#MashAllahTabarakAllah
entry throwback..
20.12.1984 - 20.12.2024
Alhamdulillah atas nikmat umur yang diberikan..
40tahun diberi peluang bernafas diatas muka bumi Allah..
cabaran, dugaan, ujian, kenikmatan, kemanisan silih berganti..
lalui saja apa yang telah ditetapkan oleh DIA dengan usaha dan tawakkal..
tapikan, orang kata (orang la, diri sendiri pon ya jugak)๐๐
mereka-mereka yang lahir pada tahun 80's sentiasa nampak muda..
ya ke tidak? YA kan? kahkah..
aku tak tau lah nak perasan ke, nak riak ke, nak gelak ke..
baru last week anak yang no.3 (14tahun) masuk spital..
masa kat dalam red zone, doktor nak jumpa ibu atau ayah.. emergency nak bincang..
aku ni dah masuk dalam.. dorang boleh tak aware ibunya dah masuk..
padahal red zone bukan boleh sebarang masuk..
pastu ada sorang HA inform.. "tu ibunya dah ada"..
nurse ngan doctor pon pakat pandang aku.. pastu nurse tu cakap "tu ibu dia ke"
lagi sorang pon sampuk "mudanya ibu dia, biar betul"
adehhhh nurse, sesilap aku ni lagi tua dari dia๐๐..
tapi aku banggalah jugak dalam pada anak dok sakit tu๐
tu baru tengok anak aku yang no.3, tengok yang sulung kalu lagilah depa tak percaya anak aku dah besar.. hehee
sempena genap 40thn, suami terlebih sweet lah pulok..
aku pon tak ingat sebelum ni dia pernah bagi bunga ke tidok tapi tahun ni aku dapat 3kuntum bunga ROSE!tq suamiku sayang๐
Tiada ulasan:
Catat Ulasan