Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Sabtu, 29 November 2014

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? SENDIRI

Umur pengguna? 30 tahun

Jantina pengguna? (Lelaki / Perempuan)

Jenis kulit? (Berminyak, Kering, Kombinasi, Sensitif)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
masalah kulit berminyak dah kering... minyak tang hidung la biasanya... yang paling geram masalah jeragat, yang mana sedikit sebanyak mengurangkan keyakinan terhadap diri sendiri... banyak jugak try product di pasaran tapi belum jumpa yang bebetul meninggalkan kesan... dari pengalaman saya sebagai pengguna ephyra, keyakinan dikembalikan dengan Ephyra SKIN BAR... moga masalah yang ada dapat diatasi dengan segera... ohhh i love ephyra drink so much ;p

Pengguna Ephyra? (Ya / Tidak)


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Rabu, 26 November 2014

Orientasi darjah tuk angah Adib Raiyan

As-salam (^-^)

salam rabu... konon arini nak amik mc sebab kepala dah berat sangat tapi serba salah la plak... datang jugak walaupon tekak perit... permulaan nak batuk biaser la rasa cam berpasir jer bila menelan... hopefully tak melarat nak gi cuti2 nanti..

last sabtu si angah dah kena gi orientasi tuk darjah satu... kemain awal sekolah dier buat... ada exam sekali tuk tentukan kelas... dah pesan beberapa hari sebelum tu kat dier... jawab leklok, jangan nangis, baca doa dulu and bla bla bla... dier pon excited jer tak sabar nak gi sekolah sama ngan along..

senang jer kejut bangun pagi... start kol 8.30am, dorang ni kol 7.00am dah mandi... get ready nak gi bekpes dulu... takut tak bekpes kang kebulur plak nak jawab peksa... abisnya lambat kot dalam kol 12.30am... aku lak keje aritu... lagipon bab2 gini memang selalunya akan suruh laki handle... i tak kuat nak tengok anak nangis... silap2 aku yang gelabah... hehehehee... biasanya gitu la... laki gak jadi mangsa kang aku dok kol non-stop, lebih afdal dier yang pegi..

takde kedai bukak melainkan kedai mamak... air muka si angah nampak dah mula nak cuak... kecut perut gamaknya dok 'mmikir' suasana kat sekolah nanti... tapi roti canai tu abis sekeping dier telan... hehehehee... nak tazkirah banyak2 pon aku tak berani dah takut kang dier buat perangai takmo pegi... pesan gak kalo nak ke tandas angkat tangan bagitau cikgu jangan dok tahan..

aku angkut dik niq gi opis... nak soh ikut ayah kang leceh plak nak berak nak kencing... hero3 sumer jenis lawas... asal makan jer nak membuang... hahahaaaa..

laki wasap gambar suasana pagi tuh... angah muka seposen manjang... time ni tengah tentukan kelas tuk amik exam kot... dapat kelas B..

skang aku dah risau minggu pertama sekolah nanti camaner la agaknya... along ada skali mungkin ok kot... hurmmm..

waktu rehat ni kalo tak salah... hahahaaaa dah kena pimpim ngan cikgu sebab nangis... huhhh tak macho langsung ok budak laki nangis... memang kena perli la ngan dik niq kat umah... aku dah jangka perkara ni akan berlaku... angah biaser dier ni, manjaaaaa..

balik umah borak2 ngan dier tanya nape nangis boleh plak sengih2... malu la tu... biler tanya exam camaner? senang kacang dier cakap... paper last sekali jer tanya cikgu... yang lain sumer boleh jawab... ehh ehhh ye ke ni? boleh caya ke?

hopefully pasni no more drama telenovela yer angah -_______-



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Isnin, 24 November 2014

Karnival Upin Ipin yang mengecewakan

As-Salam (^-^)

baca tajuk pon dah tahu memang sangat-sangat keciwa... buat penat badan jer la pegi situ... sebabkan dah janji ngan hero3 bawak la pegi takut kang nanti dorang dok menuntut... kuar rumah dengan tak sentuh sarapan... punya la semangat... memang dah agak akan sesak ngan orang ramai tapi tak agak seteruk itu... huhuhuuu


nak gi ari pertama, keje malas nak apply cuti... tunggu last day ingatkan kurang skit orang sekalinya hurmmm ramai jugak... tu pon gerak seawal pagi... kol 9pagi dah sampai PICC..

sampai jer kete dah jammed tapi lepas gak masuk... berpusing nak carik parking dalam setengah jam jugak, last2 tanya guard katanya ada parking ikut jalan nak keluar... dekat pon dekat dengan lif jadi jalan tak jauh sangat... bab lift pon satu hal... stuck plak kat situ... at last we'olls panjat jer guna tangga... sian yang bawak anak kecik la, mana nak angkat anak, mana nak angkat stroller lagi..

alhamdulillah, pintu nak masuk dewan tak sesak lagi... dari jauh nampak dah karekter upin ipin tapi sengsara bermula kat dalam... perghhhh sesak giler... nak meyelit memang tak boleh... yang herannya nape berdiri.. kalo semua duduk dari depan hinnga ke belakang, kemungkinan ramai yang puas hati boleh tengok walaupon dari jauh... kot berdiri ngan angkat anak2 lagi mananya orang belakang nak nampak... tapi takleh nak salahkan parents jugak... penganjur patutnya mainkan peranan... yang bawak anak kecik ngan stroller lagi kesian... memang hampeh sungguh aku rasa..


aku mengangkat dik niq, yang laki plak ngangkat si tengah... memang tegang urat sampai sekarang sakit2 lagi lengan... along langsung takleh tengok ape... dengar suara jer la..

aku ni jenis tak sanggup nak bersabar kalo dah cam gitu gayanya... kol 10pagi kuar dewan terus... rasa cam buang masa plus tak berbaloi langsung... lepak2 jap kat luar... suasana kat luar pon dah huru hara... pintu masuk dewan mula jammed ngan orang beratur kemain panjang... situ la pintu masuk situ la pintu keluar... both pintu pon camtu... patutnya satu masuk satu keluar la kan... kat luar nak amik gambar ngan replika pon payah..

     

dari apa yang aku nampak, penganjur memang kaut untung berlipat kali ganda... ada gak aku usha booth upin ipin... beg sekolah sama sebijik cam aku belikan tuk dik niq minggu lepas RM49.90 sedangkan aku beli kat luar baru RM17... booth makanan takyah cakapla memang untung besar... pop corn dalam cawan plastik pon dah 5hengget secawan..


so pada yang tak dapat pegi tu takyah la nak keciwa sangat sebab kita yang pegi ni pon keciwa tahap maksima... tu belom lagi yang parking jejauh pastu jalan kaki plak kena panjat bukit... berpanas ngan anak2 kecik, berdukung tetiba nak masok pon tak boleh... memang langsung tak berbaloi..

si manja ni biasa la dah penat sangat mula buat perangai... dier plak yang mintak dukung bukan si adik..


kul 10.30pagi we'olls kuar dari PICC memang nampak sepanjang jalan, kiri kanan penuh ngan kete... kesian yang park jejauh tu rasa cam tak sanggup plak nak tengok... dah tentu la dorang bawak anak kecik skali kan... takkan mak ayah jer datang tengok upin ipin ngan ultraman... kalo aku tak dapat parking tadi memang dah lama blah... takdenya kesanggupan nak park jejauh gini..

untuk mengubat duka lara moh kita gi shopping ke mydin... nasib hero3 ni takde buat perangai nak tunggu ultraman ke hape... dik niq jer merungut sesikit sebab nakkan air botol upin ipin tuh... dah bising sangat ibunya tak dengar pon ape dier cakap..

hilang stress jap biler dapat shopping..

rata2 pon komplen pasal penganjuran upin ipin... memang tak sesuai kot buat kat PICC... terhad sangat dewannya dengan takde yang mengawal kesesakan dalam tuh... pahtu booth2 pon satu hal... patutnya dorang takyah letak booth tetengah alam dalam dewan tuh... ganggu laluan pengunjung sungguh lahai..


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Rabu, 19 November 2014

WW # Pabila tekak takmo nasi

As-salam (^-^)

kekadang rasa lapar tapi tekak plak macam takleh terima nasik... selalu jer gitu, rasa kembang tekak tak tahu lah nape... perot tetap mau diisi cemana skali pon tidak kang dapat gastrik lagi susah..

pilihan yang ada jom ler makan roti... fast food pon takde selera dah nak makan... mungkin faktor umur kot... hahahaaa... selera ntah terbang kemana..

sedap ni, tak tau dah ape nama... ade filing blueberi..

garlic sosej... sedap tapi tak suka sangat garlic dier cincang besar2..

oreo cheese tak silap... dalam ada filing oreo..

memang sesuai sangat ngan selera tekak biler dapat RV kek... kalo SR mau 10hengget seslice... ni kat kedai roti dapat 6.80sen jek..

arini ada jamuan kat tadika pak ngah... gigih jugak bangun kol 4pagi buat apam kalerful nih... tu pon nasib sempat blend sebati bahan sebabnya dok tengah blend tu tetiba moto blender stuck... adusss moga encik laki dapat repair itu moto... sayang ler baru lagik..


buat seloyang kecik dapat banyak jugak... boleh la bagi kat mak pengasuh dorang skit..


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Isnin, 17 November 2014

Konvo Day Angah a.k.a Adib Raiyan at UPM #TINH

As-Salam (^-^)


minggu ni last day sekolah tuk sesi 2014... yeahhh lepas ni boleh rilek skit takyah nak bertapa depan pintu pagar sekolah tetiap petang... heheheeee... semalam dah memborong alatan ngan beg sekolah sesiap... kemain awal lagi... sekolah belom tutup tapi takpe senang skit pasni tak berebut ngan orang ramai... aku memang suka siap awal2... ongkos pon tak terasa sangat kuar banyak mana, kiranya masih dalam bajet... tinggal lagi nak carik pakaian ngan kasut sekolah jerk... pastu korek tabung tuk yuran 3 bradik tu nanti dah setel..

si angah boleh plak buat malas2 nak gi skol pagi ni... angin jer rasa... kemain depan pintu bilik air pon dier membuta takmo mandi... haihh geram..



konvo day pak ngah al-tamat sudah sabtu lepas... walaupon ayah takleh join takpe ada bapa sedara dorang teman... takde la tension ibunya ni... kalo sorang susah jugak nak handle... kang ada yang nak terkucil la terberak la camaner tu nak buat??


ayah mat yang mengantuk balik keje malam tak tido terus jer stanby tuk ari bersejarah si angah... kehkehkeh... ehh pernah cakap dier anak ayah mat kan so kena la datang..

   
nak jugak letak gambar sendiri yang gegar... we'olls sampai awal so sementara nak tunggu majlis start mai kita snap sana snap sini... dalam kol 3pm baru majlis mula..

meh layan jap gambar persembahan anak2 TINH... memacam ragam ada... yang tak boleh blah ada sorang budak laki ni suka benar tumbuk muka sendiri... hahahaaa... nape ntah habit gitu... memula rasa pelik pastu dah cam kelakar plak... macam sakit jer aku tengok dier buat... sayangnya gambar takde... dik niq la dok mentido elok atas pangku susah ibu nak ngambik gambar..

ehhh ada la baju itam yang ujung sekali tu budaknya..

hafazan... yang budak laki ujung skali pakai selempang biru kat depan cikgu tu macam ustaz dah sekali tengok... pendiam jer..

persembahan tarian arab... cute >__<

persembahan terbaik tahun ni... kawad gempur... cayala siap wat shuffle lagik (betul ke eja shuffle ni?)

yang ni lupa lak... kalo tak salah boria upin ipin kot..

haaaa ni baru team pak ngah... dikir barat yoo lagu anak tupai by halim yazid... pasni cikgu siti boleh tukar lagu aware, dikir yang ada hip hop tuh mesti gempak..

joget ngah jangan tak joget..

dah macam zapin plak stepnya gitu..

team angah ni dah last performance... pastu ada anugerah pelajar cemerlang... hurmmm nan hado pak ngah ni nak dapat top 3... huhuhuuuu sadis... masuk alam persekolahan nak kena polish kuat skit budak ni... at least dapat baca gagap2 walaupon tak lancar dah oke janji boleh baca..

sesi naik stage amik sijil jerk sayang tak dapat snap cantik... beria ibu pi kedepan tau... hahahaaa... sudahnya gambar tetap jugak blurrrr... yang penting baru tadika dah konvo kat UPM... uishhh amik berkat awal2... insya'allah nanti beberapa belas tahun lagi datang plak konvo bebetul... promise me angah... jangan lupa tau!!!

   
pepon tahniah angah... next week ada orientasi plak tuk darjah satu... kena periksa sekali tuk tentukan kedudukan kelas... ibu tak harap lelebih... cukupla kalo dapat jawab soklan... jangan pulak kamu antar kertas kosong yek... huhuhuuuu... takot ni :(

sementara ibu gi solat dorang 'paw' belon ni ngan ayah mat.. tu yang untungnya kalo ayah mat yang bawak jenjalan... korang nasib baik... kalo ibu ngan ayah memang takde nak beli ni... sebabnya kan dah boring main kang sengaja dorang pijak kasi pecah... huwaa huwaa huwaa... angin jer aku tengok..

lepas tu tak terus balik, pi menyinggah JJCM kat food court sungai ramal jap..

promosi burger bakar abang burn singgit aritu kemain lagi panjang Q..

along yang bernapsu makan besar tak hagak2 pi order nasi goreng ketam... heyyy ni yang malas kalo ketam... leceh nak makan... pepandai la korang korek makan camaner..

wajib pekena satay willy kat sini..

dalam kol 7pm jugak baru gerak balik puchong... ujan non-stop ari tu tapi alhamdulillah sumer berjalan ngan lancar..


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Khamis, 13 November 2014

OPPO SmartPhone awesome

As-Salam (^-^)

- bukan sponsored post -

ari selasa tetiba dapat 'mesej' wasap dah expired... nak kena update ke version baru... banyak kali try update tak boleh... storage phone limited sangat memang takleh nak masuk apps yang storage besar... yang wasap lama ok jer... yang baru ni lebih advance gitu kan tu yang tak leh lepas... puas dok men'delete' harta karun sedia ada pon tetap gak tak boleh... huhuuuu

mau tak mau kena gi carik phone baru... smartphone skarang ni belambak kot... yang murah ada yang mahal pon ada... pilih jer la mana berkenan... sejak dua menjak ni memang aku ada aim smartphone OPPO... ni bukan sebab pengaruh maharaja lawak yer... hahahaaaaa... sebelum ni dah terbaca beberapa review OPPO tu yang tangkap leleh..

oh ya, dua bulan lepas dah penah gi survey kat kedai phone SS15 kot yang pemes kat subang jaya tuh... time tu SiL yang beli... so far so good, tu yang jadi makin tak keruan biler tingat... kekonon nak tunggu besday baru nak mintak ngan laki phone baru tapi takleh tunggu lagi dah..


kena plak laki tak keje so malam selasa tu jugak kuar gi IOI mall... OPPO ni harga dier standard... pegi la mana2 kedai even yang kat SS15 tu pon harganya tetap sama okey so takyah la nak gi jejauh... buat letih badan kenapa?

plan asal aku nak tuju yang kat subang jaya tu jugak pastu baru teringat pernah nampak kedai tepon OPPO kat IOI tu yang singgah situ... lagi satu kalo gi kat subang tu belom tentu ada stok... kencang betol bisnes... kedai penuh memanjang... nak masok pon sesak ngan manusia belom lagi bab parking... cukupla sekali aritu pegi... jenuh gak berpusing..


paling 'hot selling' skarang OPPO Joy ngan OPPO Neo... harga tak mahal pon... yang Joy dalam RM398 ke tak silap aku... kalo Neo RM 598... oke sangat la tu ngan poket aku... dan dan tu phone problem aritu jugak nak beli baru memang takleh amik yang mahal2.. heheheeee... as long as dapat wasap sudah... aku amik NEO kaler putih..

sebenarnya skarang aku tengah deal ngan bank pasal loan... sumer pon thru wasap so kalo tak leh wasap memang problem... cuma tak bape berkenan gak ngan wasap new version nih tapi tak kesah yang tu lain citer..

bebudak ni mintak eskrim plak memalam... layankan jer... amik sundae cup senang... kang amik cone meleleh-leleh plak kena baju... tapi dorang protes takmo sebab ibunya pi pilih yang coklat... coklat tu manis amat sangat pastu pekat sampai melekat kat tekak.. muka tak hepi kena paksa makan.. -__-

okeh, aku teruja ngan OPPO nih sebab gambar dier cantik... moh tengok pic kat bawah tapi jangan la pulak gi compare ngan iphone kot yer pon... memang berbeza tapi tak ketara sangat lagipon dah tentu2 harga iphone comey giler, spec harusla lebih cun.. ;p

lunch semalam beli pizza kat aeon big..

pencahayaan pon okey puas hati... compare ngan samsung and lenovo memang menang OPPO ler... heheheeee

biler dipanah sinaran mentari pon nice jerk... pic pagi tadi masa antar dorang gi skool... time baik nak beriba ajer siap pelok2 lagi... semalam main tumbuk2 dua badik ni sampai pecah bibir dik niq... lantak korang... ibu ni jerit keluar anak tekak bukan nak dengar pon..


oke la, tu jer nak share... sape yang berkenan and nak yang jenis jimat poket boleh try OPPO... malaysia yer bukan china punyer... waranti biasa lah setahun... support barang buatan malaysia... yeahhh


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

Selasa, 11 November 2014

meronda bandar baru bangi

As-Salam (^-^)

okeh takde ape nak hapdet tapi tetap nak bebel sini... janji berhapdet udah... heheheee... lamanya dok terperuk kat umah... bebudak ni plak asal ari minggu jer ikut ayahnya pi main badminton... sob sob sob sedih tinggal sengsorang... nak gi jenjalan pon tak syiok kot lain la kalo pi nyoping barang dapur... haa yang tu memang syiok aku sengsorang sebab nak cepat..


dah alang2 takde program badminton ahad lepas meh la gi jenjalan... kebetulan nak survey dewan fakulti sains kesihatan upm kat serdang tuk konvokesyen day si angah sabtu ni... ayahnya keje dah sah2 ibu nak kena bawak... maksudnya hangkut jugak yang lagi dua tu... dan dan tu baru nak carik tempat menangis ler jawabnya... aku ni jenis tak berani nak redah... keyakinan diri langsung takde kalo tempat tu tak biasa pegi... serdang sampai takat hospital tu aku tau ler..

dah jumpa tempat (bebetol depan spital rupenya) terus melencong tempat lain cuci mata jap... memula gi bangi gateway... pestime masok nak tengok pe benda yang best situ... hurmmm entah ler, meriah ngan butik and kedai makan jer kot... cam tak best sangat... maybe baru lagi pastu kedai plak banyak yang blom bukak... udahnya masok tak sampai 10minit terus cabut..

singgah sat kat pkns tengok kot2 ada sale kaw-kaw cam time nak raya aritu... sale ada tapi tak banyak pon... nak carik barang lain pi beli menda lain... hero3 ni la cbuk jer nak kasut baru... hohhooohooo redhoooo... tak sampai ati plak nak tolak permintaan dorang..

     
tengok la beria jer memasing dok pilih... sampai hati ke nak tolak??? abis kasut dalam kotak pon dorang belek sekali... yang raya aritu tak bape nak pakai dah sebab leceh kasut tali... kali ni memang tak bagi chance dorang amik yang tali... dik niq tu pegang gak tapi malas aihh nak layan... kang sekali jer pakai pastu taknak dah..

nampak simple tapi harga bleh tahan gak... langsung takde sale yang dorang pilih :(

antara pilihan hati dik niq tapi sudahnya dua2 pon dier takmo... sumer tak berkenan... ntah berapa kali la try nak dapat sepasang kasut siap ibunya ni ajak balik kalo tak pilih cepat2... baru hegeh2 pilih..

boleh dikira sebagai reward jugak tuk si along sebab tahun depan kat sekolah agama dier dilantik jadi pengawas... kemain hepi lagi tunjuk surat perlantikan dier tuh... tahniah yer long... adik2 gak yang untung dapat ngendeng sekali..

sampai bangi wajib arr menyinggah kat depan uniten tuh... panas berdenting pon kemain ramai umat manusia..

antara yang dibeli bayam goreng tepung ni haaa... sedap gak rasa dier... along yang tak suka makan sayor pon boleh makan ni... ranggup jer cam kopok takde rasa bayam..

cendawan tempura pon sedap... sebanyak ni pon takleh abis makan... tiba2 jadi mabok cendawan..

aritu kata tak cukup kan?? arghhh kali ni beli kasi lebih skit... makan sampai puas orang kata..

     
panas2 layan tekak ngan coconut shake 'kepit' memang heaven betoi... harga sama tak berubah tapinya eskrim dah takde... huhuhuuu... nak jimat kot dorang blend jer terus eskrim tuh... dik niq muka gitu sebab sakit kepala katanya gigit kopok lekor keras kejung... hahahaaa.. kopok pon kemain rega sama cam kuih... 5ketoi 2 hengget..



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))