Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Selasa, 1 Julai 2014

Si Kecil 5 Tahun Hafaz 29 Juzuk Al-Quran , Subhanallah

As-Salam (^-^)

Terharu bercampur sebak... tak sengaja mengalir jugak air mata baca kisah hafiz kecik sorang ni... subhanallah..

Seorang juri program menghafaz Al-Quran di Indonesia iaitu Hafiz Indonesia begitu sebak dan kagum kepada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Juri berkenaan Abi Amir Faisol Fath kemudiannya datang ke arah kanak-kanak itu yang bernama Musa dan mencium tangan Musa mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafal oleh kanak-kanak itu.

Musa yang berasal dari Bangka, Indonesia membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menangis menitiskan air mata tatkala mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan oleh juri serta para penonton.

Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI dan juga ada dimuatnaikkan di laman YouTube, dan episod melibatkan Musa dimuatnaik pada 29 Jun lepas.

Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya begitu kagum kerana Allah sendiri telah memuliakannya biarpun umurnya masih mudah dengan mengindahkan jiwanya dengan Al-Quran.

“Saya tidak punyai bahasa.. Subhanallah.

“Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai bahawa anak kecil sekalipun dia masih sangat lemah kemampuannya, ketika dia menjadi mulia kerana Al-Quran maka semua kita tunduk kerana Allah telah memuliakannya,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa wang kertas tetap bernilai biarpun ia dipijak kerana manusia telah menetapkan satu nilai untuk sekeping wang kertas.

Bagi Musa, Allah telah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda.



Seorang lagi juri program itu, Syeikh Ali Jaber pula menjelaskan bahawa ayat Al-Quran yang diturunkan Allah membenarkan segala-galanya apabila Allah sendiri berfirman bahawa Al-Quran itu merupakan sebuah kitab suci yang mudah dipelajari. – sumber : MYNEWSHUB.MY



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

16 ulasan:

Kisah Si Dairy berkata...

subhanallah...sikecil nie mampu untuk menghafaz al quran...kita pun belum tentu mampu nak menghafaz sebanyak tu

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Subahanallah.. terang betul hati anak kecil ni ye Zee ..

acik idah berkata...

Subhanallah...!

Naemah Umi berkata...

i'm speechless...bangga dan kagum ngan adik ni...

Kakzakie berkata...

Siapa pun akan terharu Zee.
Memang beruntunglah mak/ayah yg punya anak begini.

Selamat berpuasa Zee.

Masya berkata...

ya allah sejuk hati dan perukan anak mcm ni... mesti suaranya pun sedap masa mengaji

Nafira usof berkata...

Subhanallah...
sebaknye.. huhuhuhu

Moga Anak2 kita pon akan menjadi ke arah itu.
mudah2an.. InsyaAllah~

Mia Kassim berkata...

Subhanallah ..... sejuk perut ibu yang mengandungkan anak ini ...

Mar Mansor berkata...

bersih hatinya..

AnneRaini berkata...

semalam mmg viral video ni...rare sgt ade budak mcm ni. Subhanallah...kagum sgt.

babYpose berkata...

terhàru dan sebaknya zee, Alhamdulillah seronok tengok budak 5 tahun Tahfiz 30 jzk, teringin nak tau bagaimana dia boleh..

lieyalatif berkata...

llieya ade tgk..sejuk perut mak die kan zee...ya Allah kalo lah anak kite dpt kelebihan mcm nie....sejuk hati kite.... lieya ade anak buah lepas abis upsr masuk sekolah pondok nie...so far baru pertengahan tahun ni dah hapal 4 juzuk al quraan.... bakal tahfiz tu.... sejuk perut abang ngna kakak ipar lieya.....

hainom OKje berkata...

Okje pun dah jadi sedih pulak ni zee....huhu...Sejuk mak dia mengandung tukan Zee...

hainom OKje berkata...

mak dah nangis ni Zee....Ya Allah....

♥ Cmª shIemª ♥ berkata...

salam k.zee..
ya allah...tersentuh hati.. budak seusia ni dah blh hafal 29 juzuk alquran..

LYAfrina berkata...

Sebak kan
.. n trasa malu sgt dgn adik.kecil ni..