Rabu, 30 Januari 2013

Random story | Nak carik kasut...nak carik kasut...

Salam...

isnin lepas berpagian lagi dah get ready nak keluar memandangkan cuti sempena Thaipusam.. hajat nak ke GM Klang sebab nak cari kasut untuk suami tapi tak jadik.. tukar plan and gerak gi MidValley.. dah lama tak jejak kaki ke sana sambil tu ingat nak gi pets shop tapi dah tutup.. entah sejak bila tutup pun aku tak tahu..

mission nak carik kasut mesti diteruskan juga and akhirnya Aeon jadi pilihan memandangkan tengah sale sekarang ni.. kalau korang nak tahu, yang terlebih sibuk dok try kasut budak ni haaaa..

 
si angah siap 2 sekali sambar, yang adik pon taknak kalah..

 
haaa try dik jangan tak try.. dah confirm kasut tu besar..

aihhh dorang ni, macam-macam kerenah.. habis bersepah kasut kat atas rak tu.. sib baek tak kena sound ngan salesman yang jaga kat situ.. lama jugak la dok memilih kasut kat sini, tang nak bayar pun satu hal.. panjang pulak Q nya..

memandangkan blom sarapan lagi, lepas bayor je terus gi cari makan.. cari foodcourt tak jumpa plus malas nak jalan sebenarnya so santap je nasi ayam kat ground floor.. Alhamdulillah kenyang..

 

kasut dah beli..makan pun sudah..malas la pulokss nak berwindow shopping ni sebab mata pun dah ngantuk..dah nampak bantal yang melambai kat rumah tu so beransur pulang ke sarang.. byeee..

Selasa, 29 Januari 2013

Cuti Hari Minggu | Taman Botani, Putrajaya

 
Putrajaya Seafood Restaurant

Salam

cuti 3 hari miggu lepas memang pulun habis la berjalan..bukan boleh hero-hero ni dok terkurung je dalam rumah..ye lah duduk apartment kan kalau rumah teres tu boleh dorang ambik angin sikit..ni memang takde peluang langsung nak ke luar pintu pun..24jam pintu tu aku tutup,kalau bukak kejap je semua dah hurung situ..dah macam lalat hurung tutttt..sebenarnya ibu hero-hero ni pun borink jugak..alasan je semua tu..kahkahkah..

jenjalan kami 5 beranak ke Taman Botani kat Putrajaya..memula aku cadang nak berbasikal tapi memandangkan cuaca yang semacam nak hujan je tak jadi..just ronda-ronda je dulu maybe next time datang berbasikal pulak..kenyang pun sudah sebab dah belasah roti john plus ABC plus coconut shake,so sesi membakar lemak-lemak tepu la pulak..



 
Layan hero-hero yang sememangnya riang...

pada yang belum tahu,Taman Botani ni terletak di Utara Presint 1,Putrajaya..masuk adalah percuma and banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sini samada nak berbasikal,menaiki trem atau melawat/meneroka taman-taman seperti Moroccan Pavilion tapi yang ni masuk kena bayar..hanya Taman Botani je yang free..korang boleh refer details yang aku bagi ni..

Kadar Untuk Kemudahan dan Perkhidmatan
 
A. EKSPLORASI TAMAN
Bil Perkara Kapasiti Kategori Kadar Catatan
1 Lawatan Berpandu Ke Taman 10 orang (min) Individu
Pelajar
RM 5.00
RM 3.00
Masa Bagi Lawatan Berpandu (Walk-In)
I. 9:00 am
II.10:30 pg
III. 2:30 ptg
IV. 4:00 ptg
2 Tiket ke Moroccan Pavillion Individu
Pelajar
RM 3.00
RM 1.00
3 Aktiviti Eksplorasi
a. Botani Walk & Hunt 10 orang (min) Seorang RM 10.00
2 Jam
b. Botani Cycle & Hunt 10 orang (min) Seorang RM 15.00
2 Jam
c. Botani Explorace 10 orang (min) Seorang RM 15.00
2 Jam
d. Botani Morpho Hunt 10 orang (min) Seorang RM 5.00
1 Jam


B. SEWAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN
Bil Perkara Kapasiti Kategori Kadar Catatan
1 Basikal Satu Tempat Duduk Isnin-Jumaat
RM 2.00 / jam
Dua Tempat Duduk Isnin-Jumaat
RM 4.00 / jam
Baby Carrier Tempat Duduk Isnin-Jumaat
RM 1.00 / jam
Satu Tempat Duduk Sabtu/Ahad/Cuti Am
RM 4.00 / jam
Dua Tempat Duduk Sabtu/Ahad/Cuti Am
RM 8.00 / jam
Baby Carrier Tempat Duduk Sabtu/Ahad/Cuti Am
RM 2.00 / jam
2 Trem Individu
Pelajar
RM 4.00
RM 3.00
Masa Perjalanan adalah setiap 1 jam bermula jam 9:00 pg hingga jam 5:00 ptg
Pakej Tempahan RM 50.00 / trip

korang kalau malas nak sumbat basikal dalam kereta boleh la sewa je kat sini..ada pro dan kontranya la ye..kalau lucky dapat yang elok kalau kureng tu dapat la yang bermasalah sikit..as long as boleh guna belasah ajer..

kalau nak cepat kurus tu korang boleh jogging je..kalau aku confirm pengsan la nak round habis taman..

sebab cuaca dah mendung..ksekejap je la lepak kat situ..ngam ngam je keluar dari Taman Botani hujan dah turun..nasib lerr cepat sikit kalau tidak mau berhujan jugak la jawabnya..dah la hero-hero semua selesema tak hilang lagi..dah seminggu..

 
sambil tu boleh bagi makan ikan..bawak la roti sikit..hehe

 

Ok..bye bye..Wassalam

P/S : nak try gi Taman Wetland next time..kalau korang pernah gi share la citer ngan aku ye..
kesian lorr agak ketinggalan sikit..baru sekarang nak teroka putrajaya..huhuhu


Fesyen bertudung yang agak ......hurmmm

 
Share pic dari FB PanduanIslam.Com

Zaman sekarang ni memang fesyen tengah berlambak-lambak dan ikut trend la kata orang..sinonim sangat dengan wanita..aku pun tak terkecuali la..ada yang baik dan ada yang kurang baik..tinggal kita je yang nak ikut ke taknak 'u follow i follow'..bagi yang muslimah pun tak kurang hebat baik dari segi berpakaian mahupun bertudung..

Tengok gambar fesyen kat atas dan meyrupai rambut..ni nak kata tutup aurat macam tak..nak kata dedah aurat tapi bertudung..renungkan dan nilaikan sendiri..

Alhamdulillah ramai yang berhijab sekarang terutamanya artis la (contoh ye,aku tak maksudkan sesiapa pun) tapi nawaitu sebenar berhijab tu hanya dia dengan yang kat atas je tahu...samada benar-benar nak berhijab atau sebab nak berfesyen..

Tudung sekarang pun lawo-lawo..grand gitew..harga pun mak aiii bukan main lagi mahalnya..boleh wat makan 3-4 hari ko...kain nipis je,leher pun nampak tapi harga boleh cecah RM100++..tu yang jenama suam-suam kuku kalau yang memang dah hot tu lagi la mahal..sehelai pun sampai RM 300++

Jubah sekarang pun dah aku tengok dah ikut bentuk badan..berjubah tapi sendat sana sini..sapa nak jawab tu??

P/S : Peringatan untuk diri sendiri..jangan terlalu berfesyen..kekeke

Isnin, 28 Januari 2013

JJCM | pekena Roti John Unan, Putrajaya


Presint 16,Putrajaya


Salam...

wah pagi hari lagi update blog hari ni...kat umah pulak tu..hihihi...selalu kalau bab mengupdate ni aku wat kat ofis je sebab rumah punya internet memang slow giler...ni pun berchenta aku nak update...awal pagi ni ok la sikit sebab orang tengah tidor..

takde plan lagi nak kemana hari ni..tengah memikir sambil tu update aktiviti semalam...walaupun dekat je rumah aku  ngan putrajaya tapi tak selalu aku jenjalan sana..kalau gi pun takat alamanda je...bagi aku cam takde tempat menarik sangat la aku rasa tapi semalam aku teruja la puloksss..

dari review blog cutimalaysia.my, aku try ke Taman Warisan Pertanian kat Presint 16...pekena Roti John Unan yang dikatakan femes di Putrajaya...tapi takde la sampai kena berbaris panjang...tak sangka ada banyak gerai makan kat sini..macam-macam ada termasuk Sate Haji Samuri...lain kali memang aku terjah lagi la..harga pun standard..


sedap dan ringan..tak terlalu berat untuk tekak aku..

gerai ABC..

meleleh...mabeles roti john

selalunya aku makan roti john ni pada bulan puasa je tapi disebabkan keimanan yang sikit goyah ni,aku akur pada naluri tekak..hehehe boleh gitu??

smart hero yang banyak sangat akal..kang dah nangis..dari pagi dok bising nak kuar jalan..

My hero's agresif sikit harini sebab setengah hari dok terkurung dalam rumah..kalau makan sini cam tak best pulak untuk dorang,so aku tapau je...nak gi jenjalan kat Taman Botani...pun aku tak pernah jejak kaki kat sini..setiap kali ajak suami, dia akan tolak mentah-mentah..huhuhu :(

'botani ado gapo??hurm tukar plan..tok best lasung',katanya..

dan semalam dia tertewas jugak dengan aku..hahaha

my hero tengok syok melayan abc ngan roti john..si kecik tu tamak betul..haha penuh mulut disumbatnya...

bye...bye...jumpa kat Taman Botani nanti..wassalam

Rabu, 23 Januari 2013

Rezeki | Hadiah pertama sejak berblog...TQ

 
Hadiah dari GA Izwan

Thanks ye Izwan...hadiah dah diterima dengan selamatnya semalam..

Selasa, 22 Januari 2013

Promosi sempena Hari Wilayah Persekutuan

 
sekadar hiburan..takde kena mengena ngan entri pun..

Berita baik kepada kengkawan yang tengah planning nak kemana sempena cuti Tahun Baru Cina ni..sempena hari wilayah persekutuan pada 1hb Februari ni, ada goodies la untuk kita (jangan salah faham pulak...kang tak pasal-pasal aku kena saman)...

Jom tengok apa yang best sangat...

1 - Free Usage of Sport Facilities for the month of February 2013

2 - Free Boat Usage & Pony Ride at Taman Tasik Titiwangsa from 1st Feb until 28th Feb 2013

3 - Entry ticket to Aquaria on family package for MyKad holder (2 adults & 2 children RM 99 only)
      applicable on 1st Feb 2013
      *Harga biasa RM 35 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak

4 - RM1 Bird Park entrance fee applicable to all MyKad holder.Applicable on 1st Feb 2013 only
      *Harga biasa RM 25 untuk dewasa dan RM 12 untuk kanak-kanak


5 - Berjaya Time Square Theme Park - free ticket with 1 purchase on 1st Feb 2013 for MyKad holder
      *Harga biasa RM 38 untuk dewasa dan RM 28 untuk kanak-kanak
      *Pakej keluarga RM 106 (2 dewasa & 2 kanak-kanak)

6 - Tasik Putrajaya Cruise - potongan sebanyak 50% dari 1hb Feb hingga 8hb Feb 2013
      *Harga biasa RM 30 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak

dan ada lagi...

Penggunaan tandas awam juga percuma dari 1hb Feb hingga 28hb Feb..kekeke..

Sangat menjimatkan bagi yang ramai ahli keluarga..lagi ramai lagi jimat la kan..bagi yang nak amik kesempatan untuk bersantai dengan keluarga tu memang dialu-alukan dan pastinya sangat 'crowded'..sabor je lah nanti..

Sumber : NST

Yang mana dok di selangor tu tak dapat la nak join gi Aquaria,Taman Burung dan Berjaya Times Square Theme Park sebab hanya sah untuk 1hb Feb sahaja..kalau korang nakkk jugak join no problem,amik cuti lorr or MC je terus..hahaha..jangan kena tangkap sudah..silap haribulan tengok syok naik anak kuda kat tasik titiwangsa terlanggar pulak dengan boss...hakhak..sapa mau tanggung???sendiri tanggung wooo...

Bye..bye...selamat berhibur

Anakanda | tiga anak ,tiga ragam!

 

Aniq Mikail yang banyak akal..ni pic malam sabtu lepas nak keluar gi D.I.Y beli swimming suit untuk Along..dengan stokin yang dia pakai sendiri..dengan beg sandang and ada lagi spec hitam tapi aku dah ambik..mau tersadung jugak kat tangga tu nanti..seluar singsing sampai ke lutut sebab malam tu hujan..

sekarang ni setiap pagi pun ikut ibu hantar along ke sekolah agama..setiap kali tu jugak la dia akan salam dan peluk cium si abang..touching plak ibu tengok..moga silaturahim dan hubungan korang adik beradik akan kekal erat hingga ke akhir hayat walaupun ibu dan ayah dah takde pada masa tu..

 

Amir Harith yang pandai berdikari..senang nak handle..harus la kena pandai sebab anak sulung ni..lepas ni nak kena tolong ibu ngan ayah jaga adik-adik pulak..mesti jadi role model yang baik..baru je sambut besday yang ke-7 pada 5hb Januari lepas..

 

Adib Raiyan yang memang 'notty'..sampai hari ni pun masih nangis lagi bila sampai kat tadika..setiap kali ibu balik rumah dan tanya belajar apa kat sekolah siang tadi,dia akan jawap...
 'ntah...tak tau lagi',
ehh camner plak tak tau lagi sebab dah belajar sian tadi..eee poning la ngan si angah ni..asalkan ada hati nak sekolah nangis pun nangis la..ibu tak kesah...haha


hari ni lepas hantar along aku singgah jap beli nasi lemak..parking dekat je ngan gerai tapi suruh tunggu dalam kereta jap si angah ngan adik..mana tau tiba-tiba dah meluru si adik kat aku..ishhh tak leh jadi ni..dah tak boleh nak tinggal dorang camtu..walaupun sejengkal..walaupun seminit..memang bahaya..kesilapan begini lah yang menyebabkan berlakunya kes yang tidak diingini..siapa yang silap?diri sendiri..

fobia sudah..

Isnin, 21 Januari 2013

Cuti Hari Minggu | Sunway Lagoon Wildlife Park

sambungan sementara masih fresh kat otak aku ni.. tak habis lagi cerita santai aku di Sunway Lagoon semalam.. bukan nak menunjuk-nunjuk ye just nak catat memori aku ngan my little family.. esok lusa aku akan lupa semua ni kalau tak dicatat.. ye la kan umur makin tua bukan makin muda..

lagipun amik peluang sementara takde kerja nak buat.. kang busy tak sempat plak nak update blog cabuk aku ni.. kalo busy pun sibuk nak update blog cari nahas jawapnya..

asalnya nak ronda satu Sunway Lagoon ni.. kalau nak datang balik tak tau bila lagi.. ini pun sebab terjebak dengan promosi tiket RM20 tapi rezeki kitaorang hanya tiket RM50.. leas mandi-manda tu jenjalan dulu kat Zulu Walk.. kalau nak dapatkan cenderamata leh la cari kat sini.. nak makan pun boleh sebab sini ada Marrybrown and cafe.. gerak depan sikit ada Wildlife Park, ala-ala zoo mini ler..

 
malu pulak 'makwe' sekor kat tu kena intai ngan bebudak ni...
si adik nak cium anak dara sapa la plak tu..

 
geli nengok tikus takde bulu.. yang berbulu pun aku dah geli..
yang lain tu landak.. guinea pig and? lupa lak nama binatang tu..

besar giler ular sawa ni tapi yang ni yang telah diawet..kalau hidup mau melompat aku..

 
harimau boleh tengok dari dekat.. zoo negara pun tak leh sedekat ini..

hajat nak naik Wagon Wheel tak kesampaian sebab aku tak jumpa cari.. kaki pun dah lenguh nak berjalan tambah dengan perut main lagu keroncong.. kalau takat perut aku takpe ni ngan hero-hero sekali kelaparan.. angah dah 'memberontak'.. dia je yang selalu wat hal.. ishhhh terlebih manja.. terpaksa aku blah dari situ and terjadi lagi insiden tersesat.. tadi masuk ikot lain, ni keluar ikot lain.. kitorang pusing belakang mall tu dalam 10min jugak and lastly jumpa basement parking.. nasib baik amik gambar nombor tiang masa parking tadi kalau tak memang tak jumpa la cari kereta😂

lunch santap KFC je.. tengah boikot ni tapi terpaksa akur kali ni sebab ni je yang terdekat dan 'ternampak' depan mata masa on the way balik umah.. my hero dah bercucuran air mata dah sebab lapar😅..tu la sapa suh berendam lama sangat..

 
lepas 2 batang makan aiskrim pun masih nak aiskrim jugak..mau pokai aku kalau lama kat Sunway Lagoon tadi..

 
along steady je.. asal dapat main makan memang diketepikan..

 
angah yang kelaparan.. asal taknak masuk sebab nak makan Mc'D katanya.. wahh dah pandai request ni..

 
Percik Combo..

 
menikmati Golden Wrap..

 
notty boy, ngan dia aku memang kena banyak sabar..banyak sangat pe'el nya..arghhhh 

selesai la citer aku.. korang kalau nak grab tiket murah tu boleh la tunggu 20hb next month.. promosi sah sehingga bulan March so masih sempat lagi..

wassalam.. peace no war😘 

Minta kerjasama rakyat malaysia yang prihatin

Tolong sebarkan...

 
Kanak-kanak hilang,William YauZhen Zhong

Sekiranya terjumpa kanak-kanak ini sila hubungi IPD Subang Jaya di talian 03-5631 9800 dan berhubung dengan SJN Goh Lai Thang (012-219 7133)

Mangsa,William Yau Zhen Zhong ,6tahun telah dilaporkan hilang pada 16 Januari 2013 dan kali terakhir dilihat di Kedai Eletrik Onking,Jaln an Putera Mahkota,Putera Heights.

Menurut pihak polis,kes ini dikategorikan sebagai orang hilang kerana sehingga ke hari ini keluarga mangsa belum menerima sebarang tuntutan wang tebusan.

Apa yang diberitahu sebelum ini,mangsa dikatakan ditinggal oleh ibu bapanya bersama dua adiknya yang lain di dalam kereta sementara ibu dan bapanya pergi ke kedai elektrik berkenan.

P/S : Kepada ibu bapa diluar sana,berhati-hati dan berwaspadalah selalu..walau sekejap pun..walau beberapa meter pun jangan sesekali meninggalkan anak-anak di dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa..banyak hal yang boleh berlaku disebabkan kecuaian sendiri..

Mereka hanyalah anak kecil yang tak mengerti apa-apa...

Moga adik William dapat ditemui dalam keadaan yang selamat...

Cuti Hari Minggu | Seawal jam 8 pagi di Sunway Lagoon..Enjoy

Salam...selamat pagi to all my luvly reader's..ehh ada reader ke blog ni?

seperti yang aku nyatakan di entri sebelum ni pasal tiket RM 20 Sunway Lagoon yang mana aku nak gi join sekaki and yess semalam dapat jugak aku jejak kaki kat situ...for the first time selama 10 tahun lebih rasanya aku menetap di puchong ni..walaupun dekat tapi tak pernah masuk..huhuhu..kesian kesian kesian (bak kata upin ipin)

seawal 8.00 pagi lagi aku dah terpacak kat sana..huhhh punyala ramai manusia..and memang takde rezeki kitaorang nak dapat tiket yang RM 20 tu..menurut pak cik guard ngan abang polis yang dok jaga kat kaunter tu,pukul 4.00 pagi tiket dah sold out..wahhh salute ngan korang la..pagi buta ni sanggup berbaris beli tiket..sape taknak kan..tiket murah beb..tapi nasib aku agak baik jugak kot sebab dapat tiket yang RM 50 untuk first 1000 customer..tu pun tinggal 70keping je lagi masa turn aku...jadi la kan..harga asal RM 120 and kanak-kanak RM65..dalam pada nak beli tiket tu dok pening gak sebab si angah 90cm++..lebih sikit je..nak kena amik tiket ke tak?so confius..kalau amik cam sayang lak nak terbang RM50 then kalau tak amik kang tak lepas plak nak masuk..terpaksa la nanti amik tiket yang normal price kan..ada boss plak kat kaunter tu..dia cakap kena amik..dalam dok pening kena ke tak ni berapa kali aku dok ukur..duit dah bagi kat kaunter tu dalam RM200 tapi masih confius and last sekali boss tu kasi lepas.. Alhamdulillah

"ok la,as long as u happy sudah la",katanya...

and save duit aku RM 50..hahaha..

 
Tiket RM 50 untuk 1000 pelanggan pertama

pada sapa yang nak pergi nak dapat tiket Sunway Lagoon pada RM 20 tu,korang leh la try 20hb Mac nanti ye..and pastikan korang beratur seawal yang boleh la..

 
Seawal 8.00pagi..kalau ikut aku nak tukar plan je gi tempat lain sebab panjang sangat Q...

 
Posing dulu dalam Mall sambil makan..nasib bawak bekal tapi kena tahan plak kat enterance bekal tu..so aku tinggal je camtu..

 
Ntah apa nama mainan ni..pening woo berpusing-pusing..ni je yang sempat main..

 
Melintasi jambatan gantung...lenguh kaki ni nak sampai..

 
Surf beach...dah penat melintasi jambatan so mandi dulu..

 
puas my hero-hero ni dapat mandi

dah puas mandi kat Surf Beach then ansur-ansur gerak gi waterpark pulak sebab my hero-hero ni nak main gelongsor..si along ngan si angah memang tak reti sejuk..yang si adik dah menggigil..aku yang dewasa ni pun tak tahan sejuk..

 
Little Zimbabwe

 
Si adik dah tak leh tahan dah..kesejukan terramat

 
Best woo dapat main gelongsor..memang tak nak balik hero-hero ni..

dalam kul 12.30tghari gitu kitaorang dah beransur gerak sebab si adik dah beku kesejukan..ingat nak main theme park pula..tapi banyak yang tak leh nak main sebab ada anak-anak ni susah sikit..hubby nak naik tomahawk tapi si adik tak nak lepas..nak jugak ikut ayah so terpaksa cancel and terpaksa balik je sebab angah dah wat hal..kelaparan sudah sebab dah lama sangat berendam dalam air..nak makan situ cam tak sesuai je..huhu..mahal terlampau tu..Aiskrim yang RM1 kat luar pun situ dah RM3..satu tak cukup, dua pun tak cukup..huhhhh aiskrim je dah habis RM15 untuk 5 batang..hohoho (ibu kau kedekut nak)

betul-betul enjoy our holiday yesterday..thanks suami sebab teracun dan kesian kat isterimu..next nak ke mana kita? byeee..

Khamis, 17 Januari 2013

Cuti Hari Minggu | tiket masuk Sunway Lagoon hanya RM20!

yeayyy boss dah umumkan raya cina ni dapat cuti panjang.. seminggu jugak and now aku dah plan dah cuti nanti nak gi mana😆 terlebih excited.. aku yang cuti panjang tapi anak-anak sekolah cuti singkat je.. ingat nak balik kampung tapi dah serik nak menempuh jem macam raya haji tahun lepas..16 jam dalam kereta! takbir raya pun dok atas jalan lagi.. dah naik kematu bontot tau.. sejarah tak mungkin berulang lagi.. lagipun 13hb tu si angah dah sekolah.. tadika cuti 2 hari je yang si along tak tau lagi sebab pihak sekolah belum bagi notis pun kat parents.. kalau direct seminggu tu cuti confirm aku balik kelate..

dalam aku dok sibuk ni meninjau mana nak habiskan cuti, terrrrrrjumpa la ngan satu webpage ni...CUTIMALAYSIA.MY... wooowww dah banyak kali aku google tapi hari ni baru jumpa web yang sangat menarik.. banyak cadangan tempat percutian yang menarik yang mana tuan empunya sendiri ada pengalaman dengan tempat yang diceritakan.. kalau korang nak baca, boleh je klik SINI..


cilok dari web cutimalaysia.com

aku dapat info ni pun kat web cutimalaysia.. Sunway Lagoon bagi diskaun sempena Ulang Tahun Sunway Lagoon yang ke 20! tiket hanya RM 20 sahaja dari harga asal iaitu RM 120.. haha, kau ado? aku pun takde lagi sebenarnya and of course aku akan join beratur kat depan Sunway Lagoon hari Ahad ni.. kenapa hari Ahad? sebab hari cuti lorrr.. lagipun promosi ni hanya sah untuk 20hb sahaja pada setiap bulan.. kalau hari bekerja tak dapat la aku berebut ngan korang😁

rupanya dah lama promosi ni.. bermula pada bulan Oktober 2012 lagi dan sah sehingga Mac 2013.. so masih sempat lagi ni kalau korang nak pergi dan nak dapat harga tiket yang RM20.. banyak tu jimat.. RM100 macam-macam boleh beli tau.. aku yang dok puchong ni kira dekat sangat la dengan Sunway tapi tak pernah masuk pun.. sayang nak buang duit.. kalau aku sorang tak pe la tapi kalau dah masuk takkan aku nak masuk sorang kot.. mesti la ada my hero-hero so kalau dikira kos tu dah berapa kan? baik aku pergi bercuti.. makan-makan.. pada aku lagi berbaloi-baloi.. but depends pada pandanga dan pendapat masing masing✌

promosi ni terhad kepada 1000 pengunjung pertama sahaja dan mesti bawak mykad lorr.. kanak-kanak bawah 90cm pulak free aje..

kalau korang nak tahu lebih lanjut, sila klik SINI.. semuanya jelas dan nyata..

hmmm balik ni nak kena bodek suami la nampaknya.. dia bukan suka sangat kalau nak kena beratur ni.. lagi pulak mesti crowded giler kan sebab jatuh hari ahad.. kalau hari kerja pun dah ramai inikan pulak hari cuti.. apapun aku mesti berusaha.. chaiyokk chaiyokk👏

Random story | hero's yang menghiburkan hati

3 anakanda aku semuanya hero, jadi kesunyian jugak la aku sebab takde geng.. nak nak lagi kalau hari minggu.. semua ikut ayah berjalan, mengekor kemana saja.. gi main badminton, gi memancing dan main basikal.. akhirnya aku sensorang je kat rumah.. ni yang bertambah-tambah keinginan aku nak anak perempuan tapi......hehehe kena stop dulu keinginan tu.. bukan ape, takut tak terjaga plak nanti and kena ikut advice dari doktor.. last pregnancy 2 tahun lepas doktor dah pesan suruh jarakkan kelahiran.. first thing sebab kekurangan HB.. kiranya anemia yang teruk jugak aku..

semalam 2 hero ni nak hiburkan hati ibu.. si Angah yang mulakan.. comel pulak aku tengok angah ni bertudung.. hihi.. then bila aku nak snap gambor je si adik mula la menyibuk.. cepat-cepat capai tudung nak bergambor jugak...

 
melaram ngan tudung ibu

 
adik pun nak join sekaki

 
cakkk
 
 
dah macam mek selamoh ibu tengok 

 
merajuk sebab lambat ambik gambor dier

harapnya sampai ke besar la dapat hiburkan hati ibu dan ayah.. sekadar suka-suka okey je jangan pulak nak tukar apa yang tak boleh ditukar ye.. mintak simpang semua tu.. byeee..


Si Bulus | Kiki, anak bongsu penghibur hati

bulus kesayangan, si Kikiyana Layola nama diberi😊.. kesayangan seisi rumah.. anak paling manja dan bongsu.. anak bulus ke2 kitorang bela.. ...