bulus kesayangan, si Kikiyana Layola nama diberi😊.. kesayangan seisi rumah.. anak paling manja dan bongsu.. anak bulus ke2 kitorang bela.. yang pertama meninggal lepas beberapa hari.. kitorang bela seawal dorang lahir.. maybe tak cukup kuat nak hidup yang pertama tu, bangun pagi tengok dah tak bernyawa..
yang kedua ni pon sama, bela seawal baby.. maknya kucing terbiar, suami jumpa kat area ofis, jadi adoptlah sekor.. memula aku taknak bela kucing.. leceh.. kitorang ni kerja, mana ada masa nak jaga.. lagipun bukan duduk rumah landed.. tapi Alhamdulillah, urusan dipermudahkan.. budak bulus ni dari awal dah diajar berak kencing dalam pet litter, and ya dia memang berak kencing kat situ lah sampai sekarang.. setakat ni tak terberak lagi kat tempat lain melainkan lepas berak dia galak melompat keluar dari "toilet", adalah najis yang terjatuh ke lantai😼.. tapi kejadian ni jarang2 berlaku.. buat perangai memang kena marah ngan aku.. paham pulak dier😂😆.. bab muntah pulak, ikut lah mana dia duduk, situ dia muntah.. yang tu aku tak ajar pulak.. kejadian muntah bukan selalu.. terjadi bila tak sihat atau overdose makan ataupun lepas mandi.. biasa lepas mandi dia menjilat bulu kan? so bulu2 yang terkumpul dalam perut dier tu, dier akan muntahkan lepas 2,3hari.. gitulah..
si kiki ni pada aku agak pelik atau satu anugerah buat kitorang? aku pon tak pasti.. seekor kucing yang garang pada orang lain tapi manja giler ngan kitorang.. orang luar memang susah nak sentuh dier.. kalau ada tetamu datang ke rumah, dier memang akan menyorok! kadang budak2 biaserlah.. nampak kucing nak main.. uishhh garang si kiki ni.. jangan harap dapat sentuh dier.. tak pepasal kena gigit kang.. dengan aku sekali dier marah😛.. bab tido, memang betepek ngan aku malam2.. ikutlah mana celah dier nak menyelit😏.. lagi satu bab makan.. dier tak makan ikan ayam mentah ya.. longgoklah lauk pauk tu berejam dalam sinki, dier tak heran pon.. ikan ayam dah siap masak duk bawah saji pon sama.. dier tak kisah lansung.. senang sangat bela budak ni.. takyah risau dier selongkar atau buat sepah.. ayam kalau kita cubitkan, dier makan lah juga semulut dua..itupon nak isi.. tulang taknak.. ikan lansung taknak.. keropok pon tak nak.. duk makan kibbles dier jer..
harap panjang umur budak bulus ni.. sekarang umurnya lebih kurang 4 tahun.. tarikh lahir sebenarnya aku dah lupa.. sepatutnya pihak management tak bagi ya house owner bela haiwan (anjing/kucing) kat rumah.. tapi nak buat camaner? takkan aku nak buang budak bulus kesayangan ni.. tak sanggup aku.. aku bela masa duduk rumah lama lagi.. suatu hari budak ni pasti akan tinggalkan kitorang juga.. jangka hayat kucing tak lama kan? aku tak dapat bayang jika 'hari' tu terjadi..