Huhh boring giler kerja hari ni,sunyi dan sepi jer ofis ni...bestnyer kalau dapat goyang kaki kat rumah dan tido...kerja xde pun,dah tak tahu nak buat ape dah ni haa...
nak gi raya ke rumah Tok Bah..penat tak hilang lagi ni..
citer raya haji minggu lepas... ini kali pertama perjalanan balik kampung (kelantan) yang pecah rekod la bagi aku..12 jam,selalu 7 ke 8 jam je,paling lama pun 10 jam... aku bertolak balik malam raya, sebab abg ipar nak tumpang, pagi tu dia keje lagi... bayangkan bertolak kul 9.30malam dan pukul 12.00malam aku masih kat KL lagi... perrgghhh teruk punya jem.. ingat nak cancel dah,raya je kat sini tapi fikir anak-anak ni kesian la pulak... dah berminggu dok bertanya bila nak balik kampung...
memula kitorang ikut plus highway, kot kot kurang sikit jem dari gombak kan.. tup tup trafik memang perlahan.. tgk board kat highway tu hingga ke utara... wahhh takkan nak terus kot.. naya ni... so suami decide ikut gombak je.. baru je nak masuk karak dah sangkut kat situ... tak bergerak langsung... terpaksa la u-turn dan pilihan terakhir ikut rawang keluar ijok dan ikut laluan gerik... sini pun boleh tahan jugak tapi kereta masih bergerak la...
pukul 6.00pagi kitorang sampai bandar gerik dan berhenti sat solat subuh... dlm hati dah tau mesti tak sempat sampai sebelum sembahyang raya ni... memang tak sempat pun... kul 8.00pagi masih atas jalan raya lagi.. apapun, kami selamat sampai jugak jam 9.30pagi..
kepenatan di pagi raya..
balik kampung memang best tapi perjalanan tu yang buat aku malas nak balik... sangat menyeksakan.
ingatkan henti kat situ je, bila nak balik KL pada hari ahad tu sekali lagi sangkut! giler sesak trafik.. kali ni lama sikit, 16 jam wooo.. bayangkan kul 12.00tghari bertolak dari Kelantan kul 4.00pagi keesokan hari (Isnin) baru sampai puchong.. dah naik kematu dok dalam kereta.. nasib baek la anak-anak aku ni memahami dan tak banyak ragam... thanks a lot sayang-sayang ibu..
16 jam perjalanan...memang tido tak sedar ape dah...
1 ulasan:
tak pe yg penting selamat sampai :)
Catat Ulasan