dalam aku dok sibuk ni meninjau mana nak habiskan cuti, terrrrrrjumpa la ngan satu webpage ni...CUTIMALAYSIA.MY... wooowww dah banyak kali aku google tapi hari ni baru jumpa web yang sangat menarik.. banyak cadangan tempat percutian yang menarik yang mana tuan empunya sendiri ada pengalaman dengan tempat yang diceritakan.. kalau korang nak baca, boleh je klik SINI..
cilok dari web cutimalaysia.com
aku dapat info ni pun kat web cutimalaysia.. Sunway Lagoon bagi diskaun sempena Ulang Tahun Sunway Lagoon yang ke 20! tiket hanya RM 20 sahaja dari harga asal iaitu RM 120.. haha, kau ado? aku pun takde lagi sebenarnya and of course aku akan join beratur kat depan Sunway Lagoon hari Ahad ni.. kenapa hari Ahad? sebab hari cuti lorrr.. lagipun promosi ni hanya sah untuk 20hb sahaja pada setiap bulan.. kalau hari bekerja tak dapat la aku berebut ngan korang😁
rupanya dah lama promosi ni.. bermula pada bulan Oktober 2012 lagi dan sah sehingga Mac 2013.. so masih sempat lagi ni kalau korang nak pergi dan nak dapat harga tiket yang RM20.. banyak tu jimat.. RM100 macam-macam boleh beli tau.. aku yang dok puchong ni kira dekat sangat la dengan Sunway tapi tak pernah masuk pun.. sayang nak buang duit.. kalau aku sorang tak pe la tapi kalau dah masuk takkan aku nak masuk sorang kot.. mesti la ada my hero-hero so kalau dikira kos tu dah berapa kan? baik aku pergi bercuti.. makan-makan.. pada aku lagi berbaloi-baloi.. but depends pada pandanga dan pendapat masing masing✌
promosi ni terhad kepada 1000 pengunjung pertama sahaja dan mesti bawak mykad lorr.. kanak-kanak bawah 90cm pulak free aje..
kalau korang nak tahu lebih lanjut, sila klik SINI.. semuanya jelas dan nyata..
hmmm balik ni nak kena bodek suami la nampaknya.. dia bukan suka sangat kalau nak kena beratur ni.. lagi pulak mesti crowded giler kan sebab jatuh hari ahad.. kalau hari kerja pun dah ramai inikan pulak hari cuti.. apapun aku mesti berusaha.. chaiyokk chaiyokk👏
Tiada ulasan:
Catat Ulasan