Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Selasa, 6 November 2012

Rezeki Along ade lagi kat sini

Tinggal beberapa hari je lagi dah nak mula cuti sekolah akhir tahun untuk 2012..yang pastinya anak-anak la...heppy dapat holiday..ibubapa pun aku rasa tak terkecuali jugak la..memang nantikan saat cuti sekolah ni untuk bercuti bersama keluarga..Hmmm bestnyer la..

Kepada semua guru dan murid,aku ucapkan 'SELAMAT BERCUTI DAN ENJOY YE'

Dalam dok sibuk nak cuti ni pun ade jugak yang sibuk nak daftarkan persekolahan anak untuk tahun depan...termasuklah aku sekali..Perghh pening jugak la 1st time anak nak masuk sekolah...tadika dah lepas sekarang nak masuk sekolah rendah plakss...

Daftar tahun 1 aku dah buat awal tahun hari tu dan alhamdulillah dah pun lulus permohonan penempatan tu..dok tunggu nak daftar Sekolah Agama plakss..tunggu punya tunggu takder pon banner pendaftaran dibuka lagi..yang swasta banyak la tapi kosnyer tinggi la sikit

Sekali lagi rezeki memihak pada anakku,semalam ntah macam mana aku paksa ayah dia pergi jugak sekolah agama tu tanya walaupun takder banner mengatakan pendaftaran dibuka dan diberitahu pendaftaran dah lama dah pun  dibuka..hanya 6 tempat sahaja lagi yang tinggal dan alhamdulillah dapat.......Along lulus semua ujian (siap kena test lagi nak masuk pun)


Sekolah ni pun baru lagi dalam 1-2 tahun je..tu yang pengambilan pelajar sangat terhad..Hurmm zaman sekarang ni nak sekolah pun susah nak nak lagi kat bandar ni..kalau kat kampung takder la sesusah ini..Apapun,pelajaran tu amat penting okey!!!!

**teringat pulak zaman aku sekolah dulu
Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

2 ulasan:

UmmiAbi berkata...

Along dah besar...hehe..
Belajar rajin2 ye...:)

Zee Suhaini berkata...

Thanks Ummi...tu la,cam x caya je anak dah besar..