Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Rabu, 27 Februari 2013

Anak-anak ini mengharapkan kita


Photo: Anak2 ini berusia seawal 2 tahun hingga 7 tahun, ditempatkan di Rumah Amal Buah Hatiku, Seksyen 7 B.B.Bangi. Mereka ini datang dari keluarga miskin, asnaf zakat, dan separuh daripadanya adalah anak yatim piatu. Ada 26 anak2 kecil dijaga di rumah amal ini. Menurut kata pengurus, oleh kerana kekurangan dana, hanya seekor ayam dimasak untuk sehari bagi mengalas perut anak2 yang ramai ini untuk hidangan tengahari dan malam. Kadang-kandang mereka hanya dihidangkan nasi dan bebola ikan.Semoga ada yang sudi menghulurkan apa jua jenis sumbangan ke rumah amal ini supaya anak2 ini dapat menikmati makanan yg berkhasiat untuk tumbesaran mereka. Susu, gula, beras, milo, minyak, makanan mentah seperti ayam, daging, sayur, buah-buahan. Juga diperlukan lampin pakai buang, ubat gigi, sabun, ubat2an dan sebagainya. Anda boleh menyalurkan bantuan terus ke alamat:No.22, Jalan 7/3C Seksyen 7,Bandar Baru Bangi, Selangor.Atau boleh menderma dalam bentuk wang ringgit ke akaun bank:Maybank: 5628-3461-8936Nama: Buah Hatiku Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Puan Asiah (pengurus): 017 392-5392.Semoga sumbangan anda, walaupun sedikit, dapat membantu mereka meneruskan hidup yang serba kekurangan ini
Anak2 ini berusia seawal 2 tahun hingga 7 tahun, ditempatkan di Rumah Amal Buah Hatiku, Seksyen 7 B.B.Bangi. Mereka ini datang dari keluarga miskin, asnaf zakat, dan separuh daripadanya adalah anak yatim piatu. Ada 26 anak2 kecil dijaga di rumah amal ini. 
Menurut kata pengurus, oleh kerana kekurangan dana, hanya seekor ayam dimasak untuk sehari bagi mengalas perut anak2 yang ramai ini untuk hidangan tengahari dan malam. Kadang-kandang mereka hanya dihidangkan nasi dan bebola ikan.
Semoga ada yang sudi menghulurkan apa jua jenis sumbangan ke rumah amal ini supaya anak2 ini dapat menikmati makanan yg berkhasiat untuk tumbesaran mereka. Susu, gula, beras, milo, minyak, makanan mentah seperti ayam, daging, sayur, buah-buahan. Juga diperlukan lampin pakai buang, ubat gigi, sabun, ubat2an dan sebagainya. 
Anda boleh menyalurkan bantuan terus ke alamat:No.22, Jalan 7/3C Seksyen 7,Bandar Baru Bangi, Selangor.Atau boleh menderma dalam bentuk wang ringgit ke akaun bank:
Maybank: 5628-3461-8936
Nama: Buah Hatiku 
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Puan Asiah (pengurus): 017 392-5392.
Semoga sumbangan anda, walaupun sedikit, dapat membantu mereka meneruskan hidup yang serba kekurangan ini
share dari FB 

p/s : berkongsi juga satu pahala..sebarkan dan sama-sama menbantu..sharing is caring..keprihatinan anda didahulukan dengan terima kasih..

Wassalam
 


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Tragedi tempat kerja

Salam..

Semalam bukan main terkejut lagi semua..tengah syok wat entri ni sambil sedut coconut shake, tiba2
"boommmmmm"
ingat ada barang jatuh ke hape kat stor bawah,rupa-rupanya satu tong chemical meletop...mak aihh terkejut monyet la sume kat atas ni..tengok cctv nampak cecair kuning mengalir..dah sume gi terjah kat tingkap nak tengok tapi takleh tengok lama sangat sebab bau dah menusuk hidung..bahaya hokey

 
tak leh nak zoom lebih dekat..tak tahan bau

Nasib takde berlaku sesuatu yang buruk..terpercik jugak la kat sorang staff yang dok berhampiran kat situ..baju yang merah tukar kaler hijau..

Benda gini la kitaorang paling takot..dorang wat kerja tak berhati-hati..rilek je..tau la dah lama kerja..dah expert bagai tapi masih nak kena alert..lagi-lagi bahan mudah terbakar dan mudah letup ni..kekadang tu seriau tengok dorang ni wat keje..selamba jer isap rokok kat stor..bila kita cakap je,ada la yang menjawab...
"ala,takde ape la"
then bila dah jadi,sape nak jawab??nasib semalam tak terbakar...syukur alhadulillah..

Wassalam


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Selasa, 26 Februari 2013

Coconut Shake yang tak berapa nak 'drive thru'

Salam...

Haluuuuu...mood heppy today sebab baru lepas wat gaji..maknanya dah nak dapat gaji ler esok..maklum ajer lagi 2 ari nak cukup bulan..nak nak lagi baru lepas cuti panjang..memang saat yang amat ku tunggu..

Dok blogwalking rakan-rakan byk pulak jumpa makanan yang sedap-sedap..phewww memang wat aku terliur habis..dah berkira-kira ni nak gi terjah mana yang aku mampu..hahaha..kalau dah tau tak mampu nak gi jugak terjah memang cari pasal la tu..kang tak pepasal kena ttttttt..hihi

 

Terliur tengok gerai coconut shake kat tepi jalan ni..siap letak drive thru lagi...sekarang semua pun nak drive thru..ngam-ngam tepi jalan besar tu camner nak drive thru??hurmmm then tadi cuba la benti..wat lambat-lambat je kat dalam kete tu ingat nak drive thru la kengkonon..mana adenyer,wat dek jerk..last-last nak kena turun gak beli..huhuhu

Rasa biasa-biasa je..tak sesedap kat kelate,siap de vanilla es-krim lagi and lagikkk murah..tetiba teringin nak try coconut shake yang pemes kat klebang..maybe btol sedap sebab ramai yang sanggup berbaris panjang..huisshhh jauhya bebenor nak menapak ke melaka semata-mata tuk coconut shake..

Lunch ngan laksa penang je ari ni..kol 10 tadi dah bantai nasi berlauk dah sebungkus..dengar cam banyak jer aku ni makan tapi hakikatnya tak de la banyak mana..makan tak habis pun..rasa lapar giler tapi tak leh nak makan banyak..selalu separuh je la..then pas 2 3 jam akan lapar balik..member tengok cam aku ni makan banyak..sume mintak petua sebab badan maintan tapi masalah ini la masalah sebenar aku..

Takat ni je,tetiba bangunan ni bergegar lak sebab chemical kat stor bawah meletop..nak gi check jap..hope takde ape-ape..

Wassalam..


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Isnin, 25 Februari 2013

Hero kecik ikut gi kerja

Salam..

My hero kecik terpaksa ikut ibu gi kerja but not today la..ni hari sabtu lepas..ingat dapat off tapi kena kerja..dah cuti seminggu CNY aritu mana nak dapat cuti lagi (huk aloh la bos ni)..disebabkan Mr.Hubby ada urusan kerajaan ckit,terpaksa dan dipaksa la..yang lagi 2 hero tu ikut ayah..mana larat nak jaga dorang bertiga kat opis..tunggang terbalik semuanya nanti..

 
berjimba-jimba la kita ye sayang..datang opis pun bukannya wat kerja..hahaha

Hari sabtu kerja macam tak kerja la..duk makan,goyang kaki and tengok youtube je(takut gak rezeki tak berkat)..bukan tak nak buat,dah memang takde kerja tapi terpaksa datang sebab ada barang nak kena deliver..

Balik kerja je terus ajak hubby gi JJCM kat Putrajaya..and sekali lagi we'olls ke Presint 16,Tmn Pertanian Warisan..first time datang beli roti john je..kali ni nak try yang lain plak tapi roti john tetap dibedal..hehe

 
Sup Tulang,sedap banget...RM6 je..

 
Nasi ayam,ni along punya..pun sedap..RM4 

Ni je yang sempat snap sebab dah kebulur dah memasing plus cuaca yang panas..nak cepat-cepat makan dan cepat la berambus...bagi aku harga standard la..mahal skit je dari pasar malam..hehe..

 
Pulut ikan kering..RM3

Haa pulut ni si Angah je yang habiskan..dah lama dah tak makan..kalau kat kg aku (kat kelate),selalu ada jual di waktu pagi..untuk sarapan..perrghhh makan plak waktu cuaca hujan ngan kopi o memang kebabommm..
alaa nak buat pulut ni senang je pun tapi disebabkan ada penyakit 'M' ni memang tak leh cakap ape dah..tunggu mood baek punyer baruk bleh bikin..kekeke

Orang key el asal sarapan je, balik-balik nasik lemak..roti canai..tekak pun dah muak dah nak telan..kalau kat kelate ade nasi kerabu,nasi berlauk,nasi tumpang,nasi dagang,nasi himpit dan macam-macam lagi..memang meriah giler beb..cakap je nak makan ape..

 
ni antaranya..cilok gambar dari google

Tengok gambar je dah meleleh..blom lagi bab kuih mueh..huwaa bertambah kerinduan aku nak balik kampung..huhuhu..dah full stop..tak nak citer lagi..sedih... :(

Habis makan je trus balik rumah and tido dalam kekenyangan..ahaks..bangun tido sambung makan roti john lak..and malam sesi homemade food..lalala..terpaksa merajinkan diri memasak demi my luv's..

 
nyum nyum

Bye..bye..selamat menjamu mata yer...wassalam..

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Jumaat, 22 Februari 2013

Gambaran Hari Kiamat...Masya'Allah

Salam Jumaat...

Kiamat itu pasti cuma bila dan bagaimana itu berlaku,wallahualam....

Sekadar tazkirah dan peringatan untuk diri sendiri..sumber dari FB

 

۞GAMBARAN HARI KIAMAT۞


●Astarghfirullah!!!..ALLAHUAKBAR!!!!
Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini...

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.




Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Khamis, 21 Februari 2013

Kisah Tauladan Seorang Pelajar dan 50sen

Sekadar perkongsian bersama...

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat?

 Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan...


Sumber : FB


Teringat pulak masa first day along masuk sekolah..time rehat memang aku kesana nak tengok keadaan kantin,bagi dia kenal nilai duit n check harga makanan kat kantin,so dapat bajet la berapa nak bagi duit belanja ke sekolah...

Air secawan pun RM1 dah sekarang ni..paling murah pun kuih seketul 40sen..at least kena bagi lebih dari RM1..then terpikir dizaman sekolah rendah dulu,abah bekal 30sen je sehari gi sekolah..memang ketara sangat perbezaan dulu ngan sekarang..

Wassalam..

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

SEGMEN : Klik Sana Klik Sini

Salam..

Minggu ni hajat nak join segmen je..selagi senang selagi tu aku akan join..hehe sambil tu blogwalking sekali la..sesekali sesekala tu apa salah kan??lagi ramai geng lagi bagus..tak rugi pun berkawan ngan ramai orang jangan ramai musuh udah ler...

Kali ni segmen dari Cik Lyeen yang sweet ala-ala cupcake gitew..rajin Cik Lyeen ni berbisnes walaupun masih study..

Untuk pengetahuan Cik Lyeen dan uollss,takat ni aku blom lagi la berdendam ngan Mr.Random..hehe..tak baik tau..bersangka baiklah dengannya,insya'allah ada luck nanti..kekeke

Sesiapa yang nak join dua tiga kaki tu,sila klik banner kat bawah ye..


Syarat sume dah follow yer Cik Lyeen..part nak tag tu..hurmmm sapa erkk aku nak tag??yang kena tag ngan aku jangan marah ye...yang bertuah adalah......Razil To The Block sebab ajarkan aku camner nak tag..byk lagi yang aku tak reti dalam dunia blogging ni..Thanks ye dik..


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Rabu, 20 Februari 2013

Tak habis lagi cerita CH

Salam..

Keboringan mula melanda..takde kerja nak buat ni,dari tadi aku asyik blogwalking je sampai nak naik fenin dah kepala ni..tido kang nampak sangat ke'free'an aku..dok klik klik mouse ni nampak la cam busy tapi hakikat sebenar hanya aku ngan yang sewaktu dengannya je yang tahu..kekeke

Masa gi CH last week,aku ada jumpa sejenis buah ni..first time tengok and beli la sebab nak merasa..memula tu takot jugak..mana tau kang tak pasal-pasal mabuk pulak..nama buah ni aku dah lupa tapi mr.hubby panggil buah orang asli..hehe..sebabnya orang asli yang jual di sepanjang jalan ke CH tu..aku rasa seketul je..tak tahu nak gambarkan camane sebab dah lupa rasanya..hehe..dah try recall balik tapi still tak ingat (maybe makan semut banyak kot)

 
luaran nampak macam sentul

 
dalaman plak macam buah rambai..si hero ni je yang makan..sedap katanya 

Pastu kat pasar malam brinchang aku terliur plak ngan buah jambu yang colourful ni..penjual tu cakap jambu apple tapi ghupenyer jambu batu biasa jerk yang dah dijeruk ngan pewarna..huhu..tipah tertipu tertipu tertipu..udahnya sampai ke hari ni dok dalam peti ais tu..rasa pun dah lain..cam busuk je..

 
nampak je cantik..2 biji 10hengget lak tu..

Alang dah datang CH ni tak lengkap la kalau tak beli strawberi ngan teh kan..strawberi ni aku beli masa on the way nak balik..beli awal-awal kot lembik plak..

 
strawberi yang kering lagi mahal dari yang fresh..

And the last one yang ramai orang suka makan tapi aku tak pandai nak makan..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tadaaa

 
petai...petai..

Gambor ni aku snap masa naik CH..banyak giler orang asli tu bawak ngan motor...ingatkan murah la,so masa on the way balik tu aku singgah salah satu bangsal orang asli kat tepi jalan sebab nak beli untuk mr.hubby tapi tanya harga je aku trus kensel...RM 10 hengget untuk 12 papan...mak aiii...mahalnyer..orang asli pun dah pandai menjual sekarang..

Yang aku perasan kat pasar malam CH ni selain strawberi punya produk,dorang banyak jual goreng celup tepung..cam sayur brokoli,cendawan dan bayam then yang lainnya ada seafood..untuk sayur RM5 sebekas dan seafood RM10..mahal ke murah erkk?? pada aku ok la tu..nak murah wat sendiri..hihi

 
nampak sama je..udang ngan cendawan..makan sampai tak habis sebab banyak


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

1st Short Giveaway by Nana

Salam..

Dah makan??dah kenyang??alhamdulillah..aku dah pun kenyang..pekena nasi puting + ikan kerisi goreng + terung sambal..mabeles abis..minum pulak nescafe o ais..

Kali ni nak join segmen dari Nana Comot..tak susah pun,korang pun leh join sekali..first time masuk blog ni,itupun sebab ternampak di blog IbuLala..

Pasti Nana Comot ni peminat korea kan??cute je gambar owner tu..

nak join klik banner ni ye...

Cik Nana Comot,akak dah folllow dan like semua sponser ye..salam perkenalan..

p/s : gud luck for myself..ngeh ngeh


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Khamis yang sempoi..settle semua agenda

Salam...

Mood malas pagi ni sebab teringat kat hero kecik yang teriak nak ikut gi kerja tadi..huha..arini tak dak hantar babysitter sebab mok tok ada kat umah..malam tadi tido kat umah kitaorang..petang ni dah nak gi rawang lakss umah abang ipar..gilir-gilir la sebab ahad ni dah nak balik kelantan..datang kejap je sebab nak tengok cucu yang baru lahir minggu lepas..Mr.hubby yang tak bagi hantar hero kecik sebab nak gi ziarah sedara kat hospital tengahari nanti..

Layan aktiviti khamis lepas,bertiga je ngan hero kecik sebab yang lagi 2 hero sekolah..malas nak hantar gi babysitter walaupon berbayor sebab nak spend time ngan dia..bukan senang nak dapat cuti ni..

Pagi lagi dah ke Cyberjaya, sarapan dulu kat bus stop cyber tu sebelum gi masukkan duit tabung haji hero-hero ni kat Bank Islam..nasib memang baik sebab tak dak orang pun kat bank..aku bertiga je kat situ..sangat memudahkan kerja aku..cepat dan jimat masa sebab banyak lagi agenda aku..hahaha..memang kat cyber ni selalu gini atau sebab cuti??..first time datang sini..

 
hurmmm len kali boleh dtg sini je plus dekat ngan umah

Dalam 5-10 minit je dah siap urusan aku,then nak ke JPN Putrajaya pulak sebab nak collect IC..buat hari sebelum tu tapi kena collect lepas 24 jam..kalau time gini tak amik kesempatan pergi tak tahu la bila lagi leh buat IC baru..ni pun kali kedua dah..yang pertama dulu sanggup amik AL tapi tak sanggup nak nunggu sebab ramai sangat orang..kalau takat sejam dua aku sanggup lagi..kalau lebih memang aku blah terus je..sini pun lucky jugak sebab orang tak ramai..hehe

 
kaunter pun banyak buka

tapi yang tak lucky ngan dapat surat saman sebab parkir tepi jalan..huhu..hari sebelum tu parkir tempat sama gak tapi tak kena pun..ni kejap je dalam10 minit gitu dah kena..hurmmm nasib badan..

Pastu gi 'bojeng' rambut hero kecik aku..rambut dah tebal dah..meraung nak suh duduk kat kerusi tu..takut ngan bangla yang gunting rambut tu sebenarnya..sebelum ni mr.hubby mesin sendiri je kat rumah tapi takde la fesyen bagai..kalu time balik kampung dapat la gunting kat kedai ngan tok abah sebab tok abah memang kerjanya gunting rambut kat bandar mache (machang)..

 
terpaksa la ayah duduk sekaki kat kerusi..tahan je bau ketiak bangla tu..haha

Pernah sekali masa aku umur 10tahun,tok abah punyala marah kat aku (sebab aku potong rambut yang asalnya panjang) diguntingnya rambut aku macam askar yang dalam kem latihan tu..warghhh memang malu giler aku..lepas peristiwa tu terus aku bertudung meuntup aurat tapi yang kelakarnya berskirt pendek pun aku bertudung..kekeke..malu punya pasal..tok abah memang tak suka anak pompuan dia rambut pendek..aku memula tu nak suh dia trim sikit je sebab 'asuh' kedai tu gunting tak cantik..mana tau kesudahan yang cam gitu..lepas tu aku tobat dah..tak nak gunting rambut lagi..tapi skang dah besor ikut suka la..bila dikenang balik rasa kelakar pun ada..garang benor abah aku ni..

Dah siap gunting rambut,gi amik along ngan angah balik dari school..

Wassalam..


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Selasa, 19 Februari 2013

Mrs.Erry 1st Giveaway

Salam...

Petang ni nak bersegmen la pulokss...kali ni join GA dari "Mrs Erry Bercerita" sempena ulangtahun blog beliau yang ke-3..hope bertuah la kali ni..

Harap bertambah la follower Deqla lepas ni ye..nak buat entry bagai takde la pandai sangat..hehe..

Nak join???Klik je banner kat atas ni..

Syarat nak join pun senang je..nak details korang leh terus ke blog tuan empunya GA ye..korang boleh pk bebetul nak join ke tak sebabnya ada masa sebulan tau untuk GA ni bermula dari hari ini..

Wassalam.. :)


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Banjir oo Banjir

Salam...

Banjir kilat kat puchong jaya semalam..nasib ler aku kerja dekat,tak lalu itu jalan..kalau tak mau sangkut 1 ke 2 jam kat sana..dari gambar yang aku dapat kat fb memang dasyat gak la..saluran longkang yang tersumbat dikatakan punca utama..Inilah yang paling dasyat setakat ni..air naik mendadak sedalam 1.5 meter dalam masa sejam je..

Apapun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan cuma beberapa kenderaan dilaporkan rosak teruk..

 

 
Lebuhraya Damasara Puchong - LDP menghala Shah Alam/Putrajaya

 
Perkarangan parkir IOI Mall

 
Air sampai ke dalam IOI Mall

Balik kerja semalam pun memang dok tawakal jer redah hujan lebat..jalan memang aku nampak putih je tapi ada jugak pemandu yang nak tunjuk terer..dengan lampu kereta tak pasang pastu laju je mencilok..eee kalau ikut hati geram, nak je aku honnn..kalau tak nyusahkan orang len takpe la, ni habis disembur air ke cermin depan kete aku..langsung tak nampak ape..nasib tak terlanggar kete depan..hurmmm tu la sikap segelintir pemandu malaysia..


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Isnin, 18 Februari 2013

Dah mula jatuh cinta

Salam..

Mengantuk pulak petang ni..dah macam di gam-gam dah kelopak mata ni..pedih pun ada..kalau boleh terlelap jap memang syiok ni..

Aku dah mula tertawan ngan peplum skang ni..orang lain dah lama berpeplum ni..aku jerkk yang kelambatan..haha..tu pun lepas tengok orang pakai cantik..memula tu aku tak berkenan pon..biasa jerk plus cam singkat..lama-lama terkalah gak ngan keinginan nak try test..hoho

 

Asal tak terlalu sendat,aku boleh la beli..mau nya mr.hubby complain nanti kalau aku pakai yang agak ketat especialy kat dada..no no no okey..mungkin sebab aku kurus jugak kot so takde la nampak sangat keketatan itu..kekeke

Skang tengah mengintai butik-butik online..hehe..nak tambah koleksi..


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Gulungan Ayam bersama Bayam

Salam...

Ehem..ehem..disebabkan rajin semacam je semalam,dapat gak la tayang hasil air tangan aku ni sekali sekala..tapi pemilik resipe asal of course la bukan aku..hehe..

Ekceli semalam kena tinggal ngan my hero sume..dorang berbadminton jadinya aku jadi chef la kat umah..sebelum tu gi shopping dulu kat Aeon Big (Carrefour)..

Aku amik resepi ni dari blog Kak Ana @ mylovelyfamily-ana.blogspot.com..izinkan saya syer ye kat sini kak Ana..my hubby memang suka cuma takde sos..tu je yang rajin sampai bab sos dah malas..ngeh ngeh

Sumber Resipi Asal : Kak Ana @ mylovelyfamily-ana.blogspot.com
Olahan : auntummawar


Bahan-bahan :-

- Isi Dada Ayam (2 keping)
- Sayur Bayam
- Bunga Kobis
- Bawang Besar/Kuning (1 biji)
- Serbuk Kunyit
- Mixed Herbs
-Rosemary
- Serbuk Kari Daging
- Serbuk Lada Hitam
- Serbuk Lada Sulah
- Garam

Cara Membuatnya :-

1- Pastikan oven dipanaskan dulu pada suhu 180c
2- Dada ayam diketuk senipis yang boleh (terpulang pada korang nak canai atau tumbuh tapi jangan sampai hancur)
3- Perap dada ayam bersama garam,serbuk kunyit,serbuk kari daging,serbuk lada sulah,serbuk lada hitam,mixed herbs dan rosemary (korang agak-agak je la)
4- Gaul sebati dan rehatkan seketika

Sementara tu,korang boleh buat inti untuk ayam tu..

Bahan Inti :-

1- 1/4 bawang besar yang dipotong dadu
2- Bayam (ambil daun sahaja)

- Panaskan kuali dan tumis bawang dengan sedikit minyak
- Agak-agak dah ok boleh masukkan bayam dan perasakan garam..siap!!

 Bila dah siap tu,korang bolehlah menggulung ayam korang tadi..perlu berhati-hati ye..baru cantik gulungan korang..

Langkah-langkah menggulung :-

1- Letakkan kepingan ayam satu persatu,masukkan inti dan gulung sedikit-demi sedikit (selang-selikan,ulang sehingga habis)
2- Dah siap,taburkan sedikit mixed herbs dan serbuk lada hitam

Kalau korang tak faham..sila la rujuk resipi asal ye..tak reti aku nak mengajor ni..

Langkah pertama :-

1- Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak,tumis baki bawang besar tadi ye..
2- Masukkan gulungan ayam korang dalam 4-5 minit (kaup balikkan)
3- Dah siap tutup api 

Langkah kedua :-

1- Masukkan ayam kedalam dulang pembakar (semua sekali ye)
2- Bakar lebih kurang 10 minit (pastikan api korang atas bawah ye dan jangan lupa balikkan ayam selepas 5 minit)
3- Dah masak keluarkan dari oven dan tekan-tekan sikit bagi jus ayam tu keluar.
4- Dah siap..boleh dipotong mengikut kretiviti korang

 
first trial yang agak menjadi tapi perlu di'improve'kan lagi
 
 
sila abaikan jagung aku yang dah 'kecut' tu..

P/s : Sebab my hero yang ke-2 suka bunga kobis,so aku rebus dulu bunga kobis tu then bakar sekali ngan ayam..


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Taman Tasik Titiwangsa lagi..

Salam...

Holla..dah mula kerja erkk hari ni..hehe refresh kan diri semula after 1 week cuti walaupun kemalasan ada la sikit tapi terpaksa gagahkan jugak..blog pun banyak yang suram minggu lepas..cuti betul korang ye..

Ape citer cuti korang?? Mesti best kan??

Kali ke-2 ke Taman Tasik Titiwangsa,berangan la nak naik bot ngan anak kuda..siap citer ni kat dalam kereta harap kali ni dapat main sebab orang tak ramai tapi hampeh..still tak dapat main jugak..sampai dah pukul 10.00pagi then yang lelaki dah booking badminton court dalam 2 jam gitu..tercongok la aku kat dalam tu..lagipun si angah muntah after balik dari CH ngan aku skali muntah plus sakit perut..ikutkan memang nak dok umah je tapi memandangkan semua adik beradik berkumpul and my bro in law dapat new baby that day,aku gagahkan jugak la sebab nak tengok baby sekali..


 

Dalam pukul 12.00tghari terus bergerak nak balik..angan-angan nak naik bot ngan anak kuda terkubur begitu je..masa memang tak mengizinkan..huhu..bebudak semua dah bising sebab dah lapor..tu pun kena balik umah jap,mandi then after solat zohor terus nak gerak gi hospital..so our lunch kat hospital je la..nasib la kafetaria buka..sampai je semua dah serbu makanan,luckly takde orang..dah macam rumah sendiri dah rasanya..hoho

 
Almira yang dah jadi kakak

Kalau dah berkumpul adik beradik memang lambat la sikit nak bergerak..dah ramai kan..kejap yang tu hilang,kejap yang ni hilang..banyak sangat acara selingan..last-last pukul 3.00 baru boleh tengok our new born baby..

 
welcome in our family baby..girl..

Anak buah aku yang ke 25..bulan 6 nanti,insya-allah akan bertukar tittle jadi nenek pulak..anak buah yang sulong bakal timang anak..hehe..cam dah tua la pulak aku rasa..jiwa masih muda camner ni??
 

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Sabtu, 16 Februari 2013

Pameran Khas Istana @ Muzium Diraja

Salam..

Sejak dua menjak ni asyik post entri diawal pagi jerkk..almaklum je lah kan..khamis lepas gi jenjalan muzium diraja tapi ngam ngam sampai kat parking je hujan turun ngan lebatnya..spoil aku punya plan..hahaha..terus blah je dari situ sebab dah pukul 3 petang..nak tunggu hujan henti memang tak la..buang masa aku je..

Semalam dapat la lunas balik janji ngan my hero..after pick up along and angah dari school je terus pecut ke muzium..hehe..nak kejar waktu sebab my hubby nak solat jumaat lak nanti..tau je la KL kalau tak 'jammed' memang tak sah laku..kekeke

Just dapat tengok je la istana agong sebab tak dibenarkan bergambar tapi korang boleh bergambar kat bilik pameran..at least dapat tahu camne life our agong..

 
posing dulu sebelum masuk..ngeh ngeh

 
ponat eh nak sampai atas nun

Buat pengetahuan uolls,Yang Di-Pertuan Agong sekarang sudah yang ke-14..akan memerintah selam 5 tahun sebelum bertukar kepada yang baru mengikut urutan negeri (maaf kalau aku silap ye)..jom semak sikit sejarah..

  1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (memerintah dari 31 ogos 1957 - 1 april 1960)
  2. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah (memerintah dari 14 april 1960 - 1 september 1960)
  3. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (memerintah dari 21 sept 1960 - 20 sept 1965)
  4. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (memerintah dari 21 sept 1965 - 20 sept 1070)
  5. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (memerintah dari 21 sept 1970 - 20 sept 1975)
  6. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim (memerintah dari 21 sept 1975 - 29 mac 1979)
  7. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah (memerintah dari 26 april 1979 - 25 april 1984)
  8. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail (memerintah dari 26 april 1984 - 25 april 1989)
  9. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah (memerintah dari 26 april 1989 - 25 april 1994)
  10. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (memerintah dari 26 april 1994 - 25 april 1999)
  11. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj (memerintah dari 26 april 1999 - 21 nov 2001)
  12. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (memerintah dari 13 disember 2001 - 12 disember 2006)
  13. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (memerintah dari 13 disember 2006 - 12 disember 2011)
  14. Sei Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (memerintah dari 13 disember 2011 sehingga kini)


 
Sebahagian dari koleksi Yang di-Pertuan Agong

We'olls pun join sekaki bergambar..sebagai kenangan..hehe..tiket masuk hanya RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak (umur 6 hingga 12 tahun) yang bawah 6 tahun free aje..Warga Emas ngan pelajar sekolah yang beruniform hanya RM 3..dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang..



 

Sejam jugak la we'olls kat sini..overall puas hati..tak leh dok lama-lama sini..tak sempat nak mengejar my 2 lil hero's yang ligat ke sana-sini..plus nak kejar solat jumaat and perut pun dah nyanyi lagu keroncong..

Wassalam..bye..bye


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Jumaat, 15 Februari 2013

Cuti-cuti Cameron di hari Ke-2

As-Salam (^-^)

Dah ada plan nak kemana hari ni? share la ngan aku ye..saje nak menghabiskan saki baki cuti yang ado... blur tak tau nak gi mana..next week dah start keje, cuti pun dah takde, jumpa balik public holiday bulan Mei... kan ada labour day and wesak (kerja aku memang kira cuti je,hihi)

Kat CH aritu,sempat gi beberapa tempat je, hari raya cina tu jammed giler.. nasib ler aku dah plan nak turun awal2 pagi.. kiranya lepas breakfast dalam pukul 9.00 kitorang terus gerak.. turun bawah dulu pastu baru naik keatas..

Aku gi lawat Ladang Teh Boh (kalau tak silap kat Habu).. fuhh mencabar gak nak naik, tinggi giler dengan jalan yang sempit berbengkang bengkok.. duk ingatkan kitorang yang terawal sebab masa naik takde selisih ngan kete pun rupanya dah ramai yang menanti kat atas nun..

 
take our breakfast first..nanti takde la kebulur..kekeke





Dalam pukul 10.00,lepas lawat kilang kitorang gerak turun.. sejuk kat atas ni takleh lelama.. port seterusnya ke Bee Farm.. jalan yang sama nak ke Ladang Teh Boh ni, kat bawah sikit.. okay je,takde ape yang menarik sangat pun.. lebah pun takde la banyak sangat.. and yang penting tengok sayur kiri kanan jalan.. hahaha.. penuh tau, ade yang sipi-sipi tar jalan.. geram pun ada tapi aku ni jenis yang kureng makan sayur so takde la nak shopping sayur..

 

After that beransur naik ke Tanah Rata... singgah jap kat Cameron Valley @ Ladang Teh Bharat.. view yang sangat cantik kat sini.. dah cam Aaron Aziz ngan Nadiya Nisa (adam & hawa) dah aku rasa.. kekeke

 
aku amik gambar tak lawo sebab tak pro tapi pemandangan sebenar memang cantik.. :)

 
matahari nak mula memancar kat kepala..

Habis sesi bergambar ngan shopping teh kat sini moh gerak ke stoberi farm lakss.. punya la banyak stoberi farm tapi semuanya tutup.. adehhh.. melepas la hari ni nak merasa petik stoberi sendiri..snap je la gambor dari luar tapi yang penting gerai yang jual stoberi product buka.. so balun la stoberi coklat..hihi

 
tengok kot luar pagar pon jadik la..

 
along dah nak ngap tu..

 
rasa cam nak bawak balik tanam je pokok ni..ngeh ngeh

Baru jalan sikit dah lenguh kaki.. stuck dalam jammed pun mau dekat sejam jugak.. so cukup la untuk hari tu.. kalau ikut my hero memang takkan puasnya asal dapat jenjalan okey jer tapi tak leh nak diikutkan sangat.. kang ada yang melalak dalam kete sebab ngantuk.. masih ada masa jenjalan lagi esok hari before check out..


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))