hari ni aku nak kongsi resepi pulak.. biskut raya sempena Aidiladha ni.. nak bawak balik kampung😀.. resepi ni aku dapat dari blog KakYatie Memories....simple je biskut ni tau tapi yang penting sedap dan anak-anak suka.. nak resepi asal sila klik DISINI.. jommm layan..
Sumber Resepi Asal : Kak Yatiememories
Olahan : auntummawar
Bahan-bahan :-
250 gm cornflakes (diramas sedikit)
250 gm mentega
2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula icing (aku guna gula kastor)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
Biji bijan putih (aku tambah)**
Ceri merah dan hijau (sebagai hiasan)
Paper cup secukupnya
siap! menanti untuk dibakar.....
Cara Membuatnya :-
- Masukkan mentega dan gula kedalam bekas dan pukul hingga sebati.
- Masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati dan kemudian masukkan esen vanila
- Masukkan tepung dan cornflakes yang diramas sedikit demi sedikit dan kacau dengan menggunakan spatula
- Susun adunan kedalam paper cup
- Tabur biji bijan putih dan hiaskan dengan ceri
- Bakar dalam oven yang dah dipanaskan selama 20 minit pada suhu 170C (aku guna 150C sahaja)
Selamat Mencuba u'olls.. byeee..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan