Isnin, 15 Oktober 2012

Doakan Adik Adam Syukri...

Salam...

Masih ingat penderitaan Adik Adam Syukri??

Penderitaan adik Adam mendapat perhatian seluruh rakyat malaysia..Aku selalu follow kisah adik Adam kat FB.

Ada berita sedih mengenai adik Adam Syukri,tengah siap nak datang kerja tadi sempat tengok Malaysia Hari Ini (MHI) dan dikhabarkan adik Adam sekarang berada di ICU,di salah sebuah hopital di sibu dan dijangka akan diterbangkan ke Kuala Lumpur pada hari esok (16/10/2012)

Mohon jasa baik semua rakan-rakan tak kira siapapun agar dapat mendoakan adik Adam agar segera sembuh dan dapat menjalani hidup seperti kanak-kanak yang lain.

08/10/10 - dari FB Adik Adam....

Walaupun tak dapat membantu dari segi wang ringgit atau kebendaan,doa semua rakyat malaysia amat diperlukan buat masa sekarang ini.

Diharap semoga ibubapa dan seluruh keluarga adik Adam tabah mengharungi ujian ini.Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.

Wassalam...

Tiada ulasan:

Cuti-cuti Terengganu | Pantai Sura, Dungun

#MashAllahTabarakAllah entry throwback.. 27.07.2024, gerak ke terengganu seawal pagi.. alasan utama nak berlibur dan jjcm dulu sebelum dafta...