Selasa, 20 September 2016

AIDILADHA | 12 Sept 2016 @ 10Zulhijjah

Assalamualaikum (^-^)

selamat bekerja kembali.. 
semalam masok keje lemau sikit, yelah seminggu cuti syokkk abes..
balik kampung sape jer yang tak seronok kan?
walaupon ktorang aritu keletihan atas jalan raya sampai 19jam tapi takpe..
yang penting dapat jumpa mak ayah ngan kaum keluarga.. hihiii

ktorang gerak ari sabtu dalam kol 3pm sampai kampung esoknya ahad 10am..
start sangkut jem kat wangsa maju kot.. sepanjang jalan merayap slow slow..

raya kali ni pakat pakat ngan adik beradik, anak buah buat korban sekor lembu..
pagi kita korban, malam buat majlis tahlil untuk arwah moktok..
dah nak hampir setaon arwah tinggalkan dunia yang fana..
cepatnya masa berlalu.. Al-Fatihah..

korbannya ari ke-2 raya, first raya memang dah tau tak sempatnya nak buat..
pakat rewang anak beranak jer takde minta sedara or jejiran datang tolong..
masak juadah ringkas ringkas.. takde gulai lemak atau masakan bersantan..
nak elakkan muak..
hari first raya dah banyak makan gulai lembu dan kambing..

 
lembu untuk ibadah korban ktorang.. nampak kurus tapi dapat dekat 80kg jugak..

 
taon ni dapat tengok sembelihan korban depan mata.. selalunya aku takot nak tengok.. 
laki soh ikut sebab nak suruh bawak balik tok ayah terus lepas setel sembelih..
ni pon aku pejam pejam gak mata..

 
aktiviti melapah ni ktorang yang pompuan ngan bebudak tak tunggu join..
abis sembelih terus balik prepare bahan nak masak nanti..
yang lelaki buat keje melapah yer, bawak balik yang dah siap jer.. 

 
antara juadah yang terhasil dari sekor lembu.. ni peberet sangat nih..
perot air asam.. perghhh sapa tak try rugi..
dapat perot bulat lagi la sedap.. yang tu cepat abis, takdan 10minit lesap.. 
semua suka makan..

 
daging goreng kunyit.. hidangan untuk para tetamu..

 
combinekan dengan daging singgang.. perghhh terangkat..
ni pon juadah paling laku keras gak malam tu..

 
sup gear box.. 

 
simple jer menu untuk majlis tahlil malam tu.. kalo ada singgang, wajib ada budu dan sambal belacan..
ulam ulaman skit, ikan masin pastu tembikai sebagai dessert..
cukup simple dan sedap..

 
antara sebab balik kampung jugak nak tengok 'orang baru' .. 
tiga hero aku tu tak berenggang ngan baby.. asyik nak mencium jer kejenya..

 
sebelum majlis kita snappy sekeping.. ni jer gambar raya yang ada..
t-shirt pagoda yer bang..
byeee..


9 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Alhamdulillah... semoga ibadah kita diterima olehNya
Tahun depan dipertemukan lagi hendaknya

Memasing nak adik lagi tu Zee:)

raihanah berkata...

raya baru ni pertama kali tak pekena perut air asam. rugi betl

lieyalatif berkata...

meriah zee..ye laa kat belah sane mmg mmg meriahkan....lagi2 kalo buat korban...mmg best laaa..tgk menu pun menu peberet tu kalo kat belah2 kelantan...kalo gini, atas jalan lame pun tak kisahkan..asalkan dpt jumpe keluarga kat kampung, mkn sedap2.....

NanyFadhly berkata...

Zee....Singgang daging tuh favourite Nany. Bestkan..macam2 boleh masak. Kalau yang suke bahagian organ lain2 tuh lagi syok..pelbagai menu jadinya. Hehehe..

AtieYusof berkata...

Meriah bila korban buat kat Kampung.. sedara mara ramai mmg best.. mcm2 gak dpt masak tu ye Zee.. singgang daging memang peberet jugak :)

Puan Kutu berkata...

Semua suka baby tu zee.bilanya nk proses.hahaha

Selamat hari raya korban walaupun dh lmbt sangat wish.haha

Suria Amanda berkata...

Daging goreng kunyit tu buat akak terliur...bestnyaaaaa.....dhare resepi please

LYAfrina berkata...

mcm2 menu masak..smuanya sedap2..esp tang perut tu.. nyum nyum...

Mummydearie berkata...

Raya puasa yalah nak sedondon, raya haji ni pakai t-shirt pagoda dengan kain pelekat pun dah okey, Zee ^_^

Wah, meriah betul majlis kurban dan tahlil! Kenyanglah makan daging korban ya. Macam kami yang dapat daging korban ni, sampailah ke hari ni tak habis-habis lagi. Dah tak tahu nak masak menu apa. Dah naik BP dok asyik bedal daging aje!

Cuti-cuti Terengganu | Pantai Sura, Dungun

#MashAllahTabarakAllah entry throwback.. 27.07.2024, gerak ke terengganu seawal pagi.. alasan utama nak berlibur dan jjcm dulu sebelum dafta...