Selasa, 23 Oktober 2012

Biskut Raya | Resepi Biskut Cornflakes Ranggup (Crunchy)

Salam...

hari ni aku nak kongsi resepi pulak.. biskut raya sempena Aidiladha ni.. nak bawak balik kampung😀.. resepi ni aku dapat dari blog KakYatie Memories....simple je biskut ni tau tapi yang penting sedap dan anak-anak suka.. nak resepi asal sila klik DISINI.. jommm layan..

Sumber Resepi Asal : Kak Yatiememories
Olahan : auntummawar


    

Bahan-bahan :-

250 gm cornflakes (diramas sedikit)
250 gm mentega
2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula icing (aku guna gula kastor)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
Biji bijan putih (aku tambah)**
Ceri merah dan hijau (sebagai hiasan)
Paper cup secukupnya

siap! menanti untuk dibakar.....

Cara Membuatnya :-

- Masukkan mentega dan gula kedalam bekas dan pukul hingga sebati.
- Masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati dan kemudian masukkan esen vanila
- Masukkan tepung dan cornflakes yang diramas sedikit demi sedikit dan kacau dengan menggunakan spatula
- Susun adunan kedalam paper cup 
- Tabur biji bijan putih dan hiaskan dengan ceri
- Bakar dalam oven yang dah dipanaskan selama 20 minit pada suhu 170C (aku guna 150C sahaja)


Selamat Mencuba u'olls.. byeee..

Sabtu, 20 Oktober 2012

JJCM | Satay Willy sedap pada aku

Salam....

dah beberapa hari tak update blog ni, rindu la pulak..tak sabar nak tengok perlawanan akhir Piala Malaysia malam ni diantara ATM dan Kelantan...along dah bising dari semalam lagi..cikgu kat tadika yang suruh tengok katanya..

"Ibu,esok lepas ayah gi stadium pasang tv 801 tau,nak tengok ATM dengan Kelantan"

"Tengokla along", aku menjawap

"Ala..ibu ni..cikgu suruh tengok",dia membalas

Haha...tak tau la plak cikgu dia tu sokong pasukan mana..nak kena selidik ni...

petang semalam hujan lebat sampai ke malam..oleh sebab hari ni cuti,bawa la hero bertiga jalan-jalan cari makan...dok terperap kat rumah pun boring jugak..decide nak cari "WILLY SATAY" kat Ramal Junction Food Court...

fuhhh...bersusun kete nak kena berbaris panjang wooo dah la hujan...sib baek aku nampak stall satay willy ni kat depan kedai mamak.. sebelah kedai je pun.. takyah la aku join beratur kat foodcourt.. apa lagi, aku gi kedai mamak je, masa tu orang pun tak ramai lagi kat situ (nasib kami agak baik)

sementara tunggu satay boleh layan roti canai dulu..hihi


 
  posing sementara satay belum sampai...

pernah kawan aku rekomen makan kat Willy Satay ni, tapi aku wat dek je sebab takot.. huhu.. tu la namanya 'Willy', aku ingat tokey satay ni cina...hahaha aku conpius... tu la, lain kali jangan jugde melalui nama je tau. ni aku sampai sini sebabkan penangan JJCM hari ahad lepas... aku tengok Iqram Dinzly tu makan satay willy ni cam sedap giler... perrrgghhh tak tahan perot aku..

akhirnya, terpengaruh juga..

  amik kambing dan ayam

  sibuk je si kecik ni... tak makan pon dier...

  lontong... memang sedap... lembut je

memang sedap dan teksturnya sangat lembut..ber jus lagi...sorry to say ye, aku rasa lebih sedap dari satay kajang (pada tekak aku la)... harga pun murah RM 0.70/cucuk... ada tiga jenis pilihan iaitu ayam/daging/kambing... isinya besar-besar beb... aku beli pasar malam pun RM 0.60/cucuk... kurus je isi ayam atau daging tu, pastu siap de lemak lagi tapi Willy satay ni takde lemak tau... memang berbaloi cuba kat sini..

lontong tu pulak aku rasa lemak dan sedap... tak silap aku campuran beras biasa ngan beras pulut kot..sebab nak kata pulut pun tak, nak kata ketupat nasi pun tak... bau wangi sebab dia balut ngan daun pisang...

ini bukan nak promote or aku dapat komisyen ke ape ye... saja share something ngan teman-teman yang sudi follow blog yang tak seberapa ni...

sapa yang nak cuba satay willy ni leh la cuba ye...tepi highway jer atau korang search/waze Sungai Ramal Junction Food , Kajang... pasti jumpa... byeee..

Selasa, 16 Oktober 2012

Prihatin : Penderitaan Azean Irdawaty belum reda..

Salam....

Mulakan hari dengan senyuman.......

Pernah kita dikejutkan pada tahun 2007 dengan berita biduanita negara,Azean Irdawaty menderita kanser payudara..selepas menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi,keadaan Azean dikatakan bertambah baik 

Ketika sambutan hari lahir yang ke-62 pada Februari lepas,Azean telah meminta 'present' harijadinya agar dapat menunaikan solat hajat dan mendoakan beliau sembuh.Menurut Azean,sakit tulang belakang yang dialaminya bertambah teruk ,kaki kebas dan rasa panas membara macam api dalam daging.

Namun penderitaan Azean tidak berakhir disitu,semalam dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang mana aku sempat tengok sekejap,sel-sel kanser telah merebak ke saraf otak dan doktor dapat mengesan ada ketumbuhan baru di saraf kepala Azean.

MHI - 15/10/2012

Buat masa sekarang,Azean menerima rawatan di hospital pakar beacon dan memerlukan kos rawatan sebanyak RM 65,000.00

Kepada sesiapa yang ingin membantu,sumbangan boleh dihulurkan ke akaun berikut
Nama : Azean Irdawaty Yusoef
Akaun No : 16240100009490 (RHB)

Sama-samalah kita doakan agar beliau sembuh seperti sediakala.Amin

Isnin, 15 Oktober 2012

Doakan Adik Adam Syukri...

Salam...

Masih ingat penderitaan Adik Adam Syukri??

Penderitaan adik Adam mendapat perhatian seluruh rakyat malaysia..Aku selalu follow kisah adik Adam kat FB.

Ada berita sedih mengenai adik Adam Syukri,tengah siap nak datang kerja tadi sempat tengok Malaysia Hari Ini (MHI) dan dikhabarkan adik Adam sekarang berada di ICU,di salah sebuah hopital di sibu dan dijangka akan diterbangkan ke Kuala Lumpur pada hari esok (16/10/2012)

Mohon jasa baik semua rakan-rakan tak kira siapapun agar dapat mendoakan adik Adam agar segera sembuh dan dapat menjalani hidup seperti kanak-kanak yang lain.

08/10/10 - dari FB Adik Adam....

Walaupun tak dapat membantu dari segi wang ringgit atau kebendaan,doa semua rakyat malaysia amat diperlukan buat masa sekarang ini.

Diharap semoga ibubapa dan seluruh keluarga adik Adam tabah mengharungi ujian ini.Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.

Wassalam...

Selasa, 9 Oktober 2012

Penganalisis Jenayah Kamal Affandi Hashim memerlukan bantuan....


"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond, die another day," ujar Kamal Affandi Hashim.

Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam.

Lihat wajahnya semalam ...


Mengenali Kamal buat sekian lama, saya yakin beliau amat tidak sihat tetapi sedaya upaya cuba menampilkan keceriaan di sepanjang sesi berlangsung.

Seperti diketahui ramai, Kamal disahkan oleh doktor pakar mengidap penyakit AVM, lebihan urat di kepalanya kini mengganggu koordinasi tangan kanan dan beliau terpaksa menanggung pening kepala tahap kritikal. 

Beliau sepatutnya menjalani pembedahan di hospital hari ini namun terpaksa ditangguhkan ke tarikh belum pasti akibat syarikat insuran dilaporkan tidak menanggung kos pembedahan masalahcongenital.

Sebentar tadi, Kamal memaklumkan saya, ramai individu telah menghulurkan sumbangan ikhlas kepadanya.

Jumlah wang terkumpul kini, RM2,430.


Untuk menjalani pembedahan dalam kadar segera, Kamal memerlukan kira-kira RM38,000 lagi.

"Esok saya kena bekerja sekejap untuk menambah dana terkumpul. Kalau kejadian buruk berlaku, sedekahkan sahaja sumbangan disalurkan, kepada mereka memerlukan," pesannya. 

"Don't die on me! And don't you ever say that again," balas saya.

Saya benci, apabila sahabat berkata begitu biarpun jika Kamal menganggap itu cuma satu gurauan.

" ... but kalau sudah ketentuanNya, I would go in peace knowing I have had a friend like you," celahnya. 

Sahabat saya Razali Harun kemudian berkongsi antara kisah berlaku semalam.

"Selepas tamat sesi CakapDotCom, dia (Kamal) meminta peserta, Amelia Shafer merekodkan lagu dinyanyikannya secara langsung menggunakan kamera telefon bimbit. Kalau Allah menjemput ku, nanti mainkan lagu ini. Dia menyanyi bersungguh-sungguh, lengkap dengan gaya sekali," kongsi Razali.

Mengenali sifat gemar berjenaka Kamal, saya tidak berasa hairan dengan tindakannya itu. Namun saya terpaksa menerima hakikat akan derita ditanggungnya.

Saya muatnaikkan lagu asli dinyanyikan oleh sahabat saya itu biarpun suaranya tidak selunak suara penyanyi asal lagu terbabit.


Selama ini Kamal tanpa jemu berkongsi pelbagai panduan mencegah kes jenayah bersama ramai audien di seluruh negara termasuk pekerja syarikat korporat, kakitangan kerajaan, ahli parti politik dan masyarakat. 

... panduan berkebarangkalian mampu menyelamatkan banyak nyawa.

Bilangan penduduk Malaysia kini lebih 28 juta orang.  

Jika saya mengandaikan jumlah itu lebih kecil, 38,000 dan setiap daripada kita menyumbang RM1, Kamal bakal berpeluang dibedah dalam tempoh terdekat. 

Izinkan Kamal terus berceramah untuk memastikan masyarakat kita berada dalam keadaan lebih selamat.

Pembaca budiman ...

Sila sebarkan kandungan entri ini secepat mungkin, semoga misi ini berjaya dilaksanakan.

Akaun Kamal Affandi Hashim, Public Bank 4007 85 2927 dan dalam keadaan terkini beliau tidak mempunyai masa untuk membuka akaun di bank lain. Melalui pengalaman terdahulu, Maybank  menyekat akaun sekiranya lebih 20 transaksi berlaku dalam tempoh 24 jam.

Mewakili Kamal, saya mengucapkan terima kasih kepada semua sudi membantu.

Salam.


Sumber : www.mazidulakmal.com
Untuk keterangan lebih lanjut,sila klik SINI

Sabtu, 6 Oktober 2012

Piala Malaysia 2012...Go TRW Go...

Salam...

Wah tak sabar nak saksikan perlawanan malam ni antara Kelantan dan Selangor..Agak-agaknya pasukan mana yang menang untuk pusingan ini.Kalau pendapat aku,tentulah pasukan tanah tumpah darahku..haha..

tadaa....semangat ni...

Malam tadi separuh akhir pertama ATM menetang Lions XII...

"Ayah,dah masuk 1 gol la.."kata Along

Semangat benar dia tengok bola..ayah dia diam je..bkn pasukan kegemaran..hihi
Akhirnya terikat 1-1..ATM masih ada kelebihan untuk separuh akhir kedua nanti.

Ehhh,sebenarnya bukan aku minat sangat ngan bola ni..tapi setiap kali Kelantan masuk semi final ngan final je..excited plak aku ni..semangat semacam je...takpe la,support skit tak salah kan??

Malam ni  Stadium Sultan Muhammad IV akan menerima kunjungan sang gergasi merah..Kelebihan nampaknya berpihak kepada Kelantan la,bermain ditempat sendiri kan..Harap takde la penyokong fanatik akan buat onar kali ni ye..huhu..ngeri tau

Pernah la de pengalaman tapi bukan aku yang kena biras aku.Final pasukan Kelantan lawan Negeri Sembilan kat Bukit Jalil (tak silap Piala Malaysia 2010)..Fuhh kan jadi isu tu,penyokong fanatik TRW gaduh nagn penyokong Hoben Jang Hoben..masa tu biras aku tu tengah pregnant anak sulung..nak jugak ikut hubby gi tengok bola..kena gak la baling ngan botol air mineral tu..Fobia sampai sekarang..huhu

My hubby plak,nasib baik pergi stadium naik motor,kalu kereta naya jugak la..Mana tak nye penyokong kelantan tapi plat kete negeri sembilan..masa tu kete pun dorang calar jugak,tayar pancit la..kalau la naik kete masa tu rasanya melayang la $$$ nak kena repair plak.

Jangan lupa saksikan perlawanan malam ni tau..

Ramalan anda????


Jumaat, 5 Oktober 2012

Rezeki | pepagi dah dapat hadiah?

Salam...

Tetiba pagi ni dapat hadiah dari boss...setiap orang dapat..aku dok belek jugak,ape ke benda ni??
Tuuu diaaa personal alarm rupanya..




Aku rasa,elok la ada benda alah ni terutamanya kaum wanita kan..tuk protect diri sendiri in case ada kecemasan cam kena ragut ke,sesak nafas ke kat tempat yang agak jauh dari orang atau apa saja la..Cepat sikit  bantuan sampai.

Ringan je alarm ni..nak guna cuma tarik je rantai yang kat bawah tu dah akan berbunyilah..lebih kurang cam wisel la tapi kuat sikit bunyinya.Boleh buat keychain ni..gantung kat handbag pun boleh.


Aku punya yang mana???ce teka?? hehe..apapun thank you boss...tak terpikir pun nak cari benda ni.

Wassalam....

Khamis, 4 Oktober 2012

Pray for Ahmad ADAM Syukri

Alhamdulillah....masih lagi bernafas di bumi Allah.Pagi tadi lepas hantar Along pergi tadika,singgah jap kat kedai mamak beli sarapan.Tengah dok tunggu tu,tgk jap Malaysia Hari Ini (MHI),bicara mengenai adik Ahmad Adam Syukri.

Tak semena-mena rasa sayu,sebak dan sedih.Yelah,budak sekecil Adam dah menerima dugaan besar dalam hidup.Kalau aku,wallahuallam....

Selalu jugak aku ikuti perkembangan Adam kat FB.Apa yang aku tahu,Adam dilahirkan pada 4 Mac 2012 yang lalu di Hospital Sibu dan telah disahkan mengidap kerosakan saraf dan otak.Ya Allah,berat betul dugaanMu untuk keluarga ini.Adam terpaksa bergantung pada mesin sokongan hayat.

Kedua-dua mata Adam juga tercedera dan air liur di dalam rongga hidung disedut dengan mesin khas.Bayangkan,setiap kali tiub dimasukkan,kesakitan yang tak terkata.Aku yang dewasa ni pun tak sanggup rasanya.

Aku pun seorang ibu,pedih sangat rasa hati tengok keadaan Adam...Moga keluarga ini dilimpahi rahmat dan sentiasa dilindungi oleh-NYA.

Kepada teman-teman yang membaca blog ini,sudilah kiranya membantu sekadar yang termampu.

Nama : Ahmad Adam Syukri
Nama Ibu : Noraisyah Md Malena
Tel : 013-3439702
Akaun No : 02040007292201 (CIMB)



Wassalam.........



Rabu, 3 Oktober 2012

Anakanda | comot


Salam..

akhirnya dapat juga dier makan kek besday...walaupun hanya cupcake...bukan x nak beli tapi nanti membazir...makan sikit je pun...

 
 menikmati kek besday saiya..nyummm nyummm
 
 
Happy Besday Muhammad Aniq Mikail...Semoga dilindungi olehNYA...Amin 
😍😘

Selasa, 2 Oktober 2012

Birthday | Aniq Mikail turns 2

Alhamdudillah....syukur Ya Allah..

genap 2 tahun umur putera ke-3 ku pada hari ini.Happy Birthday My Dear...harapnya agar sentiasa sihat dan dlindungi olehNYA,menjadi anak yang soleh dan berguna kepada bangsa dan negara...AMIN

semalam dah celebrate besday dia kat Pizza Hut..tp bukan nak makan sangat pun...yang penting dapat jalan-jalan dan main..abang-abang plak yang lebih.

Besday boy...eksen je lebih tapi tak makan pun.

ehhh..dia plak yang lebih..memang favourite Along spaghetti ni..

pakngah yang nakal..

sebelum tu bawak pi beli hadiah dulu..sorang punya besday, sume dapat hadiah...haihhh..kena stanby duit la ibu ngan ayah ni..so, dapatla sorang satu Kereta Control tapi lupa lak nak bergambar..byeee..


Isnin, 1 Oktober 2012

Udang Lipan aka Udang Ketak

Morning uollsss.......Salam

Monday blues...hehe...bagi sesiapa yang bekerja pasti la rasa monday blues ni..dah cuti 2 hari kan mood kerja pun hilang tiba jumaat je dah x sabar nak cuti pulak...hadoiii..Apapun kehidupan mesti diteruskan,tak kisah la apa pekerjaan yang kita lakukan.Walau dok rumah sekalipun.bukannya dok goyang kaki semata-mata...

Malam sabtu aritu,aku ada la pergi NSK kat Kuchai Lama...shopping barang dapur la katakan...huhhh punya ramai orang..ni kali ke-3 aku datang sini..Best tau,de banyak pilihan terutama barang basah la..Lauk dan sayur..Dok tengah pilih lauk tu ternampak la udang lipan.Pernah la tengok udang ni tapi tak pernah makan apatah lagi nak masak..huhu..Tanya my hubby,dia nak plak try...hadoiii..kena beli jgk la..masa tu abang myammar tu dok tengah nak longgok...sepinggan RM 5 jer...murah tu...banyak plak...Kalau normal price tu RM 7.50/kg.Pe lagi,aku amik la sepinggan.

So semalam dok pikir la nak masak menu apa dengan udang ni...pk punya pk last sekali aku masak lemak cili api..First time rasa,my hubby kata sedap...Perghh isinya memang manis gilerrr..cam ketam pun ada jugak..sedap dari udang biasa la...tapi kalau nak makan kena hati-hati la sebab kulit tepi dia tajam..lebih baik masa cuci tu buang sekali kulit tajam tu,kalau tak memang naya la...

Tadaaaa....

Memang sedap ni...dah cuba sekali rasa nak lagi...3 hero aku kat rumah ni pun suka...

"Ibu,nanti masak lagi tau udang ni",kata Along....

Nampak gayanya kena la masak lagi lepas ni...

dan ini hidangan sampingan...sayur sawi masak ikan masin...


Untuk pengetahuan semua,udang lipan boleh mengubati penyakit lelah..ni aku baca dalam blog www.myukhuwwah.com...

Wassalam....

Si Bulus | Kiki, anak bongsu penghibur hati

bulus kesayangan, si Kikiyana Layola nama diberi😊.. kesayangan seisi rumah.. anak paling manja dan bongsu.. anak bulus ke2 kitorang bela.. ...