Isnin, 10 Disember 2012

Family Day SAB FC | Cherating, Pahang

As-Salam (^-^)

minggu lepas bercuti lagi.. kali ni hari keluarga sebelah suami.. aku punya side memang tak pernah wat hari keluarga pun.. kitorang tak ngam dan tak rapat sangat.. broken/divorce family macam ni la.. ma aku kerja, abah aku dah ada family sendiri..

kitorang check in kat sanctuary resort..

percutian 3 hari 2 malam kat Sanctuary Resort Cherating.. seronok la terutamanya anak-anak.. dapat jumpa geng dah tak ingat apa dah.. acara memang dah diaturkan dari awal lagi.. pestime buat family day memang ada terkurang sana sini.. aktiviti memang padat dan penat giler tapi puas hati.. bukan selalu pun, setahun sekali jerk.. Insya'Allah akan jadi acara tahunan keluarga pada masa akan datang..

hari pertama sampai aktiviti mandi kolam je untuk anak-anak dan main kat birai pantai.. tak bagi dorang mandi sebab ombak kuat.. silap haribulan boleh lemas..

 
si kecik ni memang betul-betul fobia..langsung taknak mandi kolam dier..

 
aktiviti main pasir..

 
bercanda di tepian laut ehhh pantai

check-in pun dah nak pukul 3.00ptg.. lunch, mandi, solat dah pukul 5.00ptg.. masa memang pantas berjalan.. kejap je dah senja. .jadinya hari pertama takde aktiviti sangat selain dari yang diatas tu..

memang havoc satu umah.. kitorang sewa 2 apartment untuk 40orang family member.. 1 utk lelaki dan 1 untuk perempuan..

 
lunch bekal potluck jer aritu.. nampak cam sikit tapi sebenarnya dah tak larat nak makan

macam raya dah rasanya.. macam-macam menu ada dengan ketupat pulut daun palasnya, sandwich sardin, mee goreng, nugget, nasi putih + ayam gulai kelate + telur dadar + ayam goreng + sambal bilis + sardin + tempoyak + sambal belacan + budu.. oh my😋

malam makan satay pulak dengan ketupat nasi, kuah kacang! perut kenyang semua boleh tido ye.. simpan tenaga untuk pertandingan sukan esok hari.. penyertaan adalah wajib okey (no alasan) kecuali tok ayah ngan mok tok jer dikecualikan.. byeee..

3 ulasan:

Nik berkata...

seronoknya de family day mcm ni :)

zmarl (ibu) berkata...

doakan semoga berkekalan...Amin

Unknown berkata...

1 apartment mmg kne 4 org k?tq

Si Bulus | Kiki, anak bongsu penghibur hati

bulus kesayangan, si Kikiyana Layola nama diberi😊.. kesayangan seisi rumah.. anak paling manja dan bongsu.. anak bulus ke2 kitorang bela.. ...