Salam...
minggu ni agak busy sikit coz dah hujung bulan, sekarang pun tengah buat payment untuk supplier tapi aku curi masa jap nak update blog.. ampun ya boss.. dah lama tak update.. i will miss this moment after few days....months.....and years.. better keep it as memories.
semalam hari yang memenatkan tapi memberi kepuasaan yang maksima untuk aku...why? of course la melayan kerenah hero-hero yang makin membesar sekarang ni.. disebabkan semalam cuti sempena Krismas, aku bawak dorang jalan-jalan kat IOI Mall puchong.. lepas ni 2 hero dah nak masuk sekolah.. yang sulong nak masuk sekolah rendah dan yang tengah nak masuk tadika.. let's enjoy our holiday..
excited nak jalan...muka memang ceria habis..
pukul 11pagi baru boleh makan.. brunch terus..
dah kenyang jom round ioi.. tapi tak habis round pun.. perout kenyang dah malas pulak😂😖
disebabkan hero kecik dah ngantuk terpaksa la beransur balik.. kalau ikut 2 hero lagi tu memang tak nak balik lagi pon..
setelah dipaksa dan dirotan manja2 gitu, akhirnya tido jugak hero3 aku.. si along siap tertonggeng lagi.. haisssh
oleh kerana semua dah tido, ayah pulak dah gi memancing makanya senang lah sikit kerja aku.. sesi mengemas berjalan lancar.. memang penat tapi seronok.. semua kerja nak kena buat.. kalau ikut hati ni memang give up habis.. bukan nak merungut yerr tapi itulah kenyataan.. rasanya semua wanita pun merasai benda yang sama..
kepada para suami dan bapa diluar sana 'Hargailah Isteri dan Ibu Anda'..
masa untuk menyental basikal hero-hero aku juga.. dah lama tak basuh.. dorang main pun kat dalam rumah je.. ada la sekali dua bawak dorang lepak main basikal kat dataran putrajaya masa malam minggu.. jadi dorang tak leh main lagi dalam rumah sebab tayar kotor.. dah beberapa bulan tersadai je basikal tu.. kesian plak kat droang.. teringin nak main tapi takut aku marah😛
siap kerja, fuhh lega yang teramat..
basikal dah sental, kasut pun dah cuci.. yang kelakarnya si angah siap basuh kaki lagi lepas bukak kasut tadi sebab kaki busuk katanya😂 baju suami siap iron untuk seminggu terus sekali dengan baju sekolah hero aku si sulung.. cari rak buku tak jumpa jadi rak kasut je aku beli untuk letak segala buku sekolah dorang.. boleh la dari takde.. tak nampak cam rak kasut pun.. nak beli cabinet tak boleh sebab ruang yang terhad.. faham je lah dok apartment besar mana sangat la ruang.. nak beli rumah teres belum lagi mampu...huhu..sabar je la dulu.. Insya'allah coming soon.. doa-doakan yer..
4 ulasan:
assalam, ini lah masanyer nak buat persiapan terakhir utk sesi persekolahan thn baru kan..
tu la kak nora...last minit kot tak sempat..
Rajin....meh kemas umah ummi skali..hehe...:)
sebenarnya tak rajin pun ummi...terpaksa merajinkan diri..huhu
Catat Ulasan