Jumaat, 21 Disember 2012

Anakanda | 2 Beradik Hantu Kerang

memang hantu kerang betul 2 beradik ni.. pantang nampak kerang mesti teruja habis.. kejap je dah hilang isi kerang yang pasti kulit tu tak hilang la😄..kalau hilang jugak aku memang tak tau nak kata ape dah..

 
'nah........ni dah bukak', kata along

 
kerang bakar..

disebabkan semalam besday aku, so ngada-ngada la sikit.. malas nak masak makan malam.. tapau je kat kedai.. kat area rumah aku ni boleh dikatakan 'syurga makanan' sebab banyak sangat kedai makan.. kebanyakannya tomyam dan seafood.. pilih jer nak yang mana.. yang pastinya hampir 70% pemilik adalah orang kelate/siam.. murah sungguh rezeki dorang kat sini..

sebenarnya nak ajak suami makan kat kedai tapi katanya hari minggu ni baru boleh celebrate sebab malam tadi dia nak berniaga lagi.. Alhamdulillah ada lagi rezeki untuk anak-anak.. so hari minggu ni aku nak demand lebih sikit.. takpe la, bukan selalu pun kan..setahun 50 kali je😆

 
siakap sweet sour..

 
set nasi bubur untuk si kecik, sup ekor dan sambal belacan..

ikan nampak je kecil tapi besar sangat.. memang tak habis makan berdua ngan suami.. dah ratah pun tak boleh nak habis jugak.. aku dah mintak yang paling kecik untuk 2 orang makan tapi ni yang dapat.. maybe ni yang paling kecil kot.. harga boleh tahan la, masih berpadanan dengan saiz ikan tu, RM25 and...... yesssssss seeeeedap sangat😋

sementara si abang dok makan kerang yang adik pulak makan bubur nasi tapi versi kosong.. mana maunya budak kecik ni nak makan sayur.. ikan takleh la nak bagi, kang tak pasal-pasal tercekik pulak.. telur masin pun dia tak suka tapi kalau telur ayam rebus tu..haha..siapla..2 biji pun boleh habis pastu kentut memang semerbak baunya.. nampak aku nak snap gambar je dia dah ready.. 'bu..bu..pat nyum',katanya😅

 
nyum...nyum..

1 ulasan:

QA's ~ mamapapa berkata...

salam kenal...jmput follow kmbali :)

Si Bulus | Kiki, anak bongsu penghibur hati

bulus kesayangan, si Kikiyana Layola nama diberi😊.. kesayangan seisi rumah.. anak paling manja dan bongsu.. anak bulus ke2 kitorang bela.. ...