Selasa, 21 Mei 2013

Karnival Belia Negara 2013, Putrajaya

Salam (^-^)

Hoooyehhhh weekend ni cuti panjang memandangkan jumaat ni public holiday sempena wesak... so ada perancangan sudah??? aku sure ramai yang sambung cuti ni, ye lah kena pulok cuti sekolah kan... nak bercuti sakan la... aku je yang in between lagi... kalo mood boss okey, dapat 3 hari direct holiday, kalo tak maknanya sabtu kena keje... rasa malas kang aku MC... ahahaha


Pada yang dah ada planning, bagus dan syabas aku ucapkan... kehkehkeh... yang blom ade then tak tau nak pi mana boleh la ke Putrajaya sempena 'Karnival Belia Negara 2013'... banyak woo aktiviti menarik yang disediakan... before ni aku tak pernah pi pon, tak larat nak bersesak ngan orang ramai... tambah pulok ngan cuaca skang yang panas membahang ni kan tapi kali ni rasa cam nak pi je..

Ok... for info, Karnival ni berlansung selama 4 hari bermula 23 Mei hingga 26 Mei bertempat di Persiaran Perdana,Presint 2 Putrajaya... haa lama tuuuu... tak dapat pi hari pertama, pi la hari kedua... tak dapat pi hari kedua, pi la hari ketiga okey... pi sampai lobam pon takpo janji enjoy... pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan untuk para belia, antaranya

* Aktiviti Lasak (Adventure World Expo)
banyak aktiviti yang korang boleh join... nak yang laut boleh, darat boleh, udara pon boleh
antara yang ada seperti memanah, scuba diving, sukan rally, memancing, paintball, motor cross, rock climbing dan banyak lagi la... senang citer pi terjah sendiri... pilih yang mana suka..

* Majlis IjabKabul Mega
yang ni sesuai untuk belia yang nak mendirikan rumahtangga... yang dah selamat berdiri dah rumahtangga tu jangan dok gatal-gatal nak join... pompuan aku percaya la kompem tak join, yang laki ni susah skit... 
majlis ni akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin..


* Pesta Bunga Api
diadakan 2 malam berturut-turut iaitu pada 25 dan 26 Mei

Banyak lagi aktiviti sebenarnya tapi ni je info yang dapat aku share takat ni... yang pasti ada la konsert kot dari retis2 mesia nanti... 

Kesimpulannya, dapatla penuhkan weekend ngan aktiviti ni kiranya lom ada perancangan baekkk punyer cam aku ni... pi la serbu putrajaya, bawak sekampung pon boleh... see u there :p

Wassalam... peace yoo !!!

15 ulasan:

suwara entertainment berkata...

ikutkan, kitorg ada show angklung group kat karnival ni. tapi terpaksa cancelled last min. pastu yg Majlis Ijabkabul Mega tu pun, kalau tak, saya join utk makeup kan pengantin. tapi terpaksa tarik diri sebab ada job kt seremban.

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

salam K.Zee
hehe..bagusnye perancangan menghabiskan coti..
ermm..cma tak terfikir lg nk kemana....
menarik jgk ni :)

syawalsimpsons berkata...

bila nak G ni, asal ada, tak sempat nak G

Fiza Rahman berkata...

Memang byk aktiviti weekend ni kat Putrajaya. Jom heboh pon minggu ni kan.

Unknown berkata...

zura pon malas bab nak bersesak tuh..
sian kat anak2 kan~

Masya berkata...

ala.. hujung minggu ni bz.. fiesta buku selangor pun mula minggu ni kat shah alam..

lieyalatif berkata...

Wahhh info yg bagus zee...lieya org putrjy pun x amik port heheheeheh....lieya malas nak gi tempat crawded nih...tp bunga api tu lieya nak sgt tgk heheheheh....dulu dari balkoni umah dah boleh tgk...skrang kene gi lepak laa kat mane2...nampak dari jauh pun jd laaaa...

Kakzakie Purvit berkata...

Zee macam kakak cuti tersepit tengah sebab sabtu half-day. Kalau ikut hati memang nak terus sambung aje kan..
Anak-anak kakak petang ini semua pun dan balik - meraihlah sikit.

Konsert macam tu kakak dah kuranglah Zee mungkin sebab dah tua..

mrs kayrul berkata...

macam best nie...ada jugak aktiviti hujung minggu nie

Nick Nashram berkata...

majlis ijab kabul mega cam best je. kahwin ramai-ramai :)

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

salam K.Zee..
singgah diptg hati..dah mamam ke?

Nik berkata...

mcm best jea. tapi fikir panas sgt. kena sedia payung ni.tak pun pi ptg jea.hehe

lynmunir berkata...

Tengok acara pun dah best. Tak apa, nanti kongsikan lagi lebih lanjut tentang karnival tu di sini :-)

nadia farahida berkata...

ruginyaaaa nadia tak pegiiiiii

QasehnyaRania berkata...

tak pergi pon

Si Bulus | Kiki, anak bongsu penghibur hati

bulus kesayangan, si Kikiyana Layola nama diberi😊.. kesayangan seisi rumah.. anak paling manja dan bongsu.. anak bulus ke2 kitorang bela.. ...