dah beberapa hari tak update blog ni, rindu la pulak..tak sabar nak tengok perlawanan akhir Piala Malaysia malam ni diantara ATM dan Kelantan...along dah bising dari semalam lagi..cikgu kat tadika yang suruh tengok katanya..
"Ibu,esok lepas ayah gi stadium pasang tv 801 tau,nak tengok ATM dengan Kelantan"
"Tengokla along", aku menjawap
"Ala..ibu ni..cikgu suruh tengok",dia membalas
Haha...tak tau la plak cikgu dia tu sokong pasukan mana..nak kena selidik ni...
petang semalam hujan lebat sampai ke malam..oleh sebab hari ni cuti,bawa la hero bertiga jalan-jalan cari makan...dok terperap kat rumah pun boring jugak..decide nak cari "WILLY SATAY" kat Ramal Junction Food Court...
fuhhh...bersusun kete nak kena berbaris panjang wooo dah la hujan...sib baek aku nampak stall satay willy ni kat depan kedai mamak.. sebelah kedai je pun.. takyah la aku join beratur kat foodcourt.. apa lagi, aku gi kedai mamak je, masa tu orang pun tak ramai lagi kat situ (nasib kami agak baik)
sementara tunggu satay boleh layan roti canai dulu..hihi
posing sementara satay belum sampai...
pernah kawan aku rekomen makan kat Willy Satay ni, tapi aku wat dek je sebab takot.. huhu.. tu la namanya 'Willy', aku ingat tokey satay ni cina...hahaha aku conpius... tu la, lain kali jangan jugde melalui nama je tau. ni aku sampai sini sebabkan penangan JJCM hari ahad lepas... aku tengok Iqram Dinzly tu makan satay willy ni cam sedap giler... perrrgghhh tak tahan perot aku..
akhirnya, terpengaruh juga..
amik kambing dan ayam
sibuk je si kecik ni... tak makan pon dier...
lontong... memang sedap... lembut je
memang sedap dan teksturnya sangat lembut..ber jus lagi...sorry to say ye, aku rasa lebih sedap dari satay kajang (pada tekak aku la)... harga pun murah RM 0.70/cucuk... ada tiga jenis pilihan iaitu ayam/daging/kambing... isinya besar-besar beb... aku beli pasar malam pun RM 0.60/cucuk... kurus je isi ayam atau daging tu, pastu siap de lemak lagi tapi Willy satay ni takde lemak tau... memang berbaloi cuba kat sini..
lontong tu pulak aku rasa lemak dan sedap... tak silap aku campuran beras biasa ngan beras pulut kot..sebab nak kata pulut pun tak, nak kata ketupat nasi pun tak... bau wangi sebab dia balut ngan daun pisang...
ini bukan nak promote or aku dapat komisyen ke ape ye... saja share something ngan teman-teman yang sudi follow blog yang tak seberapa ni...
sapa yang nak cuba satay willy ni leh la cuba ye...tepi highway jer atau korang search/waze Sungai Ramal Junction Food , Kajang... pasti jumpa... byeee..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan