Ahad, 22 September 2024

Kenangan | Shooting dengan team HTM "House Tour Malaysia!"

#MashAllahTabarakAllah

throwback lagi cerita tahun lepas.. dapat dm dari htm tak silap bulan jun ke july untuk muncul dalam youtube channel dorang, House Tour Malaysia.. kita ni tak biasa, rasa gugup juga nak bercakap depan kamera.. tapi sejujurnya kita memang tengok semua episod dalam htm! minat betul tengok dekorasi rumah yang cantik2.. sikit sebanyak dapat inspirasi juga.. fikir punya fikir kita terima jer lah.. bila lagi kan😁.. bulan ogos kita setuju, bulan december dorang datang shooting.. tapi kalini 4orang jer, takdelah seramai krew nona.. krew htm yang datang shooting dulu.. lepastu baru nona..

rumah kita sedang sedang sahaja, keluasan 1053sqft.. berkonsep terbuka (open concept)

entryway.. depan sikit jer dah dining..

ruang tamu yang minimalis sahaja.. table coffee ada tapi kita tak pasang sebab rasa sempit..

kitchen yang kecik dan simple sahaja.. memang inilah sepenuhnya kitchen kita..
barang takleh banyak, nanti takde ruang nak simpan.. heheee

Alhamdulillah, cukuplah ni untuk kita.. ini pon tak larat nak mengemas.. 
masalah habuk pon kita dah letih.. setiap hari tak tau berapa kali lap habuk.. aishhhh

kita suka white dan gold.. konsep dapur kita english modern & classic..

rumah ni ada tiga bilik jer.. satu bilik kita jadikan bilik baju anak-anak yang juga merangkap bilik solat..

masa htm approach kita untuk feature dengan dorang , bilik kita sendiri tak siap lagi.. 
gigih laki bini siapkan dulu bilik..

tengah dok giler dengan arch, kita lukis sendiri.. cat sendiri.. 
suami balik tengok ehhh dah siap!hehee

dimana mana jer ada arch painting.. 

balkoni secoet jer luasnya tapi sibuk juga nak bercucuk tanam..
sekarang pokok2 ni dah besar.. ada yang dah arwah pon..


tuan tanah kedaung..

sama juga, masa htm ni datang kita sorang jer yang ada.. suami kerja, anak anak sekolah.. bertabahlah hati.. walau dalam hati gundah gulana, kita maintain senyum..
tq team htm yang sempoi dan peramah giler.. kita tak rasa kekok lansung dengan dorang.. ambil masa 5-6jam juga shoot kalini tapi best.. pengalaman manis..
byeee..

Tiada ulasan:

Cuti-cuti Terengganu | Pantai Sura, Dungun

#MashAllahTabarakAllah entry throwback.. 27.07.2024, gerak ke terengganu seawal pagi.. alasan utama nak berlibur dan jjcm dulu sebelum dafta...