Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Khamis, 4 Oktober 2012

Pray for Ahmad ADAM Syukri

Alhamdulillah....masih lagi bernafas di bumi Allah.Pagi tadi lepas hantar Along pergi tadika,singgah jap kat kedai mamak beli sarapan.Tengah dok tunggu tu,tgk jap Malaysia Hari Ini (MHI),bicara mengenai adik Ahmad Adam Syukri.

Tak semena-mena rasa sayu,sebak dan sedih.Yelah,budak sekecil Adam dah menerima dugaan besar dalam hidup.Kalau aku,wallahuallam....

Selalu jugak aku ikuti perkembangan Adam kat FB.Apa yang aku tahu,Adam dilahirkan pada 4 Mac 2012 yang lalu di Hospital Sibu dan telah disahkan mengidap kerosakan saraf dan otak.Ya Allah,berat betul dugaanMu untuk keluarga ini.Adam terpaksa bergantung pada mesin sokongan hayat.

Kedua-dua mata Adam juga tercedera dan air liur di dalam rongga hidung disedut dengan mesin khas.Bayangkan,setiap kali tiub dimasukkan,kesakitan yang tak terkata.Aku yang dewasa ni pun tak sanggup rasanya.

Aku pun seorang ibu,pedih sangat rasa hati tengok keadaan Adam...Moga keluarga ini dilimpahi rahmat dan sentiasa dilindungi oleh-NYA.

Kepada teman-teman yang membaca blog ini,sudilah kiranya membantu sekadar yang termampu.

Nama : Ahmad Adam Syukri
Nama Ibu : Noraisyah Md Malena
Tel : 013-3439702
Akaun No : 02040007292201 (CIMB)



Wassalam.........




Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

8 ulasan:

anggun berkata...

semoga adik Adam dapat sembuh seperti kanak2 normal lain walaupun doctor telah mengesahkan peluang itu amat tipis.. Kuasa doa itu dapat mengatasi segala2 nyew... Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesabaran yang tinggi pada keluarga ini... amin...

Mayang ABDUL RAZAK berkata...

Allahu akbar...

Zee Suhaini berkata...

Amin....kuasa allah,apapun boleh terjadi

Zee Suhaini berkata...

Thanks....allah maha mengetahui

mamashikin berkata...

sy pun tiap2 hari ke fb adik adam...dan setiap hari berdoa agar dia sembuh ..tiap2 kali itu juga sebak...kadang2 tak dapat tahan air mata...
sedih sgt...mcm anak sendiri...rasa nak gi rumah adam nak tgk adam...
Perancangan Allah itu terbaik...

BeLLa berkata...

ya Allah sedihnye

terdampar dipinggirkan berkata...

no akaun tu salah....ni yang betul
Noraisah Mohamad Malena
-02040007292201 (CIMB)

Tolonglah kawan-kawan semua..

seorang RM10 pun sudah memadai...rasa tak berbaloi...bagi RM20...rasa sedih bagi RM 50...rasa kesian...bagi RM100.... atau berapa sahaja seikhlas hati anda.

QasehnyaRania berkata...

al-fatihah
saya byk mengikuti kisahnya di mhi