Khamis, 6 Februari 2025

Birthday | Celebrate Sulung dan Bongsu sekaligus

 28.12.2017-28.12.2024..

7tahun dah anak bongsu ibu.. lahir hujung tahun ni memang sentiasa muda setahun dari rakan sebaya #gengibu

sebelum birthday dah dapat hadiah "disunatkan"😁

kalini si abangnya cuti sem jadi kita celebrate dedua sekaligus.. si along sambut birthday yang ke-19 pada 05.01.2025... Alhamdulillah

haritu jugak si ayah cuti khas ya sempena birthday si bongsu.. dier dah pesan dari awal tahun, time birthday dier nanti, ibu dengan ayah kena amik cuti.. maklumlah ibu ayah sabtu pon kerja! kemain happyla budak seketul tu..

disebabkan ibu keje halfday jer sabtu makanya ibu tak amik cuti tapiiii ibu janji nanti balik ibu carikan makanan dan kek birthday.. ngelat sikit😂

rakyat jelata yang ada kat rumah tu ditinggalkan dengan pesanan "tolong setup DECO BIRTHDAY".. ikutlah cemaner pon janji ibu balik semua dah ready.. tinggal nak plating makanan jer😆

pkl 12.30pm lelaju ibu punch out.. ape yang ibu beli? ayam goreng muiz, subway,cheese tart dan kek mini saiz.. ibu beli sikit jer kek, buat syarat birthday.. memang tak termakan.. manissssss.. tapi takdelah sampai membazir.. setelah 3-4 hari tersimpan di dalam peti ais, habis jua dimakan dorang😅



semua dikerah untuk bergambar dulu..



masa birthday si sulung kitorang celebrate jugak ler..
setakat bawak pi makan area dedekat..
macam tak lengkap pula dihari kejadian jika tak buat pape..


Rabu, 5 Februari 2025

Birthday | Alhamdulillah, Officially 40's

#MashAllahTabarakAllah

entry throwback..


 20.12.1984 - 20.12.2024

Alhamdulillah atas nikmat umur yang diberikan..

40tahun diberi peluang bernafas diatas muka bumi Allah..

cabaran, dugaan, ujian, kenikmatan, kemanisan silih berganti..

lalui saja apa yang telah ditetapkan oleh DIA dengan usaha dan tawakkal..


tapikan, orang kata (orang la, diri sendiri pon ya jugak)😆😆

mereka-mereka yang lahir pada tahun 80's sentiasa nampak muda..

ya ke tidak? YA kan? kahkah..

aku tak tau lah nak perasan ke, nak riak ke, nak gelak ke..

baru last week anak yang no.3 (14tahun) masuk spital..

masa kat dalam red zone, doktor nak jumpa ibu atau ayah.. emergency nak bincang..

aku ni dah masuk dalam.. dorang boleh tak aware ibunya dah masuk..

padahal red zone bukan boleh sebarang masuk..

pastu ada sorang HA inform.. "tu ibunya dah ada"..

nurse ngan doctor pon pakat pandang aku.. pastu nurse tu cakap "tu ibu dia ke"

lagi sorang pon sampuk "mudanya ibu dia, biar betul"

adehhhh nurse, sesilap aku ni lagi tua dari dia😁😂..

tapi aku banggalah jugak dalam pada anak dok sakit tu😂

tu baru tengok anak aku yang no.3, tengok yang sulung kalu lagilah depa tak percaya anak aku dah besar.. hehee

sempena genap 40thn, suami terlebih sweet lah pulok..

aku pon tak ingat sebelum ni dia pernah bagi bunga ke tidok tapi tahun ni aku dapat 3kuntum bunga ROSE!tq suamiku sayang💋


tq jugak belanja makan kat luar..
lama dah tak keluar waktu malam..
dulu masa anak kecik2 suka juga keluar malam..
sekarang dah malas.. weekend pon dah takde nak keluar kemana-mana dah melainkan ada urusan penting..
itupon anak2 taknak ikut..


budak seketul ni cemburu sebab ibu dapat bunga..
dah pesan sesiap, nanti birthday dier belikan juga camni..
ibu cakap bunga untuk pompuan jer.. lelaki tak sesuai lah bunga..
dier cakap takpe, dier nak pokok pisang😂😂



bolehlah.. semua gambar yang ayah amik blur..
nampak perut dier jer menonjol kat situ..
agaknya kamera pon zoom tang perut jer😅

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..


Selasa, 21 Januari 2025

Anakanda | Selamat dikhatankan

#MashAllah TabarakAllah..

entry throwback macam biasa.. menaip bila ada mood dan rasa boring..hehee

sebelum lupa ingatan, nak juga coret kenangan si bongsu yang dah pon bujang pada 22.12.2024 yang lalu..

beberapa hari sebelum usianya genap 7tahun..

ikutkan plan masa mengandungkan dia dulu, nak khatankan waktu baby.. tapi kita merancang jer.. jika DIA tak izinkan, takkan menjadi..

adalah beberapa halangan yang buatkan rancangan awal tu terbantut..

tapi okey jer, belum tahap terlambat..

kali ni pon ibu ayah taklah plan beria nak sunatkan dier sebabnya duk fikir dier kecik lagi.. biasalah bongsu.. selamanya duk rasa dier kecik padahal member dah besar😆

dalam duk fikir tu ayahnya dok tanya jugak ibu sesambil survey klinik yang buka slot khatan.. kitorang cari area yang berdekatan rumah dan nak harga yang paling minimum😁.. 

jumpalah kliniknya.. klinik najwa kat P15 Putrajaya, harga RM 170 termasuk ubat.. kaedah yang digunakan, gunting dan jahit.. 

Alhamdulillah, terus call dan book tarikh minggu tu juga memandangkan sekolahnya cuti 2 minggu masa tu.. rasa macam sempat jer nak pulih tapi ya ampunnn mau 3 minggu juga nak bebetul clear area situ.. benang jahit semua elok dalam masa 2 minggu cuma keruping luka lambat nak kering/luruh..

bab lain takde masalah.. kuat juga anak ibu ni..

takde merengek nangis (nangis sekejap jer masa kat klinik)..

sepanjang tempoh "berpantang" tuh sihat elok dier..nampak cam tak sakit jer member..

solat tak tinggal.. kitorang sediakan kerusi untuk dia..

pakaikan seluar sunat.. kain pelikat..

makanya cuti sekolah panjang sekarang ni dier dah bebas😄


dier punya slot pagi, pukul 8.30..
sedang eloklah lepas subuh terus ready..
pakai sesiap kain pelikat dari rumah..


ibu tak ikut pergi sebabnya ibu debar lebih😂
ayah dengan si tengah yang pergi..
ibu buat-buat busy, gi kedai acheh beli lauk ngan sayur..
pastu ke eco, ke pasaraya😅tapi dalam hati takyah cakap lah dup dap dup dap..
asyik tengok jam bayangkan keadaan budak ni..


ibu balik dari shopping, dier dah ada kat rumah..
legaaaaa bila semua yang wajib dah selesai..

Birthday | Celebrate Sulung dan Bongsu sekaligus

 28.12.2017-28.12.2024.. 7tahun dah anak bongsu ibu.. lahir hujung tahun ni memang sentiasa muda setahun dari rakan sebaya #gengibu sebelum ...