PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk
Shaharuddin Ibrahim mati ditembak dipercayai oleh dua lelaki
bermotosikal sewaktu beliau dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya,
pagi tadi.
Pegawai ketiga tertinggi dalam Kastam yang
mengetuai Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri itu dipercayai diekori
oleh dua suspek yang menaiki motosikal lebih kurang pukul 8 pagi di
Lebuh Wawasan dari arah Dengkil.
Shaharuddin, 58, rebah di bahu
pemandunya selepas suspek berkenaan dipercayai melepaskan tiga das
tembakan ke arahnya di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa.
Allahyarham telah berkhidmat sebagai pegawai kastam selama 30 tahun.
Polis memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran Ibu Pejabat Polis Putrajaya untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pemeriksaan forensik di lokasi menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.
Menurut polis, suspek dipercayai menggunakan pistol jenis automatik dan dua das tembakan mengenai leher mangsa.
Difahamkan Shaharudin disahkan meninggal dunia kira-kira satu jam
selepas digegaskan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya. Jenazah
kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang mengesahkan kejadian berkata, polis sedang menyiasat motif serangan.
Sementara itu, pihak kastam menyerahkan siasatan kepada polis dan enggan mebuat sebarang spekulasi.
"Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat dan kita tidak ada apa-apa
prasangka atau buat apa-apa andaian pada masa ini. Allahyarham merupakan
seorang yang berintegriti, tegas," kata Penolong Kanan Pengarah Kastam I
Cawangan Perhubungan Awam Aidid Tajuddin.
Sumber : Astro Awani
4 ulasan:
hasihh macam2 sekarang ni, asal tak puas hati je, tembak je, takde bincang2 dah...berani betul penjenayah2 ni...
tu la kat opis tadi dah kecoh2 dah...tau2 dah meninggal dah...al fatihah
teruknya!! sampai mcmtu sekali.
ni mesti ada kaitan dgn khianat dan dengki ni.
xtau la kan, hrp pihak polis cepat2 buat siasatan selanjutnya
Innalilllah......
Catat Ulasan