Mulakan hari dengan senyuman.......
Pernah kita dikejutkan pada tahun 2007 dengan berita biduanita negara,Azean Irdawaty menderita kanser payudara..selepas menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi,keadaan Azean dikatakan bertambah baik
Ketika sambutan hari lahir yang ke-62 pada Februari lepas,Azean telah meminta 'present' harijadinya agar dapat menunaikan solat hajat dan mendoakan beliau sembuh.Menurut Azean,sakit tulang belakang yang dialaminya bertambah teruk ,kaki kebas dan rasa panas membara macam api dalam daging.
Namun penderitaan Azean tidak berakhir disitu,semalam dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang mana aku sempat tengok sekejap,sel-sel kanser telah merebak ke saraf otak dan doktor dapat mengesan ada ketumbuhan baru di saraf kepala Azean.
MHI - 15/10/2012
Buat masa sekarang,Azean menerima rawatan di hospital pakar beacon dan memerlukan kos rawatan sebanyak RM 65,000.00
Kepada sesiapa yang ingin membantu,sumbangan boleh dihulurkan ke akaun berikut
Nama : Azean Irdawaty Yusoef
Akaun No : 16240100009490 (RHB)
Sama-samalah kita doakan agar beliau sembuh seperti sediakala.Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan