Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Khamis, 21 Julai 2016

Pembekal Peralatan Tadika Murah dan Berkualiti

Assalamualaikum (^-^)

congrats husband berjaya maju setapak lagi.. suka ler kitorang sebab dah boleh berjimba di malam hari.. 
outing weekend pon dah tak yah kejar timing nak balik cepat.. 
tahniah jugak untuk partner-partner yang lain..
moga berjaya dan dipermudahkan segala urusan perniagaan korang.. AMIN

anda mencari barangan/peralatan untuk tadika, taska, pra sekolah dan lain-lain? haa meh sini nak kabor ada tempat best. harga confirm mampu milik dan berbaloi-baloi.

syarikat milik bumiputra sepenuhnya. insya'allah servis diberi adalah yang terbaik dan tiptop.

 
boleh ke alamat diatas tuk tinjau-tinjau ape barang yang korang cari. dibuka setiap hari kecuali ahad. nak senang contact no tel yang kat atas tuh.

boleh search kat fb jugak, kot la nak riki riki tengok gambar dulu (FB : azamperkasa)

 
jumpa signboard ni jer betullah tu korang tak sesat.. alah ape susah, sekarang ni waze ajer.
yang aku tau kalo ikut LDP, trafic light depan kilang F&N tuh amek kanan.. 

ekceli tak semestinya untuk tadika/taska jer. orang perseorangan pon dialu alukan untuk datang yer..  
takde hal..
sekolah rendah/menengah, hospital, badan badan kerajaan dan lelain sumer pon boleh..
manalah tahu nak cari gelongsor untuk anak anak.. 
nak cantikkan laman rumah or ape ape jer lah..
datang jer, sure korang puas hati dapat tengok sendiri.. kot jauh boleh order then dorang akan hantar depan pintu rumah korang..

jom intai skit bilik pameran.. barang tak banyak lagi sebabnya baru 2bulan lebih beroperasi..
tak salah bulan 6 kot.. tapi dun worry, owner-owner sumer memang dah ada pengalaman dalam bidang ni..
tanya jer ape yang korang nak tanya..

 
bebudaks paling suka kalo bapaknya bawak pegi ofis.. dapat melenjan saper yang tak nak oii..

 
uniform untuk sekolah menengah pon hado ni haaaa..

 


 
animal costume.. selalunya biler end year ramai yang mencari ni..



 
kerusi dan meja yang pelbagai patern.. kufi kat dinding tu aku tak tau la sekadar hiasan or untuk jualan..




nak explain lelebih aku pon tak tau sangat.. senang citer terus direct ngan dorang lah yer.
no tel, FB account, alamat sumer dah bagi kat atas tuh..



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

13 ulasan:

aryan azra berkata...

Alhamdulillah..semoga terus maju. Kalau akak perlukan nanti bolehlah usha, boleh juga aka bagitau adik akak yang ada tadika tu kot2 dia memerlukan untuk tadikanya nanti

Kakzakie Purvit berkata...

Menariklah Zee..
Tumpang bangga dgn business yg semakin berjaya
Kalau dekat nak juga kakak singgah tengok. Kakak terpikat dgn rak-rak tu boleh buat letak novel anak dara kakak yg bersepah.

NanyFadhly berkata...

Wahh...good news ni. Tahniah !!!! Semoga terus sukses yer.

Hani Fadhlina Abdul Rahman berkata...

Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran by Hani Rahman

Zee Suhaini berkata...

TQ kak..

Zee Suhaini berkata...

yang colorful tu ke kak?

Zee Suhaini berkata...

TQ nany..alhamdulillah..

Puan Kutu berkata...

Alhamdulillah bisnes makin berjaya..semoga membantu la kan pada yg nak mencari peralatan berkaotan.sukanya tgok kerusi meja yg macam2 warna n pattern tu...

LYAfrina berkata...

alhamdulillah

tahniah buat husb zee n team..
moga bisnes terus maju jaya n sukses hendaknya..amin

Kakzakie Purvit berkata...

Rak yg warna coklat kayu tiga laher tu..
Cantik kan boleh letak novel banyak-banyak

Mummydearie berkata...

Tahniah buat husband Zee dan partners, maju setapak lagi. Tumpang gembira tengok orang Melayu kita makin berdaya saing dan berjaya.

Saya pun macam Kakzakie, tetiba tertambat alahai mata ni pada rak kayu tu. Letak buku anak-anak dah cukup bagus dah tu. Orang persendirian pun boleh datang dan membeli ya, Zee? Itu sudah berita baik ^_^

aryan azra berkata...

Adik akk.pergi kedai suami zee hari ni beli brg untuk tadika dia

Zee Suhaini berkata...

tq kak support..jemput datang lagi..heheee