P/s : Admin ni photographer ke??semua gambar yang disnap jelas dan lawa..

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Rabu, 30 Januari 2013

Nak carik kasut...nak carik kasut...

Salam...

Isnin lepas berpagian lagi dah get ready nak keluar jalan memandangkan cuti sempena Thaipusam..hajat nak ke GM Klang sebab nak cari kasut untuk mr.hubby tapi tak jadik...tukar plan and gerak gi MidValley..dah lama tak jejak kaki ke sana sambil tu ingat nak gi pets shop tapi dah tutup..entah sejak bila tutup pun aku tak tahu..

Mission nak carik kasut mesti diteruskan juga and akhirnya Aeon jadi pilihan memandangkan tengah sale sekarang ni...kalau korang nak tahu, yang terlebih sibuk dok try kasut tu haaaa..

Si angah siap 2 sekali sambar yang adik pulak baru nak bukak sandle..

haaa try dik jangan tak try..dah confirm kasut tu besar..

Haihhh dorang ni,macam-macam kerenah..habis bersepah kasut kat atas rak tu..sib baek tak kena sound ngan salesman yang jaga kat situ..Lama jugak la dok memilih kasut kat sini,tang nak bayar pun satu hal..panjang pulak Q nya..

Memandangkan blom sarapan lagi,lepas bayor je terus gi cari makan..cari foodcourt tak jumpa plus malas nak jalan sebenarnya so santap je nasi ayam kat grd floor..alhadulillah kenyang..

Kasut dah beli..makan pun sudah..malas la pulokss nak berwindow shopping ni sebab mata pun dah ngantuk..dah nampak bantal yang melambai kat rumah tu so beransur la perlahan-lahan..

Bye..bye..wassalam

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Al-Fatihah untuk arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir

Photo: DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
(Mujahidah yang telah ke alam sana)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 

______________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata 
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
 Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
 “Orang azan kot” tingkah saya. 
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. 
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” 
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. 
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis. 
Kami tanyakan "kenapa senyum?” 
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” 
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
 “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
 Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” 
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya

SITI HAJAR 
                                                                                                                
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

Sumber : FB Oh My Islam

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Selasa, 29 Januari 2013

Ke Taman Botani la kita

Putrajaya Seafood Restaurant

Salam

Perghhh cuti 3 hari miggu lepas memang pulun habis la berjalan..bukan boleh hero-hero ni dok terkurung je dalam rumah..ye lah duduk apartment kan kalau rumah teres tu boleh dorang ambik angin sikit..ni memang takde peluang langsung nak ke luar pintu pun..24jam pintu tu aku tutup,kalau bukak kejap je semua dah hurung situ..dah macam lalat hurung tutttt..sebenarnya ibu hero-hero ni pun borink jugak..alasan je semua tu..kahkahkah..

Jenjalan kami 5 beranak ke Taman Botani kat Putrajaya..memula aku cadang nak berbasikal tapi memandangkan cuaca yang semacam nak hujan je tak jadi..just ronda-ronda je dulu maybe next time datang berbasikal pulak..kenyang pun sudah sebab dah belasah roti john plus ABC plus coconut shake,so sesi membakar lemak-lemak tepu la pulak..

Layan hero-hero yang sememangnya riang...

Pada yang belum tahu,Taman Botani ni terletak di Utara Presint 1,Putrajaya..masuk adalah percuma and banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sini samada nak berbasikal,menaiki trem atau melawat/meneroka taman-taman seperti Moroccan Pavilion tapi yang ni masuk kena bayar..hanya Taman Botani je yang free..korang boleh refer details yang aku bagi ni..

Kadar Untuk Kemudahan dan Perkhidmatan
 
A. EKSPLORASI TAMAN
Bil Perkara Kapasiti Kategori Kadar Catatan
1 Lawatan Berpandu Ke Taman 10 orang (min) Individu
Pelajar
RM 5.00
RM 3.00
Masa Bagi Lawatan Berpandu (Walk-In)
I. 9:00 am
II.10:30 pg
III. 2:30 ptg
IV. 4:00 ptg
2 Tiket ke Moroccan Pavillion Individu
Pelajar
RM 3.00
RM 1.00
3 Aktiviti Eksplorasi
a. Botani Walk & Hunt 10 orang (min) Seorang RM 10.00
2 Jam
b. Botani Cycle & Hunt 10 orang (min) Seorang RM 15.00
2 Jam
c. Botani Explorace 10 orang (min) Seorang RM 15.00
2 Jam
d. Botani Morpho Hunt 10 orang (min) Seorang RM 5.00
1 Jam

B. SEWAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN
Bil Perkara Kapasiti Kategori Kadar Catatan
1 Basikal Satu Tempat Duduk Isnin-Jumaat
RM 2.00 / jam
Dua Tempat Duduk Isnin-Jumaat
RM 4.00 / jam
Baby Carrier Tempat Duduk Isnin-Jumaat
RM 1.00 / jam
Satu Tempat Duduk Sabtu/Ahad/Cuti Am
RM 4.00 / jam
Dua Tempat Duduk Sabtu/Ahad/Cuti Am
RM 8.00 / jam
Baby Carrier Tempat Duduk Sabtu/Ahad/Cuti Am
RM 2.00 / jam
2 Trem Individu
Pelajar
RM 4.00
RM 3.00
Masa Perjalanan adalah setiap 1 jam bermula jam 9:00 pg hingga jam 5:00 ptg
Pakej Tempahan RM 50.00 / trip

Korang kalau malas nak sumbat basikal dalam kereta boleh la sewa je kat sini..ada pro dan kontranya la ye..kalau lucky dapat yang elok kalau kureng tu dapat la yang bermasalah sikit..as long as boleh guna belasah ajer..

Kalau nak cepat kurus tu korang boleh jogging je..kalau aku confirm pengsan la nak round habis taman..

Sebab cuaca dah mendung..ksekejap je la lepak kat situ..ngam ngam je keluar dari Taman Botani hujan dah turun..nasib lerr cepat sikit kalau tidak mau berhujan jugak la jawabnya..dah la hero-hero semua selesema tak hilang lagi..dah seminggu..

sambil tu boleh bagi makan ikan..bawak la roti sikit..hehe

Ok..bye bye..Wassalam

P/S : nak try gi Taman Wetland next time..kalau korang pernah gi share la citer ngan aku ye..
kesian lorr agak ketinggalan sikit..baru sekarang nak teroka putrajaya..huhuhu

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Fesyen bertudung yang agak ......hurmmm

Share pic dari FB PanduanIslam.Com

Zaman sekarang ni memang fesyen tengah berlambak-lambak dan ikut trend la kata orang..sinonim sangat dengan wanita..aku pun tak terkecuali la..ada yang baik dan ada yang kurang baik..tinggal kita je yang nak ikut ke taknak 'u follow i follow'..bagi yang muslimah pun tak kurang hebat baik dari segi berpakaian mahupun bertudung..

Tengok gambar fesyen kat atas dan meyrupai rambut..ni nak kata tutup aurat macam tak..nak kata dedah aurat tapi bertudung..renungkan dan nilaikan sendiri..

Alhamdulillah ramai yang berhijab sekarang terutamanya artis la (contoh ye,aku tak maksudkan sesiapa pun) tapi nawaitu sebenar berhijab tu hanya dia dengan yang kat atas je tahu...samada benar-benar nak berhijab atau sebab nak berfesyen..

Tudung sekarang pun lawo-lawo..grand gitew..harga pun mak aiii bukan main lagi mahalnya..boleh wat makan 3-4 hari ko...kain nipis je,leher pun nampak tapi harga boleh cecah RM100++..tu yang jenama suam-suam kuku kalau yang memang dah hot tu lagi la mahal..sehelai pun sampai RM 300++

Jubah sekarang pun dah aku tengok dah ikut bentuk badan..berjubah tapi sendat sana sini..sapa nak jawab tu??

P/S : Peringatan untuk diri sendiri..jangan terlalu berfesyen..kekeke

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Kanak-Kanak Maut Jatuh Balkoni

“Saya memang bimbang dengan perlakuannya yang hiperaktif. “Tetapi, saya tidak menyangka anak tunggal kesayangan yang diletakkan di rumah pengasuh sejak Mei tahun lalu itu akan meninggal dunia dengan cara sebegitu,” kata Siti Nur Jannah Azman, 24.

Beliau mengulas mengenai anaknya Muhamad Adam Zafuan, 6, yang maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh Apartmen Sutra Mas, Puchong Jaya, di sini, semalam.

Menurutnya, perasaan bimbang mengenai kemungkinan anak lelakinya itu terjatuh kerana gemar memanjat balkoni menjadi kenyataan apabila anaknya ditemui dalam keadaan berlumuran darah Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Muhamad Adam, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Serdang akibat parah di kepala dan badan.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan yang hiperaktif memanjat pagar balkoni rumah pengasuhnya di tingkat tujuh setinggi lebih satu meter sebelum terjatuh.

Kejadian itu tidak disedari pengasuhnya yang berada dalam rumah dan sebaik dihubungi ibu mangsa yang menyuruh melihat Adam, pengasuh terbabit mendapati kanak-kanak itu sudah terjatuh dari balkoni.

Siti Nur Jannah berkata, anak tunggalnya itu seorang kanak-kanak hiperaktif dan suka bermain di balkoni di rumahnya di tingkat lima, apartmen sama, selain di pangsapuri ibunya di tingkat 15, Jalan Kuching.

“Sebelum kejadian, ibu saya menghantar Adam ke rumah pengasuhnya itu jam 9 pagi sebelum dikejutkan dengan kejadian berkenaan setengah jam kemudian.

“Ketika itu saya berada di tempat kerja apabila dihubungi rakan yang tinggal di kawasan sama dan memaklumkan Adam terjatuh dari balkoni sebelum menghubungi pengasuh supaya melihat Adam dan mengesahkan anak saya itu terjatuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Kami sudah memanggil pengasuh untuk memberi keterangan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

P/S : Inilah yang paling aku takut, hantar pengasuh pun hati sentiasa risau..bukan tak percayakan pengasuh tapi bila dah jadi macam ni semua dah terlewat..hati kena redha dan tawakkal je lah sebab terpaksa tinggal dorang untuk cari rezeki..(rasa cam nak berhenti kerja je)

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Isnin, 28 Januari 2013

Jom Jalan pekena Roti John Unan kat Putrajaya

Presint 16,Putrajaya

Salam...

Wah pagi hari lagi update blog hari ni...kat umah pulak tu..hihihi...selalu kalau bab mengupdate ni aku wat kat ofis je sebab rumah punya internet memang slow giler...ni pun berchenta aku nak update...awal pagi ni ok la sikit sebab orang tengah tidor..

Takde plan lagi nak kemana hari ni..tengah memikir sambil tu update aktiviti semalam...walaupun dekat je rumah aku  ngan putrajaya tapi tak selalu aku jenjalan sana..kalau gi pun takat alamanda je (rumah ke-2 abg ben ngan qhalif..kekeke) jangan marah ye abg ben,tak pernah pulak terserempak..bagi aku cam takde tempat menarik sangat la aku rasa tapi semalam aku teruja la puloksss..

Dari review blog cutimalaysia.my, aku try ke Taman Warisan Pertanian kat Presint 16...pekena Roti John Unan yang dikatakan femes di Putrajaya...tapi takde la sampai kena berbaris panjang...tak sangka ada banyak gerai makan kat sini..macam-macam ada termasuk Sate Haji Samuri...lain kali memang aku terjah lagi la..harga pun standard..

sedap dan ringan..tak terlalu berat untuk tekak aku..

gerai ABC..

meleleh...mabeles roti john

Selalunya aku makan roti john ni pada bulan puasa je tapi disebabkan keimanan yang sikit goyah ni,aku akur pada naluri tekak..hehehe boleh gitu??

Smart hero yang banyak sangat akal..kang dah nangis..dari pagi dok bising nak kuar jalan..

My hero-hero ni agresif sikit harini sebab setengah hari dah dok terkurung dalam rumah..kalau makan sini cam tak best pulak untuk dorang,so aku tapau je...nak gi jenjalan kat Taman Botani...pun aku tak pernah jejak kaki kat sini..setiap kali ajak mr.hubby je..dia akan tolak mentah-mentah..huhuhu :(

'Botani ado gapo??Hurm tukar plan..tok best lasung',katanya..

Dan semalam dia tertewas jugak dengan aku..hahaha

my hero tengok syok melayan abc ngan roti john..si kecik tu tamak betul..haha penuh mulut disumbatnya...

bye...bye...jumpa kat Taman Botani nanti..wassalam

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Rabu, 23 Januari 2013

Hadiah pertama sejak berblog...TQ

Hadiah dari GA Izwan

Thanks ye Izwan...hadiah dah diterima dengan selamatnya semalam..

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Selasa, 22 Januari 2013

Promosi sempena Hari Wilayah Persekutuan

sekadar hiburan..takde kena mengena ngan entri pun..

Berita baik kepada kengkawan yang tengah planning nak kemana sempena cuti Tahun Baru Cina ni..sempena hari wilayah persekutuan pada 1hb Februari ni, ada goodies la untuk kita (jangan salah faham pulak...kang tak pasal-pasal aku kena saman)...

Jom tengok apa yang best sangat...

1 - Free Usage of Sport Facilities for the month of February 2013

2 - Free Boat Usage & Pony Ride at Taman Tasik Titiwangsa from 1st Feb until 28th Feb 2013

3 - Entry ticket to Aquaria on family package for MyKad holder (2 adults & 2 children RM 99 only)
      applicable on 1st Feb 2013
      *Harga biasa RM 35 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak

4 - RM1 Bird Park entrance fee applicable to all MyKad holder.Applicable on 1st Feb 2013 only
      *Harga biasa RM 25 untuk dewasa dan RM 12 untuk kanak-kanak

5 - Berjaya Time Square Theme Park - free ticket with 1 purchase on 1st Feb 2013 for MyKad holder
      *Harga biasa RM 38 untuk dewasa dan RM 28 untuk kanak-kanak
      *Pakej keluarga RM 106 (2 dewasa & 2 kanak-kanak)

6 - Tasik Putrajaya Cruise - potongan sebanyak 50% dari 1hb Feb hingga 8hb Feb 2013
      *Harga biasa RM 30 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak

dan ada lagi...

Penggunaan tandas awam juga percuma dari 1hb Feb hingga 28hb Feb..kekeke..

Sangat menjimatkan bagi yang ramai ahli keluarga..lagi ramai lagi jimat la kan..bagi yang nak amik kesempatan untuk bersantai dengan keluarga tu memang dialu-alukan dan pastinya sangat 'crowded'..sabor je lah nanti..

Sumber : NST

Yang mana dok di selangor tu tak dapat la nak join gi Aquaria,Taman Burung dan Berjaya Times Square Theme Park sebab hanya sah untuk 1hb Feb sahaja..kalau korang nakkk jugak join no problem,amik cuti lorr or MC je terus..hahaha..jangan kena tangkap sudah..silap haribulan tengok syok naik anak kuda kat tasik titiwangsa terlanggar pulak dengan boss...hakhak..sapa mau tanggung???sendiri tanggung wooo...

Bye..bye...selamat berhibur

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Harus lebih waspada dengan hero-hero aku

Aniq Mikail yang banyak akal..ni pic malam sabtu lepas nak keluar gi D.I.Y beli swimming suit untuk Along..dengan stokin yang dia pakai sendiri..dengan beg sandang and ada lagi spec hitam tapi aku dah ambik..mau tersadung jugak kat tangga tu nanti.seluar singsing sampai ke lutut sebab malam tu hujan..

Sekarang ni setiap pagi pun ikut ibu hantar along ke sekolah agama..setiap kali tu jugak la dia akan salam dan peluk cium si abang..touching plak ibu tengok..moga silaturahim dan hubungan korang adik beradik akan kekal erat hingga ke akhir hayat walaupun ibu dan ayah dah takde pada masa tu..

Amir Harith yang pandai berdikari..senang nak handle..harus la kena pandai sebab anak sulung ni..pas ni nak kena tolong ibu ngan ayah jaga adik-adik pulak..mesti jadi role model yang baik..baru je sambut besday yang ke-7 pada 5hb Januari ari tu..

Adib Raiyan yang memang 'notty'..sampai hari ni pun masih nangis lagi bila sampai kat tadika..setiap kali ibu balik rumah dan tanya belajar apa kat sekolah siang tadi,dia akan jawap...
 'ntah...tak tau lagi',
ehh camner plak tak tau lagi sebab dah belajar sian tadi..eee poning la ngan si angah ni..asalkan ada hati nak sekolah nangis pun nangis la..ibu tak kesah...haha

Hari ni lepas hantar along aku singgah jap beli nasi lemak..parking dekat je ngan gerai tapi suruh tunggu dalam kereta jap si angah ngan adik..mana tau tiba-tiba dah meluru si adik kat aku..ishhh tak leh jadi ni..dah tak boleh nak tinggal dorang camtu..walaupun sejengkal..walaupun seminit..memang bahaya..kesilapan begini lah yang menyebabkan berlakunya kes yang tidak diingini..siapa yang silap????diri sendiri..

Fobia sudah..

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Isnin, 21 Januari 2013

Sunway Lagoon Wildlife Park best jugak

Sambungan sementara masih fresh kat otak aku ni..tak habis lagi cerita santai aku di Sunway Lagoon semalam..bukan nak menunjuk-nunjuk ye just nak catat memori aku ngan my luvly family..esok lusa aku akan lupa semua ni kalau tak dicatat..ye la kan umur makin tua bukan makin muda...hihi

Lagipun amik peluang sementara takde kerja nak buat..kang busy tak sempat plak nak update blog cabuk aku ni..kalo busy pun sibuk nak update blog cari nahas jawapnya..

Ingat nak ronda habis Sunway Lagoon ni..kalau nak datang balik tak tau la bila..ni pun sebab terjebak ngan promosi tiket RM20 tu tapi rezeki kitaorang hanya tiket RM50..Pas mandi-manda tu jenjalan dulu kat Zulu Walk..kalau nak dapatkan cenderamata leh la cari kat sini..nak makan pun boleh sebab sini Marrybrown and cafe..gerak depan sikit ada Wildlife Park...ala-ala zoo mini ler..

Malu pulak 'makwe' sekor kat tu kena intai ngan bebudak ni...
Si adik nak cium anak dara sapa la plak tu..

Geli nengok tikus takde bulu..yang berbulu pun aku dah geli..
yang lain tu landak..guinea pig and ????lupa lak nama binatang tu

Besar giler ular sawa ni tapi yang ni yang telah diawet..kalau hidup mau melompat aku..

Harimau boleh tengok dari dekat..zoo negara pun tak leh sedekat ini..

Hajat nak naik Wagon Wheel tak kesampaian sebab aku tak jumpa cari..kaki pun dah lenguh nak jalan plus perut ngan main lagu keroncong..kalau takat perut aku takpe ni ngan my hero-hero sekali..angah pun dah 'memberontak'..dia je yang selalu wat hal..ishhhh terlebih manja...terpaksa aku blah dari situ and terjadi lagi insiden tersesat..masuk kot lain keluar kot lain..pusing belakang mall tu dalam 10min jugak la dok tawaf and last jumpa basement parking..nasib baik ade amik gambar nombor tiang masa parking tadi kalau tak memang tak jumpa la cari kereta..

Lunch ngan KFC je..tengah boikot ni tapi terpaksa akur kali ni sebab ni je yang terdekat dan 'ternampak' depan mata masa on the way balik umah...my hero dah bercucuran air mata dah sebab lapar..huhu..tu la sapa suh berendam lama sangat..

Dah 2 batang makan aiskrim pun masih nak aiskrim jugak..mau pokai aku kalau lama kat Sunway Lagoon tadi..

Along steady je..asal dapat main makan memang diketepikan

Angah yang kelaparan..asal taknak masuk sebab nak makan Mc'D katanya.wahh dah pandai request ni..

Percik Combo..

Menikmati Golden Wrap

Notty boy..ngan dia aku memang kena banyak sabar..banyak sangat pe'el nya..arghhhh 

Selesai la citer aku..korang kalau nak grab tiket murah tu boleh la tunggu 20hb next month..promosi sah sehingga bulan March so masih sempat lagi..

Wassalam..peace no war..haha 