Isnin, 31 Disember 2012

Salah rumah kenduri daa

First time terjadi..tak tahu nak kata kenangan manis ke kenangan pahit...kisahnya semalam gi kenduri kawin saudara kat Batu 11,Cheras..memang tak pernah gi rumah tu sebab dorang pun baru pindah je ke sana..konvoi adik beradik mr.hubby dalam 4 biji kereta termasuk kereta aku..ramai tu rakyat..

Dah sampai,aku plak yang jadi kepala rombongan...jalan paling depan ngan anak-anak kecil..ada sorang akak (aku agak tuan rumah) tengok dengan penuh tanda tanya..aku pun konpius jugak then tanya abag ipar betul ke rumah ni?? dengan penuh confident dia jawab betul...si along ngan anak buah aku yang lain dah buka tutup nasi dah..siap along cakap
 "wah sedapnya..lapar la dah tak sabar nak makan ni"...maklumlah dah petang dalam pukul 1.30pm gitu..memang time perut mintak diisikan..

Sekali hubby aku panggil..confirm balik address sebab cam dah salah...aku tengok yang gi kenduri tu semua hidung tinggi...muka mix pakistan gitu..anak mami kot..dannnn sah memang dah salah rumah..huwaaaa malunyaaaa...so terpaksa lah tanya akak yang tengok kitaorang dari tadi alamat yang sebenar...akak tu siap pelawa makan lagi tapi kitaorang tolak..malu beb..

Rombongan kitaorang yang ramai ni terpaksa la berpatah balik..semua yang ada kat kenduri tu dah pandang..maybe dorang dah perasan yang kitaorang dah salah rumah..huhuhu

Cari punya cari jumpa la rumah kenduri yang sebenar..itupun patah balik untuk kali ke-2..memula sampai tu dah nak masuk parkir tapi takut salah lagi cam tadi sebab tak nampak tuan rumah plus takde no.jalan (dah patah nombornya)..plus tak nak pisang berbuah dua kali..hohoho

 

Alhamdulillah....selamat sampai dan selamat kenyang...siap tapau kuih lagi wat balik..sedap bangat itu kuih...

Sabtu, 29 Disember 2012

Isteri dipukul sampai mati

Akibat cemburu,isteri terkorban dipukul suami...macam-macam kejadian sekarang ni..apa nak jadi aku pun tak tahu..inilah akibatnya kalau nafsu yang menguasai diri..kurang iman,cetek akal dan fikiran..dah jadi cam gini penyesalan sememangnya dah tak berguna..

ALOR SETAR - Pertengkaran sepasang suami isteri yang disyaki berpunca daripada perasaan cemburu berakhir dengan tragedi apabila wanita yang baru berkahwin enam bulan lalu itu ditemui mati di rumah mertuanya di Kampung Alor Gelegah di sini semalam.

Kejadian pukul 2 pagi itu mengakibatkan pembantu kedai, Nor Fatimah Anis Md. Radzi, 17, mati dengan kesan kecederaan di kedua-dua belah kaki dan tangan selain kesan luka di dahi.

Dia dipercayai dipukul dengan dua batang buluh sepanjang 0.89 meter di hadapan rumah tersebut.
Difahamkan, ketika kejadian, ibu dan bapa mertua mangsa tiada di rumah kerana pergi ke rumah anak mereka di Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, polis percaya kejadian itu bermotifkan cemburu namun pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar.

"Sebelum kejadian, pasangan itu dikatakan bertengkar di depan rumah sebelum mereka keluar dengan menunggang motosikal dan pulang 15 minit kemudian sambil diekori seorang lelaki yang menaiki motosikal berasingan.


"Sebaik tiba di rumah, suami wanita itu dan lelaki tersebut bergaduh. Semasa pergaduhan itu, mangsa cedera selepas dipukul di kepala dengan objek keras," katanya kepada pemberita di sini.

Lelaki itu kemudian beredar manakala suami mangsa membawa isterinya masuk ke dalam rumah.
Menurut Mohd. Zakaria, polis telah menahan tiga lelaki termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua lelaki itu berusia dalam lingkungan 20-an. Dua lelaki itu merupakan kenalan pasangan tersebut.
"Kita anggap kes ini selesai dengan penangkapan tersebut," katanya yang memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, dia bergegas ke rumah mangsa yang terletak berdekatan dengan kediamannya selepas terdengar pasangan itu bertengkar.

Sumber : Kosmo

P/S : Fikir sebelum bertindak,
 


Anakanda | ragam anak anak, kenangan membesar!

kesian hero kecik ibu pagi ni.. tersemban pipi kat jalan tar masa gi beli nasik lemak.. kisahnya si angah la, dia bukak pintu kereta masa adik dok sandar kat pintu.. ape lagi tersemban la si kecik tu ngam-ngam je muka pipi cium jalan tar.. sib baek kena pipi sikit je tapi biru jugak.. kalau tersembam muka boleh luka hidung tu..

adik dan angah

angah boleh wat selamba je adik dah jatuh.. sebelum tu dia minta nak beli kuih je, aku turun la sorang biar dorang dalam kereta.. dekat je jarak kereta dan gerai.. lepas tu dia ubah fikiran pulak nak nasi lemak.. aku dah dengar pun dia laung nak nasi.. siap angguk kepala lagi tapi dia tak puas hati.. takut aku tak dengar tu yang dia buka pintu tu..

takpe la dik, angah bukan sengaja pun.. sabor je lah ngan budak ni.. marah pon benda dah jagi.. 

Jumaat, 28 Disember 2012

Terlupa renew roadtax

 
gambar contoh ye...

Huwaaa....ada ke patut kitaorang boleh lupa nak renew roadtax...huhhh memang tak patut lansung..tak pernah plak terjadi kes macam ni..selalu renew terus setahun sekali ngan insuran tapi kali ni 6 bulan je tu yang langsung tak terfikir nak check roadtax..dua minggu bermaharajalela atas jalan tanpa roadtax and finally kena saman..huhu..melayanglah RM400 sebab nak kena 'settle',taknak kasi dorang towing..kalau ikutkan memang dah tak boleh jalan kereta tu kena tarik dan simpan je...slow talk elok-elok kasi je la kat dorang..lagi baik dari kena tarik..lagi susah plak nanti..apapun tetap kena naik mahkamah bulan march nanti untuk sebut semula kes ni..huhu

Dah takde rezeki kitaorang..duit kalau nak keluar laju je macam air terjun tapi nak masuk tu slow macam air longkang..sob sob sob :(

Rabu, 26 Disember 2012

Random story | Aktiviti sempena cuti Krismas

Salam...

minggu ni agak busy sikit coz dah hujung bulan, sekarang pun tengah buat payment untuk supplier tapi aku curi masa jap nak update blog.. ampun ya boss.. dah lama tak update.. i will miss this moment after few days....months.....and years.. better keep it as memories.

semalam hari yang memenatkan tapi memberi kepuasaan yang maksima untuk aku...why? of course la melayan kerenah hero-hero yang makin membesar sekarang ni.. disebabkan semalam cuti sempena Krismas, aku bawak dorang jalan-jalan kat IOI Mall puchong.. lepas ni 2 hero dah nak masuk sekolah.. yang sulong nak masuk sekolah rendah dan yang tengah nak masuk tadika.. let's enjoy our holiday..

 
excited nak jalan...muka memang ceria habis..

 
pukul 11pagi baru boleh makan.. brunch terus..

 
dah kenyang jom round ioi.. tapi tak habis round pun.. perout kenyang dah malas pulak😂😖

disebabkan hero kecik dah ngantuk terpaksa la beransur balik.. kalau ikut 2 hero lagi tu memang tak nak balik lagi pon..

 
setelah dipaksa dan dirotan manja2 gitu, akhirnya tido jugak hero3 aku.. si along siap tertonggeng lagi.. haisssh

oleh kerana semua dah tido, ayah pulak dah gi memancing makanya senang lah sikit kerja aku.. sesi mengemas berjalan lancar.. memang penat tapi seronok.. semua kerja nak kena buat.. kalau ikut hati ni memang give up habis.. bukan nak merungut yerr tapi itulah kenyataan.. rasanya semua wanita pun merasai benda yang sama..

kepada para suami dan bapa diluar sana 'Hargailah Isteri dan Ibu Anda'..

masa untuk menyental basikal hero-hero aku juga.. dah lama tak basuh.. dorang main pun kat dalam rumah je.. ada la sekali dua bawak dorang lepak main basikal kat dataran putrajaya masa malam minggu.. jadi dorang tak leh main lagi dalam rumah sebab tayar kotor.. dah beberapa bulan tersadai je basikal tu.. kesian plak kat droang.. teringin nak main tapi takut aku marah😛

siap kerja, fuhh lega yang teramat..

basikal dah sental, kasut pun dah cuci.. yang kelakarnya si angah siap basuh kaki lagi lepas bukak kasut tadi sebab kaki busuk katanya😂 baju suami siap iron untuk seminggu terus sekali dengan baju sekolah hero aku si sulung.. cari rak buku tak jumpa jadi rak kasut je aku beli untuk letak segala buku sekolah dorang.. boleh la dari takde.. tak nampak cam rak kasut pun.. nak beli cabinet tak boleh sebab ruang yang terhad.. faham je lah dok apartment besar mana sangat la ruang.. nak beli rumah teres belum lagi mampu...huhu..sabar je la dulu.. Insya'allah coming soon.. doa-doakan yer..

Jumaat, 21 Disember 2012

Anakanda | 2 Beradik Hantu Kerang

memang hantu kerang betul 2 beradik ni.. pantang nampak kerang mesti teruja habis.. kejap je dah hilang isi kerang yang pasti kulit tu tak hilang la😄..kalau hilang jugak aku memang tak tau nak kata ape dah..

 
'nah........ni dah bukak', kata along

 
kerang bakar..

disebabkan semalam besday aku, so ngada-ngada la sikit.. malas nak masak makan malam.. tapau je kat kedai.. kat area rumah aku ni boleh dikatakan 'syurga makanan' sebab banyak sangat kedai makan.. kebanyakannya tomyam dan seafood.. pilih jer nak yang mana.. yang pastinya hampir 70% pemilik adalah orang kelate/siam.. murah sungguh rezeki dorang kat sini..

sebenarnya nak ajak suami makan kat kedai tapi katanya hari minggu ni baru boleh celebrate sebab malam tadi dia nak berniaga lagi.. Alhamdulillah ada lagi rezeki untuk anak-anak.. so hari minggu ni aku nak demand lebih sikit.. takpe la, bukan selalu pun kan..setahun 50 kali je😆

 
siakap sweet sour..

 
set nasi bubur untuk si kecik, sup ekor dan sambal belacan..

ikan nampak je kecil tapi besar sangat.. memang tak habis makan berdua ngan suami.. dah ratah pun tak boleh nak habis jugak.. aku dah mintak yang paling kecik untuk 2 orang makan tapi ni yang dapat.. maybe ni yang paling kecil kot.. harga boleh tahan la, masih berpadanan dengan saiz ikan tu, RM25 and...... yesssssss seeeeedap sangat😋

sementara si abang dok makan kerang yang adik pulak makan bubur nasi tapi versi kosong.. mana maunya budak kecik ni nak makan sayur.. ikan takleh la nak bagi, kang tak pasal-pasal tercekik pulak.. telur masin pun dia tak suka tapi kalau telur ayam rebus tu..haha..siapla..2 biji pun boleh habis pastu kentut memang semerbak baunya.. nampak aku nak snap gambar je dia dah ready.. 'bu..bu..pat nyum',katanya😅

 
nyum...nyum..

Khamis, 20 Disember 2012

Birthday | 20.12.2012...HAPPY BIRHTDAY TO ME

Salam...

hari ni adalah hari yang senantiasa aku nantikan saban tahun tapi tahun ni aku rasa special sikit..'nice date 2012-2012'..Selamat Menyambut Kelahiran yang ke-28 tahun untuk diri sendiri..hahaha..meh aku nak nyanyi sikit...

HAPPY BIRHTDAY TOME
HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF
HAPPY BIRTHDAY TO ME

thanks to my mum yang berjuang melahirkan aku 28tahun yang dulu...walaupun aku membesar tanpa kasih sayang seorang ibu seawal usiaku 8 tahun namun dialah ibuku dunia dan akhirat..jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat..kenangan silam akanku buang jauh-jauh...aku juga seorang ibu dan pastinya aku mengerti perasaanmu duhai ibu..luv u so much..

 
me and my mum

untuk abahku juga,terima kasih kerana telah mengajar aku erti hidup.. walaupun kita tak rapat seperti orang lain, berjumpa pun jarang sekali namun kau tetap ku sanjung dan hormati.. tanpamu tiadalah aku di dunia ini.. takdir yang menetukan nasib kita dan takdir jugalah yang menyatukan kita..

 
my 'abah'

thanks a lot to my hubby for the surprise birthday cake last night... sedap cheese cake tu dan hadiah tu i like.. untuk my hero-hero yang nyanyi lagu happy birthday jugak.. thanks sayang.. ibu luv u all sooo much.. nanti kita celebrate kat luar ye..

 
sayang kamu ketat-ketat...

Rabu, 19 Disember 2012

Anakanda | Orientasi Day si Along

dah besar pun anak ibu,tahun depan dah masuk sekolah rendah..cepatnya masa berlalu,rasa cam muda lagi aku tapi anak dah masuk sekolah (hohoho..perasan jap eh)

semalam hari orientasi untuk murid tahun 1 S.K Taman Putra Perdana,Puchong..ada ujian untuk tentukan kelas dorang..aku tak pergi la sebab kerja,asyik cuti je nanti boss tak syok plak kan..so ayah la kena attend..menurut suami ramai jugak murid..semua sekali 360 orang murid dibahagikan kepada 10 kelas..bermakna 1 kelas ada 36 orang murid...mesti padat giler bilik darjah..hope cukup semua kemudahan asasnya.. kesian jugak kalau ramai sangat...

 
baru lepas nangis.. haduiiiii

pagi tadi bukan main excited lagi nak gi sekolah baru..kejut bangun tido pun senang dari kebiasaannya bila aku cakap gi sekolah baru hari ni tapi bila sampai sekolah dia dah start 'enjin' but slow and steady..lepas register dalam pukul 9.00pagi dah kena amik ujian,ibu bapa kena masuk dewan dengar penerangan..masa tu aku tak tau la camner si hero ni..dapat jawab ke tidak...dalam pukul 11.00pagi habis ujian tu..mula berkumpul kat dataran perhimpunan je dia dah start dah..nampak orang ramai tapi tak nampak si ayah..

bermulalah deruan 'enjin diesel'..nasib baik kejap je..first day tadika dulu pun cam gini jugak tapi second day dia dah pandai bawak diri..mulut dah macam bertih jagung..ada je cerita dia..

next week nak kena attend untuk Sek.Ren.Agama pulak...hope dia okey la kali ni..biasa la suasana baru cam gini..belum dapat rentak, belum jumpa geng sekepala... bebudak ni cepat jer berkawan..

macam mana la aku first time masuk sek dedulu erkk????..nak tanya kat ma pun mungkin dia dah lupa...inilah gunanya blog dan internet pada zaman sekarang..dapat aku coretkan kehidupan kami kat sini..satu memori yang manis buat kami di masa hadapan..tak mungkin dapat ku ingat semua ini kembali tanpamu blog...ngeh ngeh ngeh..
byeee..

Nak balik Kelantan

Salam...

 
Along..Angah..Adik

Bukan kitaorang yang nak balik kelantan tapi mok tok dan tok ayah..pagi ni semua bangun awal (macam biasa je) dan bersiap nak hantar mok tok dan tok ayah ke airport...dah nak balik kampung dah pun setelah hampir 3 minggu bercuti di KL-Puchong-Rawang-Sg.Buloh dan Cherating (wah semua pun aku nak list kan)...

Semoga selamat sampai ke destinasi dan tahun depan jangan lupa datang sini lagi ye..


Si Angah dari semalam semua nak dengan tok ayah..nak makan tapi nak tunggu makan ngan tok ayah,makanya lambat la sikit sebab tok ayah tengok berita dulu pastu solat isyak then baru boleh makan...nak tido pun camtu jugak,nak tido ngan tok ayah so terpaksa la tok ayah melayan kerenah cucu ni..kena landing sebelah dia baru dia nak tido..

Si adik plak dalam dilema 'in between'..haha..bila aku tanya "adik nak tido ngan sape ni?"..dia muncungkan bibir kat tok ayah tapi bila aku nak letak dia geleng pulak..hadoiii..

Sabar duhai anak,bulan Feb nanti kita balik kampung ye..mungkin tak puas kot dorang ni nak bermanja...jumpa pun jarang-jarang..balik kampung pun 2 ke 3 kali je dalam setahun..Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri (tu yang pasti balik la sebab cuti panjang)..kalau Hari Raya Aidiladha tu belum tentu lagi sebab cuti sehari je..

Isnin, 17 Disember 2012

Sikit lagi nak dapat malu...mana purse??

Alhamdulillah...perut pun dah isi,mood kerja pun sudah mari jadi kerjalah dengan sebaik mungkin..cheewah ayat nak pujuk hati sebenarnya...

Insiden yang sikit je lagi nak buat aku dapat malu masa lunch break tadi..Kononnya nak gi shopping,cari apa yang patut pastu nak tapau.Memula masuk kedai kasut nak cari sandal gantikan sandal buruk aku ni ha tapi takde yang berkenan..nasib baik jugak la tak jadi beli..

Sebabnya aku tertinggal purse kat ofis...waduhhh..camner plak boleh lupa ni..nak kata faktor umur pun tak jugak kot sebab aku rasa aku muda lagi (hehe..anggapla muda ye)..Masuk kedai baju jap cari singlet untuk si Along sebab tu je yang aku tak beli lagi..esok hari orientasi murid tahun 1..dah beratur nak bayar ni...tup tup alamakkkkk purse takde dalam handbag...brother kat sebelah tu pandang je sebab 'alamak' aku yang agak kuat tu..aku wat selamba je kuarkan phone dan godek-godek kononnya tengah baca mesej..slow-slow aku jalan kuar dari kedai tu dan terus blah..tinggalkan singlet kat situ je..belum sempat scan lagi sebab ada customer lagi sorang kat depan aku..

Plan bukan main baik lagi tadi,nak shopping barang si hero kecik lagi..kalau la aku gi shopping si kecik punya barang dulu tadi lagi teruk aku malu rasanya..mesti dah siap scan sume baru aku tahu yang purse takde..slalu gitu la,dah total out baru terhegeh-hegeh nak kuarkan duit.

contoh je ni..bukan beg sebenar ye..huhu

Rushing je balik ofis nak ambik purse dan off coz la terpaksa keluar semula untuk tapau...perggghh kalau tak tapau confirm aku takkan boleh bertahan sampai ke petang nanti..memang akan dilanda gastrik la jawapnya..dah buang masa dan tenaga...tapi pengajaran buat aku,lain kali check dulu sebelum keluar..

Tapi... tapi... tapi...yang paling penting IC dan lesen memandu..kalau ada road block tak ke naya nak kena menjawap ngan abang-abang polis nanti..silap hari bulan boleh melayang duit aku bayar saman..


Random story | hari gantung kuali

As-Salam..

mood kerja ke laut je hari ni.. walaupun semalam dah cuti tapi rasa cam tak puas je.. nampak gayanya nak kena kerja sendiri la lepas ni.. tapi boleh ke aku?berangan je lah..

cerita sabtu lepas,baru je nak hapdet..biasa la,aku cuti je blog aku pun turut cuti..bukan tak nak update tapi always busy with my hero's and yang paling tak leh tahan internet line..soooo slow..dah macam kekura..

lepas kerja sabtu lepas terus balik umah dan pick-up hero's gi kenduri.. ingat gi awal orang tak ramai tapi jangkaan yang kurang tepat.. tengah dok makan tu, rombongan pengantin sampai.. so cepat-cepat la kena makan sebab ramai yang menuggu giliran  nak duduk pula.. biasa la tu.. thanks Kak Zai sebab sudi jemput kami sekeluarga.

malamnya ada agenda lain plak.. jemputan dinner di Kem Kementah, rumah adik ipar aku.. dier wat solat hajat lepas maghrib nanti sempena nak dapat baby baru.. Insya'Allah jika diizinkan biras akan deliver baby dalam bulan March tahun depan.. bertambah lagi ahli keluarga SAB FC.. kesimpulannya, aku gantung kuali ler..

 
si hero kecik ni dah get ready..kul 6 kita bertolak ye

 
dah sampai posing dulu..macam raya plak aku rasa..

dapat berkumpul gini, suasana memang gamat habis.. riuh rendah ngan suara budak-budak.. dorang kalu dah main memang tak ingat nak makan dah.. sesedap mana pun makanan tu, takde pun nak heran tapi sekali dah makan, haa bertambah-tambah pulak..


tengahari makan nasi minyak, malam kita dijamu dengan nasi ayam.. yang meriahnya buah-buahan.. tuuuudiaaa, macam-macam ada.. lengkap dengan pulut durian😋..ini kelantan punya stail.. durian tu makan dengan pulut + santan masak atau mentah + gula pasir atau gula melaka..

 

Alhamdulillah.. kenyang sangat.. dapat lagi tapau bawak balik.. rezeki jangan ditolak.. byeee..

Khamis, 13 Disember 2012

Si Along wat hal pulak dah

Salam

Pagi ni si along boleh wat hal pulak..kencing tempat tidur plak dia..hisshh menyirap gak aku pagi ni tapi nak wat camner..maybe dia tak leh tahan tu tak pun takut nak gi bilik air ataupun  ngingau gamaknya..macam-macam hal la budak-budak ni..aku dah bangun kot masa tu..dok tengah iron baju,lampu luar pun dah buka..terang benderang lagi...dah sudah tu pandai pulak bangun gi bilik air and terus mandi (takut aku marah la tu)..aku ni kuat gak membebel..gerammmm...kadang tu memang tak leh kontrol dah tapi takde lah sampai pukul or mendera...hissshhh tak baik tau...

 

Si Angah pun dah bangun and join sekali along mandi..mandi mesti nak berdua..tapi Masya'allah bertengkar aje..ada je bunyi dorang bercakaran..aku pun kadang tu naik tension..dugaan betol nak besarkan 3 hero ni...harap dah besar nanti dapat senangkan ibu dan ayah..

Si kecik pun dah mengeliat dah..sat je dia dah jengah pintu bilik..asal aku bangun je,mesti dia ikut bangun skali...cam ada aura je..selalu dia yang paling awal mandi dari abangnya tapi hari ni dia plak yang paling lewat..

Bermacam ragam dibuatnya..

 
belum mandi tapi dia dah nak tukar baju..pakai sendiri pun boleh


 
mulut ketat ngan rambutan

 
dua-dua kaki masuk dalam sebelah seluar..berapa kali tersadung aku pun tak tahu 

Rabu, 12 Disember 2012

Family Day SAB FC | hari yang dinanti, SUKANEKA!

As-Salam (^-^)

lagi cerita 'family day' yang baru je berlabuh tirai pada ahad lepas 9.12.12.. sesungguhnya satu memori yang cukup manis dan indah yang tak mungkin dapat dijual beli.. moga hubungan kami sekeluarga berkekalan dan dipelihara oleh Allah S.W.T.. Aamiin..

kali ni aku kongsi aktiviti kat sana untuk hari ke-2 yang diisikan dengan acara sukan pula... lepas je breakfast semua kena get ready dan turun ke padang.. haha.. ada padang ke? takde punnn.. main kat tepi laut je.. ramai pula haritu yang wat family day so suasana jadi meriah..

aku yang pada mulanya sakit perut (padahal malu giler nak main) tetiba excited.. join skali main untuk acara dewasa berpasangan.. kesian plak kat suami kalau aku tak main.. dier kena cari pasangan lain la jawapnya..

okey, jom mula dengan acara kanak-kanak.. 3 acara dipertandingkan iaitu lari bawa bola ping pong dalam sudu, lari bawa bola dalam gelung dan isi air dalam botol menggunakan span.. ekceli sumer acara pon aku join sekali sebabnya si angah tak reti.. heheheee, nak kena guide lor.. tapinya dah guide pun tetap kalah😆

 
wat barisan dulu ye anak-anak.. dah nak start jap lagi..

 
tak puas budak-budak ni main sebenarnya.. tiga game cepat sangat.. tapi elok jugak, cuaca dah beransur panas..

 
sayalah juara..hahaha

Acara remaja yang tak berapa nak remaja pula.. sama jugak 3 acara.. tiup belon 3 biji kasi pecah, cari gula-gula dalam tepung dan baling belon berisi air.. dah macam acara kanak-kanak gayanya.. siapa cepat dialah pemenang..

 
tiup jangan tak tiup...ada yang main tipu ni..

 
hantu tepung..

 
ini kalau baling kena muka, pappp😭..

jeng jeng jeng kini tibalah masanya untuk acara dewasa yang pada mulanya aku tak nak join tu.. eleh malu la konon last2 terjebak sekali... syok pulak rasanya sebab dah lama tak bersukan.. masa zaman sekolah dulu pun aku ni tak aktif bersukan.. memang malu sungguh ni... hehe (perasan terlebih)

acara pertama - pandu arah pasangan (cari gelung dan masukkan dalam kon)

 
acara kedua - larian kasih

 
acara ketiga - makan epal (guna mulut je tau)

tamat acara dewasa maka abis la sukanekanya... petang nanti sambung lagi.. balik bilik isi perut yang dah dok main lagu keroncong ni dulu then rest jap.. acara petang tak banyak pun.. gambar pun tak sempat nak snap tapiiiii yang pentingggg

tuuu dia...tok ayah main boling okeh... botol mineral jer pon kitorang guna..

malamnya acara kemuncak yang paling ditunggu... ye la, dah seronok main.. penat pun dapat takkan tangan kosong je kot.. kena la kasi hadiah kat pemenang..

 
yeayy dapat gak satu hadiah.. pemenang tuk acara larian kasih..

jangan dilupa kepada penaung dan penasihat (mok tok dan tok ayoh).. dapat hadiah jugak.. ikhlas dari anak menantu dan cucu-cucu...

 
dapat seketoi kura-kura (footer dari ogawa)

moga dapat bertemu lagi di tahun hadapan.. Insya'allah, improve mana yang perlu.. penat tu memang la penat tapi bak kata Nora Danish "yang penting kita enjoyyyy"... saat ini pasti akan dirindui suatu hari nanti😔


Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia

Salam Takziah

 

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Bin Engku Ngah,80, telah meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 8.30malam semalam (Selasa 11/12/12)

Berita kematian beliau telah disahkan sendiri oleh adik beliau Engku Taib Bin Engku Ngah kepada Bernama.

Beliau telah meninggalkan seorang balu,Tengku Zainab dan 6 orang cahaya mata.

Sumber : Bernama

Dulu kalau nak sambut puasa dan raya je,mesti menunggu pengumuman daripada beliau...memang sangat merindui saat itu...

Al-Fatihah...Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...AMIN

Isnin, 10 Disember 2012

Family Day SAB FC | Cherating, Pahang

As-Salam (^-^)

minggu lepas bercuti lagi.. kali ni hari keluarga sebelah suami.. aku punya side memang tak pernah wat hari keluarga pun.. kitorang tak ngam dan tak rapat sangat.. broken/divorce family macam ni la.. ma aku kerja, abah aku dah ada family sendiri..

kitorang check in kat sanctuary resort..

percutian 3 hari 2 malam kat Sanctuary Resort Cherating.. seronok la terutamanya anak-anak.. dapat jumpa geng dah tak ingat apa dah.. acara memang dah diaturkan dari awal lagi.. pestime buat family day memang ada terkurang sana sini.. aktiviti memang padat dan penat giler tapi puas hati.. bukan selalu pun, setahun sekali jerk.. Insya'Allah akan jadi acara tahunan keluarga pada masa akan datang..

hari pertama sampai aktiviti mandi kolam je untuk anak-anak dan main kat birai pantai.. tak bagi dorang mandi sebab ombak kuat.. silap haribulan boleh lemas..

 
si kecik ni memang betul-betul fobia..langsung taknak mandi kolam dier..

 
aktiviti main pasir..

 
bercanda di tepian laut ehhh pantai

check-in pun dah nak pukul 3.00ptg.. lunch, mandi, solat dah pukul 5.00ptg.. masa memang pantas berjalan.. kejap je dah senja. .jadinya hari pertama takde aktiviti sangat selain dari yang diatas tu..

memang havoc satu umah.. kitorang sewa 2 apartment untuk 40orang family member.. 1 utk lelaki dan 1 untuk perempuan..

 
lunch bekal potluck jer aritu.. nampak cam sikit tapi sebenarnya dah tak larat nak makan

macam raya dah rasanya.. macam-macam menu ada dengan ketupat pulut daun palasnya, sandwich sardin, mee goreng, nugget, nasi putih + ayam gulai kelate + telur dadar + ayam goreng + sambal bilis + sardin + tempoyak + sambal belacan + budu.. oh my😋

malam makan satay pulak dengan ketupat nasi, kuah kacang! perut kenyang semua boleh tido ye.. simpan tenaga untuk pertandingan sukan esok hari.. penyertaan adalah wajib okey (no alasan) kecuali tok ayah ngan mok tok jer dikecualikan.. byeee..

Anakanda | Panik aku, anak terkunci dalam bilik!

Salam...

Kuss semangat..termengah-mengah lagi ni tapi still nak update blog..masih 'hot' ini cerita..huhuhu

 
boleh sakit jantung aku dengan ini budak

al-kisahnya, baru je sampai ofis selepas terpaksa berkejar balik rumah jap sebab si hero kecik ni terkunci dalam bilik.. kunci bilik ada dengan aku,memang ada 1 je kunci (no spare lor).. memang tak pernah berfikir pun nak wat spare key sebab dari mula masuk rumah hingga la sekarang (7 tahun dah) kunci tu sentiasa ngan aku, aku letak sekali ngan kunci rumah.. tak pernah ada kes plak si abang sebelum ni..

bukak je pintu tengok si kecik ni dah tido.. mungkin tertidur kot sebab dah penat nak bukak pintu tapi tak berjaya.. kesian betul lor ini budak tapi dengar suara aku je terus dia terjaga dan nangis.. aku rasa dia pun panik kat dalam tu sorang-sorang tapi nasib baik dia tak nangis..

selalu aku hantar rumah pengasuh masa nak gi kerja tapi hari ni mintak ayahnya yang hantar lewat sikit sebab kesian tengok dorang dok lena lagi tadi.. masalahnya ngan ayah skali lena😤..penat agaknya sebab semalam pukul 12.00am baru sampai rumah dari Cherating..

aku pon nasib baik sampai rumah dengan selamat sebabnya kelam kabut sangat tadi plus 'terkezut', aku lupa nak pakai mata tambahan.. tawakal je la masa drive.. berpinar-pinar mata aku nak tengok jalan.. selalu kalau nak cepat mesti banyak halangan.. dengan kereta yang bergerak ala kura-kura kat tengah jalan.. bukan 1 tapi dekat 5 ke 6 biji jugak tadi.. hurmmm mencabar kesabaran betul..

lepas ni memang selalu kena beringat dan alert.. buat kunci pendua juga😌

Khamis, 6 Disember 2012

Random story | budak banyak akal

pagi ni panik sat sebab cari hero yang kecik tak jumpa... abang-abang takde, malam tadi ikut mak tok dan tok ayah tido umah ayah mat (bapa saudara dorang), so tinggal bertiga je ngan ayahnya.. pagi tadi pukul 6.30 a.m dah bangun si kecik tu, aku siapkan dia dulu sebelum aku pulak bersiap untuk gi kerja.. selalu ayah yang mandikan tapi hari ni nak ibu pulak mandikan.. haishhh macam-macam la budak ni.. bagus untuk si ayah la dapat sambung tido😏

selesai mandi aku panggil si hero kecik tapi tak disahut....takde?..jeng jeng jeng...cari dalam bilik takde, dapur takde last sekali kat balkoni pun takde. .ayoyoo mana sudah pergi ini budak..

tup tup nampak orang kat situ.. adeh dik😔

 
menyorok kat sini rupanya

 
cakk

 
jumpa dah

menyorok dari aku la tu.. tak nak gi umah pengasuh hari ni.. nak gi umah ayah mat jugak sebab abang-abang ada kat sana.. kalau ikut dia, semalam pun nak tido sana tapi aku risau kot dia nangis nanti bila aku takde.. bukan boleh kira ini budak.. kejap o.k kejap k.o..

yeayyy dapat gi umah ayah mat hari ni..

maka dengan rasminya hari ni mak dorang (pengasuh) dapat off...2 hari lak tu sebab esok pun tak hantar..nak gi 'family day' di Cherating.. byeee..


Si Bulus | Kiki, anak bongsu penghibur hati

bulus kesayangan, si Kikiyana Layola nama diberi😊.. kesayangan seisi rumah.. anak paling manja dan bongsu.. anak bulus ke2 kitorang bela.. ...