Khamis, 6 Februari 2025

Birthday | Celebrate Sulung dan Bongsu sekaligus

 28.12.2017-28.12.2024..

7tahun dah anak bongsu ibu.. lahir hujung tahun ni memang sentiasa muda setahun dari rakan sebaya #gengibu

sebelum birthday dah dapat hadiah "disunatkan"😁

kalini si abangnya cuti sem jadi kita celebrate dedua sekaligus.. si along sambut birthday yang ke-19 pada 05.01.2025... Alhamdulillah

haritu jugak si ayah cuti khas ya sempena birthday si bongsu.. dier dah pesan dari awal tahun, time birthday dier nanti, ibu dengan ayah kena amik cuti.. maklumlah ibu ayah sabtu pon kerja! kemain happyla budak seketul tu..

disebabkan ibu keje halfday jer sabtu makanya ibu tak amik cuti tapiiii ibu janji nanti balik ibu carikan makanan dan kek birthday.. ngelat sikit😂

rakyat jelata yang ada kat rumah tu ditinggalkan dengan pesanan "tolong setup DECO BIRTHDAY".. ikutlah cemaner pon janji ibu balik semua dah ready.. tinggal nak plating makanan jer😆

pkl 12.30pm lelaju ibu punch out.. ape yang ibu beli? ayam goreng muiz, subway,cheese tart dan kek mini saiz.. ibu beli sikit jer kek, buat syarat birthday.. memang tak termakan.. manissssss.. tapi takdelah sampai membazir.. setelah 3-4 hari tersimpan di dalam peti ais, habis jua dimakan dorang😅



semua dikerah untuk bergambar dulu..



masa birthday si sulung kitorang celebrate jugak ler..
setakat bawak pi makan area dedekat..
macam tak lengkap pula dihari kejadian jika tak buat pape..


Rabu, 5 Februari 2025

Birthday | Alhamdulillah, Officially 40's

#MashAllahTabarakAllah

entry throwback..


 20.12.1984 - 20.12.2024

Alhamdulillah atas nikmat umur yang diberikan..

40tahun diberi peluang bernafas diatas muka bumi Allah..

cabaran, dugaan, ujian, kenikmatan, kemanisan silih berganti..

lalui saja apa yang telah ditetapkan oleh DIA dengan usaha dan tawakkal..


tapikan, orang kata (orang la, diri sendiri pon ya jugak)😆😆

mereka-mereka yang lahir pada tahun 80's sentiasa nampak muda..

ya ke tidak? YA kan? kahkah..

aku tak tau lah nak perasan ke, nak riak ke, nak gelak ke..

baru last week anak yang no.3 (14tahun) masuk spital..

masa kat dalam red zone, doktor nak jumpa ibu atau ayah.. emergency nak bincang..

aku ni dah masuk dalam.. dorang boleh tak aware ibunya dah masuk..

padahal red zone bukan boleh sebarang masuk..

pastu ada sorang HA inform.. "tu ibunya dah ada"..

nurse ngan doctor pon pakat pandang aku.. pastu nurse tu cakap "tu ibu dia ke"

lagi sorang pon sampuk "mudanya ibu dia, biar betul"

adehhhh nurse, sesilap aku ni lagi tua dari dia😁😂..

tapi aku banggalah jugak dalam pada anak dok sakit tu😂

tu baru tengok anak aku yang no.3, tengok yang sulung kalu lagilah depa tak percaya anak aku dah besar.. hehee

sempena genap 40thn, suami terlebih sweet lah pulok..

aku pon tak ingat sebelum ni dia pernah bagi bunga ke tidok tapi tahun ni aku dapat 3kuntum bunga ROSE!tq suamiku sayang💋


tq jugak belanja makan kat luar..
lama dah tak keluar waktu malam..
dulu masa anak kecik2 suka juga keluar malam..
sekarang dah malas.. weekend pon dah takde nak keluar kemana-mana dah melainkan ada urusan penting..
itupon anak2 taknak ikut..


budak seketul ni cemburu sebab ibu dapat bunga..
dah pesan sesiap, nanti birthday dier belikan juga camni..
ibu cakap bunga untuk pompuan jer.. lelaki tak sesuai lah bunga..
dier cakap takpe, dier nak pokok pisang😂😂



bolehlah.. semua gambar yang ayah amik blur..
nampak perut dier jer menonjol kat situ..
agaknya kamera pon zoom tang perut jer😅

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..


Selasa, 21 Januari 2025

Anakanda | Selamat dikhatankan

#MashAllah TabarakAllah..

entry throwback macam biasa.. menaip bila ada mood dan rasa boring..hehee

sebelum lupa ingatan, nak juga coret kenangan si bongsu yang dah pon bujang pada 22.12.2024 yang lalu..

beberapa hari sebelum usianya genap 7tahun..

ikutkan plan masa mengandungkan dia dulu, nak khatankan waktu baby.. tapi kita merancang jer.. jika DIA tak izinkan, takkan menjadi..

adalah beberapa halangan yang buatkan rancangan awal tu terbantut..

tapi okey jer, belum tahap terlambat..

kali ni pon ibu ayah taklah plan beria nak sunatkan dier sebabnya duk fikir dier kecik lagi.. biasalah bongsu.. selamanya duk rasa dier kecik padahal member dah besar😆

dalam duk fikir tu ayahnya dok tanya jugak ibu sesambil survey klinik yang buka slot khatan.. kitorang cari area yang berdekatan rumah dan nak harga yang paling minimum😁.. 

jumpalah kliniknya.. klinik najwa kat P15 Putrajaya, harga RM 170 termasuk ubat.. kaedah yang digunakan, gunting dan jahit.. 

Alhamdulillah, terus call dan book tarikh minggu tu juga memandangkan sekolahnya cuti 2 minggu masa tu.. rasa macam sempat jer nak pulih tapi ya ampunnn mau 3 minggu juga nak bebetul clear area situ.. benang jahit semua elok dalam masa 2 minggu cuma keruping luka lambat nak kering/luruh..

bab lain takde masalah.. kuat juga anak ibu ni..

takde merengek nangis (nangis sekejap jer masa kat klinik)..

sepanjang tempoh "berpantang" tuh sihat elok dier..nampak cam tak sakit jer member..

solat tak tinggal.. kitorang sediakan kerusi untuk dia..

pakaikan seluar sunat.. kain pelikat..

makanya cuti sekolah panjang sekarang ni dier dah bebas😄


dier punya slot pagi, pukul 8.30..
sedang eloklah lepas subuh terus ready..
pakai sesiap kain pelikat dari rumah..


ibu tak ikut pergi sebabnya ibu debar lebih😂
ayah dengan si tengah yang pergi..
ibu buat-buat busy, gi kedai acheh beli lauk ngan sayur..
pastu ke eco, ke pasaraya😅tapi dalam hati takyah cakap lah dup dap dup dap..
asyik tengok jam bayangkan keadaan budak ni..


ibu balik dari shopping, dier dah ada kat rumah..
legaaaaa bila semua yang wajib dah selesai..

Rabu, 9 Oktober 2024

Si Bulus | Kiki, anak bongsu penghibur hati

bulus kesayangan, si Kikiyana Layola nama diberi😊.. kesayangan seisi rumah.. anak paling manja dan bongsu.. anak bulus ke2 kitorang bela.. yang pertama meninggal lepas beberapa hari.. kitorang bela seawal dorang lahir.. maybe tak cukup kuat nak hidup yang pertama tu, bangun pagi tengok dah tak bernyawa..

yang kedua ni pon sama, bela seawal baby.. maknya kucing terbiar, suami jumpa kat area ofis, jadi adoptlah sekor.. memula aku taknak bela kucing.. leceh.. kitorang ni kerja, mana ada masa nak jaga.. lagipun bukan duduk rumah landed.. tapi Alhamdulillah, urusan dipermudahkan.. budak bulus ni dari awal dah diajar berak kencing dalam pet litter, and ya dia memang berak kencing kat situ lah sampai sekarang.. setakat ni tak terberak lagi kat tempat lain melainkan lepas berak dia galak melompat keluar dari "toilet", adalah najis yang terjatuh ke lantai😼.. tapi kejadian ni jarang2 berlaku.. buat perangai memang kena marah ngan aku.. paham pulak dier😂😆.. bab muntah pulak, ikut lah mana dia duduk, situ dia muntah.. yang tu aku tak ajar pulak.. kejadian muntah bukan selalu.. terjadi bila tak sihat atau overdose makan ataupun lepas mandi.. biasa lepas mandi dia menjilat bulu kan? so bulu2 yang terkumpul dalam perut dier tu, dier akan muntahkan lepas 2,3hari.. gitulah..

si kiki ni pada aku agak pelik atau satu anugerah buat kitorang? aku pon tak pasti.. seekor kucing yang garang pada orang lain tapi manja giler ngan kitorang.. orang luar memang susah nak sentuh dier.. kalau ada tetamu datang ke rumah, dier memang akan menyorok! kadang budak2 biaserlah.. nampak kucing nak main.. uishhh garang si kiki ni.. jangan harap dapat sentuh dier.. tak pepasal kena gigit kang.. dengan aku sekali dier marah😛.. bab tido, memang betepek ngan aku malam2.. ikutlah mana celah dier nak menyelit😏.. lagi satu bab makan.. dier tak makan ikan ayam mentah ya.. longgoklah lauk pauk tu berejam dalam sinki, dier tak heran pon.. ikan ayam dah siap masak duk bawah saji pon sama.. dier tak kisah lansung.. senang sangat bela budak ni.. takyah risau dier selongkar atau buat sepah.. ayam kalau kita cubitkan, dier makan lah juga semulut dua..itupon nak isi.. tulang taknak.. ikan lansung taknak.. keropok pon tak nak.. duk makan kibbles dier jer..

harap panjang umur budak bulus ni.. sekarang umurnya lebih kurang 4 tahun.. tarikh lahir sebenarnya aku dah lupa.. sepatutnya pihak management tak bagi ya house owner bela haiwan (anjing/kucing) kat rumah.. tapi nak buat camaner? takkan aku nak buang budak bulus kesayangan ni.. tak sanggup aku.. aku bela masa duduk rumah lama lagi.. suatu hari budak ni pasti akan tinggalkan kitorang juga.. jangka hayat kucing tak lama kan? aku tak dapat bayang jika 'hari' tu terjadi..

budak hitam kesayangan seisi rumah..

jadi indoor cat jerlah kamu nak..


kalau balik kampung atau bercuti kena hantar ke pet boardinglah..memang dier marah ya.. takde sape boleh usik dier.. muka sentiasa ketat😹

datang time nak mengawan ginilah dier.. kesian tengok.. sekarang dah selamat disunatkan.. pernah cuba sekali nak jodohkan dier tapi dimarahnya kucing jantan😆.. budak ni bukan setakat garang dengan manusia jer, sesama kucing pon garang!😩..

Selasa, 24 September 2024

Cuti-cuti Terengganu | Pantai Sura, Dungun

#MashAllahTabarakAllah

entry throwback..

27.07.2024, gerak ke terengganu seawal pagi.. alasan utama nak berlibur dan jjcm dulu sebelum daftar anak teruna pada keesokan hari.. kitorang stay area pantai sura, dungun.. tak jauh dari tempat tujuan utama.. untuk yang suka pantai boleh try stay sini.. 

untung orang terengganu, pantainya cantik dan bersih.. sayangnya tak boleh mandi.. ombak ganas..

celup celup kaki jer mampu.. walau cuaca panas tak kisah.. angin sama kuat dengan ombak..

petang sikit repeat lagi ke pantai.. syok amik angin.. udara bersih dan segar.. bagus penduduk tempatan.. 

aku tak sure nelayan atau penjaga pantai sebabnya aku nampak ada yang sapu daun2 kering dan kutip sampah di sekitar pantai..

cumanya kalau nak ootd susah sikit lah.. bergaduh dengan angin.. tudung, baju semua tak on point dah😅

one for memory... sebelum urusan daftar sempat singgah lagi sekali.. 

yang pasti kalau ke terengganu lagi, boleh repeat stay area pantai sura..

Ooh, nak cari makan tak susah ya.. area sini bersepah kedai makan.. pilih jer nak yang mana.. yang viral pon banyak.. kitorang suka keropok dekat satu kedai ni, kedai keropok sri sura namanya.. sedap okey keropok lekor dia.. byeee..

Ahad, 22 September 2024

Kenangan | Shooting dengan team HTM "House Tour Malaysia!"

#MashAllahTabarakAllah

throwback lagi cerita tahun lepas.. dapat dm dari htm tak silap bulan jun ke july untuk muncul dalam youtube channel dorang, House Tour Malaysia.. kita ni tak biasa, rasa gugup juga nak bercakap depan kamera.. tapi sejujurnya kita memang tengok semua episod dalam htm! minat betul tengok dekorasi rumah yang cantik2.. sikit sebanyak dapat inspirasi juga.. fikir punya fikir kita terima jer lah.. bila lagi kan😁.. bulan ogos kita setuju, bulan december dorang datang shooting.. tapi kalini 4orang jer, takdelah seramai krew nona.. krew htm yang datang shooting dulu.. lepastu baru nona..

rumah kita sedang sedang sahaja, keluasan 1053sqft.. berkonsep terbuka (open concept)

entryway.. depan sikit jer dah dining..

ruang tamu yang minimalis sahaja.. table coffee ada tapi kita tak pasang sebab rasa sempit..

kitchen yang kecik dan simple sahaja.. memang inilah sepenuhnya kitchen kita..
barang takleh banyak, nanti takde ruang nak simpan.. heheee

Alhamdulillah, cukuplah ni untuk kita.. ini pon tak larat nak mengemas.. 
masalah habuk pon kita dah letih.. setiap hari tak tau berapa kali lap habuk.. aishhhh

kita suka white dan gold.. konsep dapur kita english modern & classic..

rumah ni ada tiga bilik jer.. satu bilik kita jadikan bilik baju anak-anak yang juga merangkap bilik solat..

masa htm approach kita untuk feature dengan dorang , bilik kita sendiri tak siap lagi.. 
gigih laki bini siapkan dulu bilik..

tengah dok giler dengan arch, kita lukis sendiri.. cat sendiri.. 
suami balik tengok ehhh dah siap!hehee

dimana mana jer ada arch painting.. 

balkoni secoet jer luasnya tapi sibuk juga nak bercucuk tanam..
sekarang pokok2 ni dah besar.. ada yang dah arwah pon..


tuan tanah kedaung..

sama juga, masa htm ni datang kita sorang jer yang ada.. suami kerja, anak anak sekolah.. bertabahlah hati.. walau dalam hati gundah gulana, kita maintain senyum..
tq team htm yang sempoi dan peramah giler.. kita tak rasa kekok lansung dengan dorang.. ambil masa 5-6jam juga shoot kalini tapi best.. pengalaman manis..
byeee..

Sabtu, 21 September 2024

AIDILADHA 2024 | masih beraya di puchong..

#MashAllahTabarakAllah

17.06.2024..

masih lagi beraya di puchong! tahun ni memang tak balik raya kampung.. entahlah, semangat nak balik dah hilang.. bila both parents dah takde, semangat makin luntur.. dah tak eksited macam mereka masih ada.. kalau dulu, sebulan dua nak raya dah teruja.. dah tak sabar2 nak sampai kampung.. ibarat kata hari-hari duk hitung detik dan waktu.. Allahu sedihnya.. belah aku, aku masih ada Abah dan familynya.. cuma rasa tu tak sama macam ada arwah Ma, MiL and FiL..

okey, jom layan throwback kisah raya haji kitorang.. 


lepas semayang raya dapat la tengok lembu yang bakal dikorbankan..

ada lah juga gambar raya.. lagi 3 ketul budak memang takde.. memasing buat hal sendiri..

masak masak by me.. aku buat nasi dagang! kali ke-2 buat.. first buat masa raya PKP dulu.. buat jugak tapai pulut.. satay dan lemang BiL bawak..

aku beli beras merah kat shopee.. nasi dagang klate guna beras merah.. kalu terengganu versi putih..

family BiL dan anak buah.. masih lagi tak sunyi raya kitorang.. hehee

one for memory.. masih lagi takde along.. raya pon kerja aihhh..

lepas makan makan gi beraya rumah kakak biras di dengkil.. sambung makan lagi.. sebelum tu kitorang singgah masjid berdekatan rumah dier nak solat zohor.. rezeki, orang masjid bagi daging lembu korban seplastik sorang.. Alhamdulillah..
byeee..

SYAWAL 2024 | syukur seadanya, tetamu dirai..

#MashAllahTabarakAllah

raya ke-2 kitorang ke kubur arwah tok ayah.. tok ayah dikuburkan di kampung kubu gajah, sungai buloh.. meninggalnya didalam tidur waktu mula2 negara lockdown akibat covid.. tapi tok ayah negatif covid.. masa tu kan tak boleh nak rentas daerah.. jadi aku dan anak2 takde kesempatan nak tengok arwah buat kali terakhir.. setiap kali raya memang kesini lah kami.. takkan pernah miss nak lawat rumah baru tok ayah.. Insya'Allah..


cantik rumah abadi tok ayah..

singgah bergambar di elmina.. raya ke-2, memang kosonglah kawasan sini.. sakan posing, takde orang.. hehee

Alhamdulillah, tak dapat balik kampung tapi digantikan kemeriahan raya dengan tetamu yang bertandang.. boleh kata raya tahun ni meriah.. ada jer tetamu yang berkunjung walau kita tak buat open house..

tetamu raya ke-4..

tq datang bawak satay dan lemang!

anak fruit all the way from klate..

tq sudi singgah beraya..

geng sepupu dan anak anak pupu..

meriahnya raya..


family BiL..

jamuan laksa.. kita buat laksa lemak klate dengan laksa johor!

mana yang dan jer bergambar.. ada yang dah balik , along takde masa ni.. dier kerja (partime tealive)

geng biras yang sekepala.. Alhamdulillah, dapat family yang ngam, baik dan sporting..

geng dari sekolah menengah.. kita tak selalu ada tapi kita ada.. tq lie datang..

minggu last raya, open house NZ design.. tq ziha jemput makan makan..

adik junior kita yang tak pernah miss datang setiap kali raya.. ni tahun ke berapa tie?

last but not least, kenalan dari instagram ZATY.. tq bestie sudi datang..

itu sajalah corat coret raya tahun 2024.. moga tahun yang akan datang, diberi kesempatan untuk kita ketemu lagi.. byeee..


Birthday | Celebrate Sulung dan Bongsu sekaligus

 28.12.2017-28.12.2024.. 7tahun dah anak bongsu ibu.. lahir hujung tahun ni memang sentiasa muda setahun dari rakan sebaya #gengibu sebelum ...