As-salam (^-^)
Masih takde kekuatan lagi nak menulis sebenarnya... alhamdulillah kluarga sumer selamat dari musibah banjir walaupon kitorang kehilangan harta benda... hampir sumer family aku terlibat... kakak kat tanah merah, nenek kat kuala krai dan machang, mertua kat pulai chondong... yang penting nyawa dorang... tadi baru jer dapat contact kakak yang dah seminggu lost contact... tu pon ayah pegi cari... jumpa dok menumpang lagi kat sekolah... totally all damaged takde apepon yang selamat... menitik gak airmata dengar suara dier sebak... ya Allah, kami redho... kami hanya insan kerdil..
pikirkan diri kita ni susah, malang tapi kat luar sana ada yang lagi susah... ada yang lagi malang... ada yang rumah pon hanyut,hilang bersama arus banjir... yang tinggal hanya tapak... ada yang kehilangan insan tersayang... ya Allah, besar sungguh ujian-MU... Alhamdulillah, kami insan yang terpilih..
yang buatkan aku menitik airmata biler teringatkan anak2 kecil... terpaksa menahan lapar dan dahaga... tadi pon kakak bagitau, selama 7hari dok kat tempat pemindahan, semalam baru bantuan tiba... bayangkan tahap kelaparan dorang camaner... siannya anak buahku 2bradik yang masih kecil..
aku tak salahkan sesiapa pon... ye la, bukan satu or dua tempat yang dilanda musibah banjir... hampir keseluruhan daerah... bukan satu negeri... mustahil takde yang terlepas pandang... mustahil takde yang terkecuali... jangan kita sesuka hati nak menuding jari... bukan dorang tak mencuba..
oke, stop sini jer... makin aku taip makin banyak airmata yang gugur... Insya'allah, lusa nak bertolak balik kampong... bagi bantuan mana yang mampu... bawak balik segala bekalan makanan/alatan/pakaian yang diperlukan... kalo la aku kaya........
UPDATE 2.36pm
UPDATE 2.36pm
keadaan rumah nenek... tempat kami adik beradik membesar... tempat aku dilahirkan ditika musim tengkujuh melanda... tempat jatuh bangun suka duka kami..
roboh dalam sekelip mata... tiada lagi hotel persinggahanku tika balik kampung... tak dapat nak bayangkan kehidupan lepas ni... ya Allah ya tuhanku..
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku share tips/nasihat yang aku dapat melalui grup wasap... Insya'allah moga dapat beri manfaat kepada semua..
" Pengalaman mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005 "
Bila banjir surut, anda masuk rumah dan anda dapati TV, Peti Sejuk , Mesin Basuh , Table Fan, Peralatan Letrik Dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau Laptop berselerak lintang pukang macam sampah.... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.
Ingatlah komponen barangan letrik bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bile terkena air... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pon bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dalam air... so berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.
APA YANG HARUS ANDA BUAT?
1- JANGAN sesekali cuba untuk menghidupkan@test ia masih ok ataupon tidak.
2- Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.
3- Buka BACK COVER atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
JANGAN MEMBERUS, JIKA PERLU GUNA BERUS CAT SAHAJA UNTUK MENYENTAL LUMPUR YANG DEGIL
4- Bila dah cukup bersih, jemur di tengah panas 2-3hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.
5- Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya ianya betul2 kering.
6- Pasangkan balik back cover atau penutup.
7- Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.
" percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV,peti sejuk,mesin basuh,kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga "
YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.
Harap dapat membantu dan memberi manfaat kepada mangsa2 banjir... Insya'allah..