Rabu, 28 September 2016

singgah bermalam di Cameron | ni elak jem ke tambah jem?

Assalamualaikum (^-^)

hellooo hellooo.. kisah cameron pulak kita sambung..
tapi tak best pon lah sebab banyak tempat takleh pergi..
nama pon singgah nak luruskan urat, nak rehatkan mata, nak amek angin kan..
konsepnya lebih kurang touch n go lah..
penat kematu dalam kete 19jam balik kelate haritu belum hilang, takkan naik KL pon sama..

kita merancang tapi yang menentukan? DIA..
sepanjang perjalanan banyak berhenti jugak ktorang.. singgah beli durian la, petai la, nampak gerai ada manggis singgah lagi beli manggis..
blom lagi singgah petrol pump nak guna toilet.. tup tup sampai cameron kol 5 petang..
hampa jugak lah banyak tempat dah tutup..
bagitau laki kita singgah pasar malam brinchang jer beli dinner.. 
tapiiii tapiiii tapiiiiii *huhuhuuu, ape pon tak boleh*
kol 6ptg jalan start jem dari kampung raja lagi.. lagi slow gerak weyh dari aritu..
3-5minit baru gerak sikit pastu stop lagi.. bayangkan dari situ ke brinchang ada lebih kurang 10km, amek masa 3jam! hahahahadoiiiii.. menduga betol..
jem sebab ape? sebab pasar malam brinchang.. pfttt
terus tak jadi aku nak menyinggah..

nasib baik aku book hotel kat tanah rata.. tenang skit, tak bersesak ngan ramai orang..
lepas check in dan angkut barang baru keluar balik cari makan..
walaupon sini tak semeriah brinchang tapi tenang.. tak payah nak stress cari parking..
lain kali kalo ke cameron aku nak stay tanah rata jer..
takmau dahla brinchang..

 
stay kat century pines.. best jugak, bilik luas dan selesa..
katil pon besar muat untuk ktorang 5branak, takyah bentang toto dah.. 
paling suka bebudak ni la sebab ada bathtub.. kemain lama berendam..

 
pagi tu brekpes terus kat hotel.. malas nak cari brekpes kat luar sebabkan kejar masa..
ktorang try mintak extand check out dapat setengah jam.. ok lah dari tak dapat :(

ingatkan awal pagi jalan clean and clear, sekali hurmmm jem oii..
ktorang nak ke bee farm ngan lavendar garden jer..
dah 2kali naik cameron masih tak sampai lagi situ.. gagal lagilah misi ktorang..
lepas skit dari tapak pasar malam brinchang dah jem nak ke atas..
memang cameron ni kalo nak datang takleh datang time cuti camni..
buang tenaga dan masa jer tau.. 

 
sampai kat tempat ni sudah la.. ini pon sebab bebudak dah bising..
masa sangkut jem nampak transformer ni tu yang dok merayu nak jugak datang..
lupalah ni kat mana atas skit jer dari kea farm..

 
pusing pusing sekejap.. siang tak meriah sangat kat sini.. banyak kedai tutup..
kalo malam best.. 

 
tak dapat ke bee farm kita singgah kea farm pon boleh.. ktorang parking jer tepi jalan..
nampak ada kete parking kita follow..
nyaris nyaris uiii nak kena saman.. hahahaaa..
masa nampak polis keluarkan saman kat kete lain cecepat ktorang lari.. 

 
S Corner..

 
kol 12.30pm check out dah..

ontheway balik pon dugaan lagi.. 
ada lori eksiden.. jalan turun ke tapah tu kan sempit, dengan bengkang bengkoknya.. bila eksiden memang makan dedua jalan..
yang ni bebetul aku lupa berapa jam pulak sangkutnya..
kebuluran memasing tak lunch..
mujur tadi beli stoberi so bedal stoberi dulu wat alas perot.. hahaa.. dari nak elak jem lagi bertambah jem..
nasib badan..
byeee..


5 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak rasa betullah apa yg Zee katakan tu
Kalau nak ke CH jgn pergi masa cuti kalau tak memang kena tempuh jemlah

AtieYusof berkata...

pasar malam Brinchang tu memang di kawasan sesak ya Zee... dapat rehatkan diri jadilah..anak2 pun happy.... ntah bila lah nak naik CH ni...huhu

Mummydearie berkata...

Saya dah lama betul merancang nak pergi Cameron tapi tak juga sampai-sampai. Sebab inilah - saya tak suka terlalu ramai sangat orang. Makanya cuti sekolah, memang takdalah masuk senarai Cameron Highland ni. Nak pergi hari biasa, teringin juga nak pergi pasar malam famous kat Brinchang tu. Baru plan nak pergi hujung minggu ni boleh pulak lupa Isnin depan cuti umum! Oh, tidaklah sanggup bersesak di Cameron Highland!

Dah tu, tak tahulah bila agaknya boleh naik Cameron ni! Dalam mimpi ajelah kot!

LYAfrina berkata...

olor...xpelah..lps ni plan pegi bercuti semata-mata..
tp kata org...jgn pegi time musim cuti..mmg jem sgt...

raihanah berkata...

saya dah lama rancang nak ke CH, tapi tak sampai2 sebab memikirnya kesesakannya tu.

Cuti-cuti Terengganu | Pantai Sura, Dungun

#MashAllahTabarakAllah entry throwback.. 27.07.2024, gerak ke terengganu seawal pagi.. alasan utama nak berlibur dan jjcm dulu sebelum dafta...