As-Salam (^-^)
Tadi terbaca kat portal murai...
KUALA LUMPUR, 1 OK 2013: Bintang komedi popular, Yus Jambu yang masih kekal dalam program Super Spontan 2 menerusi kumpulan Ketam Konfius menafikan bahawa wanita bertudung yang ada dalam gambar itu adalah bakal isterinya.
Sebaliknya, Yus atau lebih mesra disapa Pak Yus memberitahu tidak kenal wanita yang gambarnya tersebar luas di internet bersama dirinya itu.
"Gambar itu sudah lama. Saya tidak kenal pun siapa dia? Bakal isteri saya seorang model. Dia tidak bertudung.
"Saya sebolehnya nak kenalkan bakal isteri saya itu pada peminat. Namun, demi menghormati keputusan dia dan keluarga, saya masih terpaksa merahsiakan wajah dan identiti sebenarnya.
"Bila tiba masa nanti, baru saya akan kenalkan dan kongsi gambar dia," katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, Yus berkongsi bahawa hubungan mereka sebagai kekasih bakal diakhiri ke jinjang pelamin penghujung tahun depan.
"Insya-Allah, saya dan dia akan bernikah hujung tahun 2014. Kami tidak akan bertunang. Kami akan terus bernikah saja.
"Lagi pun usia saya sudah berapa...Doakanlah jodoh kami panjang," ujarnya.
Hubungan Yus dan kekasihnya mula dikesan pihak media selepas final Maharajalawak 2012 yang menempatkan kumpulan Jambu yang dianggotainya bersama Tauke sebagai naib juara.
Selepas itu, ramai mencari siapakah gerangan wanita yang berjaya memikat hati Yus itu sehingga timbul pelbagai cerita kurang enak terhadap pasangan ini.
Bukan ke ni Nurul owner blog Siezuka ??? Adoiiii, sape la yang suka buat cerita ni... kesian nurul tau..
Psst : Rindu plak kat nurul ni... rasa cam dah lama sangat dier tak update blog... to nurul, sorry erkkk akak share kat sini... memula tengok tadi dah terkejut..
11 ulasan:
gegegege.. x pasal jer di salah anggap...
owh yus dh nak kawen..dgn model....???...
Glemer jgk yus ni eh..
eh haah lah ni kak nurul sizuka...hehehe...
tak kenallll.. bagus lah Zee nih.. boleh cam kawan blogger eh~
bagus sangat~
Salam akak.. Itulah terkejut gak bila budak office bgtau Nurul hal ni...
Diorang curi gambar dekat entry ni.. http://www.siezuka.com/2012/05/anugerah-astro-arena-2012.html..
Kesian.. Nakkan trafik tinggi sanggup curi gambar macam tu.. Macam2 hal dunia blogger sekarang..
Yus makin lama makin popular..Suka dia kat rancangan Super Spontan.
laaaaaaaaaaaaaaa mcm ni pun leh jadi ke...kesihan plak kat mangse tuh...aduhai....
isyh.. isyh... tak patut.. tak patut... tak kena mengena kot..
patutler Yus sekarangni makin kurus nak nampak sepadan ngan model gitu...
ohhh...ingatkan nurul ni awek Yus.. rupanya blogger... kan dah tergosip...
da termasuk gossip retis..
Catat Ulasan