Selasa, 20 November 2012

Selamatkan Palestin...Allahhu akbar



Semalam masuk hari ke-6 serangan tentera Israel laknatullah ke atas warga palestin di Gaza..Anggaran kasar mangsa korban sudah mencecah 96 orang..berita lanjut KLIK SINI..

Perjuangan jihad di jalan Allah masih diteruskan oleh warga palestin walaupun kehilangan ahli keluarga dan orang tersayang..
Allahhu akbar...Allahu akbar...Allahu akbar

Berikut disertakan beberapa keping gambar mangsa serangan yang mendapat simpati masyarakat dunia.

Kediaman mereka dibom..seluruh ahli keluarga terbunuh dan tercedera

Tubuh kecil ini terkorban

Adik Hadil Binti Ahmad Al Abaddad,2tahun yang dibedil oleh tentera israel

Ada antara mereka rentung termasuklah bayi ini

Seorang abang mendukung adiknya selepas ibu bapanya terbunuh

Sedih dan tak dapat dibayangkan keadaan pejuang-pejuang islam disana...hanya doa yang mampu dipanjatkan dari yang Maha Esa..sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepadaNYA jua kita pergi..

Sebagai tanda sokongan kepada rakyat palestin...moh kita boikot barang keluaran israel...kepada yang nak boikot..boikot la dan kepada yang tak nak boikot tu,suka hati hang pa la...ikut la selera dan gerak hati masing-masing...



















Antara produk yang menyumbang kepada kewangan israel...


Seluruh dunia dok boikot barangan israel...tup tup semalam (19/11/12),Mc'Donald menawarkan Chicken Egg McMuffin free untuk breakfast...cer tengok gambar ni...

Sebagai negara islam..ape pandangan anda tentang gambar diatas???
Adakah ini tanda sokongan kepada Israel??

Keadaan di Malaysia amat berbeza berbanding dengan negara barat...dapat makan percuma sebiji burger pun beratur sampai tak cukup jalan...sanggup menunggu seawal jam 7.00pagi..

Mengapa??? 

Ini jawapan aku..hehe
1- Tengah kebuluran dah beberapa hari tak makan
2 - Takde duit nak beli sarapan(maklum je la,dah tengah bulan ni)
3 - Jakun sebab tak pernah makan burger mc'donald


Wassalam

Jumaat, 16 November 2012

Random Pic | Aiskrim time!

Salam💋
ishhh hujan-hujan pun ibu still beli jugak aiskrim...suka benor la bebudak ni..aiskrim ke coklat ke keropok ke memang takde hal punya lah...


 
comel tak saya???

abang-abang makan licin je so takde la nak snap gambar... layan kerenah si kecik ni memang sakit jiwa aku dibuatnya... kalau bab berposing depan kamera, memang dialah no.1...

'nyummm...nyummm', katanya..(senyum la)

 
merajuk aku tak nak amik gambar dia... (gambar blur pon ibu kamu up gak nak)

nyummm..nyummm...'yeayyy berjaya pujuk ibu amik gambar aku'

layankan aje lah... tak menang pun aku kalau nak berlawan ngan dia... lagipun adik kebosanan sebab ayah,along ngan angah dah kuar pi mancing... member kena tinggal😆



Rabu, 14 November 2012

Anakanda | Persembahan Dikir Barat oleh murid 6 Ilmu


Tahniah sayang ibu...persembahan terbaik kelas 6 Ilmu

haha, tak tahu bahasa apa dah keluar... semua murid dah macam cakap bahasa jepun da... berbelit lidah nak nyanyi loghat kelantan... mujur si along boleh jugak sebut sikit-sikit... maklumlah anak jati Kelantan... pelik sikit je la bunyinye😛

Jom Layan 'Ado Sekor Anok Tupa' 
versi anak-anak Tadika Islam Nur Haziq

Ado sekor anok tupa
Atah jula mokte
Kudung ekor perut lapar
Jale cari make (2x)
2X

Kejadie tuhe dipanggil namo tupa
Asanyo dale hute
Sejenis mamalia
2X

Kalu pasal jakit kot dehe
Diolah yang paling panda
Jatuh jare jare
Kerano dio tok soba

Panda-panda tupa melompat
Jatuh tanoh jugok
Nok wi kaba oghe jahat
Jange telajok manggok

Ooo oghe jame dulu
Pakat hambat tupa
Bimbe ko woh kayu
Takut tok de besar
2X

Nyor duriye duku
Kalu de nyo kerik tupa
Pendek tahun tu
Nyo duriye tok de nok jual

Ooo sekak bedir ado
Tupa habih mati
Hok ni la sayo raso
Kito sangak rugi
2X

Kito manusia tinggi mano pun kito ngaji
Nok wak tupa sekor tentu skali nyo tok jadi

Ooo raso siye sungguh
Tengok sekor anok tupa
Kerano telajok kuruh
Sapa tokleh niti pagar
2X

Bulu-bulu pun habih luruh
Air mato bera-bera
Mari dale baruh
Bokali keno racun bakar

Jom layan video ori puloksss dari Halim Yazid....



Anakanda | Along dan konvo TINH!

Salam💋

jom layan gambar sempena majlis ihtifal anak terunaku yang sulung pada ahad lepas.. tak sempat nak snap banyak gambar pun coz ramai sangat orang.. dah konvo pun along.. tahun depan dah masuk sekolah rendah.. cepat je masa berlalu..

  persembahan dikir barat oleh pelajar 6 ilmu.. dibimbing oleh Cikgu Siti

 tajuk dikir barat 'Ado Sekor Anok Tupa'


konvo dah dier, selesai sudah zaman tadika...

tahun depan Angah pulak gantikan tempat Along.. jap lagi kita layan video dikir barat pulak.. ada ke yang nak tengok?😬

Selasa, 6 November 2012

Rezeki Along dapat SRA

Salam💛

tinggal beberapa hari je lagi nak mula cuti sekolah akhir tahun untuk 2012..yang pastinya anak-anak happy dapat holiday.. ibubapa pun aku rasa tak terkecuali jugak kan? memang nantikan saat cuti sekolah ni untuk bercuti bersama keluarga..

kepada semua guru dan murid,aku ucapkan 'SELAMAT BERCUTI DAN ENJOY YE'

dalam dok sibuk nak cuti ni pun ade jugak yang sibuk nak daftarkan persekolahan anak untuk tahun depan... termasuklah aku.. pening jugak la, 1st time anak nak masuk sekolah... tadika dah lepas sekarang nak masuk sekolah rendah plakss...

daftar tahun 1 aku dah buat awal tahun hari tu dan Alhamdulillah dah pun lulus permohonan penempatan tu.. dok tunggu nak daftar Sekolah Agama pula.. tunggu punya tunggu takder pon banner "pendaftaran dibuka".. yang swasta banyak la tapi kosnyer tinggi untuk aku yang marhaen ni..

syukur rezeki memihak pada anakku, semalam ntah macam mana aku paksa ayah dier pergi jugak sekolah agama tu tanya walaupun takder banner mengatakan pendaftaran dibuka dan diberitahu pendaftaran dah lama dah pun dibuka.. hanya 6 tempat sahaja lagi yang tinggal dan Alhamdulillah dapat.......Along lulus semua ujian (siap kena test lagi nak masuk pun)

sekolah ni baru lagi dalam 1-2 tahun camtu.. itu yang pengambilan pelajar sangat terhad.. zaman sekarang ni nak sekolah pun susah nak nak lagi kat bandar ni.. kalau kat kampung takder la sesusah ini.. Apapun,pelajaran tu amat penting okey!

**teringat pulak zaman aku sekolah dulu


Sabtu, 3 November 2012

Kisah Aidiladha | sangkut 16 jam perjalanan!

Salam...

Huhh boring giler kerja hari ni,sunyi dan sepi jer ofis ni...bestnyer kalau dapat goyang kaki kat rumah dan tido...kerja xde pun,dah tak tahu nak buat ape dah ni haa...

nak gi raya ke rumah Tok Bah..penat tak hilang lagi ni..

citer raya haji minggu lepas... ini kali pertama perjalanan balik kampung (kelantan) yang pecah rekod la bagi aku..12 jam,selalu 7 ke 8 jam je,paling lama pun 10 jam... aku bertolak balik malam raya, sebab abg ipar nak tumpang, pagi tu dia keje lagi... bayangkan bertolak kul 9.30malam dan pukul 12.00malam aku masih kat KL lagi... perrgghhh teruk punya jem.. ingat nak cancel dah,raya je kat sini tapi fikir anak-anak ni kesian la pulak... dah berminggu dok bertanya bila nak balik kampung...

memula kitorang ikut plus highway, kot kot kurang sikit jem dari gombak kan.. tup tup trafik memang perlahan.. tgk board kat highway tu hingga ke utara... wahhh takkan nak terus kot.. naya ni...  so suami decide ikut gombak je.. baru je nak masuk karak dah sangkut kat situ... tak bergerak langsung... terpaksa la u-turn dan pilihan terakhir ikut rawang keluar ijok dan ikut laluan gerik... sini pun boleh tahan jugak tapi kereta masih bergerak la...

pukul 6.00pagi kitorang sampai bandar gerik dan berhenti sat solat subuh... dlm hati dah tau mesti tak sempat sampai sebelum sembahyang raya ni... memang tak sempat pun... kul 8.00pagi masih atas jalan raya lagi.. apapun, kami selamat sampai jugak jam 9.30pagi..

kepenatan di pagi raya..

balik kampung memang best tapi perjalanan tu yang buat aku malas nak balik... sangat menyeksakan.
ingatkan henti kat situ je, bila nak balik KL pada hari ahad tu sekali lagi sangkut! giler sesak trafik.. kali ni lama sikit, 16 jam wooo.. bayangkan kul 12.00tghari bertolak dari Kelantan kul 4.00pagi keesokan hari (Isnin) baru sampai puchong.. dah naik kematu dok dalam kereta.. nasib baek la anak-anak aku ni memahami dan tak banyak ragam... thanks a lot sayang-sayang ibu..


16 jam perjalanan...memang tido tak sedar ape dah...

Jumaat, 2 November 2012

Pembekal Peralatan Taska/Tadika/Pra Sekolah milik Bumiputera

Perhatian kepada semua pengusaha atau pemilik tadika,taska,pra sekolah dan tak terkecuali ibubapa....

Sesiapa yang berminat dan sedang mencari alat bantuan mengajar untuk sesi persekolahan tahun depan,anda boleh mendapatkannya disini..


Azama Perkasa Resources Sdn Bhd merupakan syarikat milik bumiputera ..Menjual dan membekal pelbagai jenis alat bantuan mengajar khusus untuk tadika/taska seperti perabot,almari,kerusi,alatan sukan,kelengkapan taman permainan,alatan muzik dan sebagainya.



untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-

Azam Perkasa Resources Sdn Bhd
Handphone No : 0111 9696723 (En.Ahmad Kamal Bin Abu Bakar)
Email : kamalbakar@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/azamperkasaR/
Instagram : https://www.instagram.com/azamperkasa/

Si Bulus | Kiki, anak bongsu penghibur hati

bulus kesayangan, si Kikiyana Layola nama diberi😊.. kesayangan seisi rumah.. anak paling manja dan bongsu.. anak bulus ke2 kitorang bela.. ...