Rabu, 19 Disember 2012

Anakanda ! Orientasi Day si Along

dah besar pun anak ibu,tahun depan dah masuk sekolah rendah..cepatnya masa berlalu,rasa cam muda lagi aku tapi anak dah masuk sekolah (hohoho..perasan jap eh)

semalam hari orientasi untuk murid tahun 1 S.K Taman Putra Perdana,Puchong..ada ujian untuk tentukan kelas dorang..aku tak pergi la sebab kerja,asyik cuti je nanti boss tak syok plak kan..so ayah la kena attend..menurut suami ramai jugak murid..semua sekali 360 orang murid dibahagikan kepada 10 kelas..bermakna 1 kelas ada 36 orang murid...mesti padat giler bilik darjah..hope cukup semua kemudahan asasnya.. kesian jugak kalau ramai sangat...

 
baru lepas nangis.. haduiiiii

pagi tadi bukan main excited lagi nak gi sekolah baru..kejut bangun tido pun senang dari kebiasaannya bila aku cakap gi sekolah baru hari ni tapi bila sampai sekolah dia dah start 'enjin' but slow and steady..lepas register dalam pukul 9.00pagi dah kena amik ujian,ibu bapa kena masuk dewan dengar penerangan..masa tu aku tak tau la camner si hero ni..dapat jawab ke tidak...dalam pukul 11.00pagi habis ujian tu..mula berkumpul kat dataran perhimpunan je dia dah start dah..nampak orang ramai tapi tak nampak si ayah..

bermulalah deruan 'enjin diesel'..nasib baik kejap je..first day tadika dulu pun cam gini jugak tapi second day dia dah pandai bawak diri..mulut dah macam bertih jagung..ada je cerita dia..

next week nak kena attend untuk Sek.Ren.Agama pulak...hope dia okey la kali ni..biasa la suasana baru cam gini..belum dapat rentak, belum jumpa geng sekepala... bebudak ni cepat jer berkawan..

macam mana la aku first time masuk sek dedulu erkk????..nak tanya kat ma pun mungkin dia dah lupa...inilah gunanya blog dan internet pada zaman sekarang..dapat aku coretkan kehidupan kami kat sini..satu memori yang manis buat kami di masa hadapan..tak mungkin dapat ku ingat semua ini kembali tanpamu blog...ngeh ngeh ngeh..
byeee..

1 ulasan:

QA's ~ mamapapa berkata...

salam kenal...jmputla follow kmbali :)

Cuti-cuti Terengganu | Pantai Sura, Dungun

#MashAllahTabarakAllah entry throwback.. 27.07.2024, gerak ke terengganu seawal pagi.. alasan utama nak berlibur dan jjcm dulu sebelum dafta...