As-salam (^-^)
holla.. bersiaran kembali setelah beberapa hari tak ber-update.. takde menda menarik pun nak dikongsikan tu yang senyap sunyi je blog aku..
akhirnya dapat jugak bawa anak-anak merehatkan diri.. ye ke dapat rehat? hurmm boleh je walaupun penat nak control hero-hero yang semakin ligat dan lasak tu.. sebenarnya ini 'company trip' aku tapi tak macam company trip pun sebab kitorang bebas buat aktiviti masing-masing..
percutian 3 hari 2 malam di Swiss Courts Holiday Apartments, Damai Laut Lumut.. menarik dan cantik tempatnya.. biasa ler, kawasan baru lagi.. terletak di atas bukit tapi agak jauh sikit la dari jeti dan pekan Lumut..
yeayyy..sampai sudah
pemandangan dari dalam apartment
hari pertama kat sana aku sempat ronda je.. bertolak dari KL dalam pukul 10.00pg.. sampai ngam-ngam je pukul 2.45ptg sebab check-in pukul 3.00ptg..
tak sabar dah nak mandi kolam budak berdua nih
masam jerk..tak dapat turun kolam ler tu
main celop2 tangan dulu
disebabkan family aku tak besar sangat jadiknya kitorang ambik Studio Apartment jer.. ok la, ada 2 katil bujang.. hero-hero tu tidur je atas toto yang aku dah stanby kemana-man pon kitorang pegi.. tido atas katil pon risau gak.. kang tak pasal-pasal melasak jatuh katil.. dari nak hepi2 jadik tak hepi la kan.. memang aku kena selalu 'Beringat Sebelum Kena'.
ruang tamu studio suite... luas gak
suami sempat membuta sebab penat sangat drive tadi.. kesian la jugak kat hero-hero ni tak dapat mandi kolam.. dah kul 5.00ptg aku kejut suami bangun dari 'alam mimpi'..haha.. kena jugak kacau.. takkan datang cuti nak tido je bang oii..
petang tu kitorang ronda-ronda kat pelabuhan lumut jap pastu misi mencari makan malam..
budak yang paling excited biler dapat berjalan..
kat sini nak cari kedai makan pun satu hal.. sejam jugak la dok mencari kedai 'Ikan Bakar Lekir' tapi tak jumpa and last sekali pusing balik dan singgah je kat la kat restoran (lupa lak nama).. best part makan2 kat sini takde la mahal mana pun.. 3 hari kat sana, aku rasa makan paling murah la berbanding kat tempat lain.. lagi untung dari masak kalo jenis family tak bape nak ramai.. jimat masa dan tenaga..
2 ulasan:
nampah happy je..seronoknya..
Yup Fendy...berjalan memang la sronok..
Catat Ulasan