Khamis, 3 Januari 2013

Along dah sekolah...Angah masuk tadika...Adik???

Salam...

Holla..kembali bersiaran setelah dua hari menyepi..entry pertama di tahun baru 2013..sebenarnya mata tengah ngantuk ni,disebabkan nak elak dari terlelap better karang ape yang patut kat blog ni..refresh sikit mata dan otak ni..

Semalam hari pertama persekolahan kan??mesti ramai blogger kat luar sana sama macam aku..first day anak masuk sekolah so take leave la sebab nak pantau dorang kat sekolah..bermacam soalan yang ada dalam kepala otak aku ni..risau dan nervous...
Pandai ke dia nank beli makanan kat kantin??jumpa ke toilet??boleh ke berdikari??

Pagi semalam senang je kejut along ngan angah bangun..beberapa hari sebelum tu memang dorang dah bising plus excited tak sabar nak masuk sekolah baru..si angah tadika dan si adik pun sibuk jugak nak gi tadika..hoho tapi terpaksa dihantar ke rumah baby sitter..kecik lagi kot nak antar tadika..


Pagi along pergi sekolah agama and petang sekolah rendah pulak..kesian jugak bila dipikir balik..penat budak-budak sekarang ni..pagi petang sekolah..belum kira kelas mengaji al-quran belah malam lagi..semalam pun sampai rumah dah pukul 7.10..

 
alhamdulillah..along dah pandai berdikari..tak payah nak tunggu-tunggu lagi

Si Angah dah masuk tadika untuk 5 tahun...dah besar pun anak-anak ibu...angah ni memang 'onar' sikit..tapi nasib baik kejap je..nangis jugak la,nak ibu teman dok dalam kelas..terpaksa la cikgu pegang jap sementara aku larikan diri..balik rumah pandai pulak cakap kat ayah dia nangis kat tadika tapi nak gi sekolah lagi katanya..hope dapat la hilangkan 'pelat' lepas ni ye angah..moga cikgu faham la apa yang dia cakap..



waktu balik muka dah ceria..dapat kawan baru


Tiada ulasan:

Cuti-cuti Terengganu | Pantai Sura, Dungun

#MashAllahTabarakAllah entry throwback.. 27.07.2024, gerak ke terengganu seawal pagi.. alasan utama nak berlibur dan jjcm dulu sebelum dafta...